Pemuda PAS Kampar

Pemuda PAS Kampar Laman rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar.
'
Moh LIKE,SHARE dan INVITE page ini.Terima kasih.

Entiti yang mengerakkan aktiviti dakwah,siasah dan tarbiyyah khususnya di bumi Kampar. Page ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru DPPK Kampar bertujuan untuk menghebahkan program DPPK Kampar khususnya dalam usaha menarik anak muda menyertai bahtera perjuangan Islam ini.

06/04/2026

Wow! Siap jelajah 54 kampung dalam Kampar menyantuni rakyat. Ini bukan main-main.

Jom dengarkan perkongsian dari Encik Abdul Hadi Hj Azman dalam episod khas raya ini, berkongsi pengalaman peribadi semasa Jelajah Asnaf & Fakir Miskin beliau pada bulan Ramadan, baru-baru ini.


06/04/2026

Laungan keramat

31/03/2026

"Hukuman Berat Buat Pemandu Mabuk"

Alkohol dan arak merosakkan tubuh badan dan mental.Arak atau dalam bahasa Arab 'khamar' yang bermaksud minuman yang mema...
30/03/2026

Alkohol dan arak merosakkan tubuh badan dan mental.

Arak atau dalam bahasa Arab 'khamar' yang bermaksud minuman yang memabukkan.Islam secara tegas mengharamkan arak sejak 14 abad lalu. Nabi Muhammad SAW menyampaikan firman Allah SWT mengenai bahaya dan musibah meminum arak kepada orang kafir Quraish yang hidup dalam keadaan tidak bertamadun ketika itu.

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 - 91, mafhumnya: "Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban untuk berhala dan menenum nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu beruntung"

Ketagihan arak juga boleh membawa perubahan metabolisme akal fikiran, organ hati dan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.Arak juga mengandungi etanol yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat. Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Apabila arak mula diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan. Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolisma oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing.
Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu. Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk.

Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang tindak balas gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran. Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan "memory blackout" yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.

Keburukan alkohol ialah seseorang itu dalam keadaan tidak sedar akan membahayakan dirinya serta orang lain. Kejadian yang meragut nyawa allahyarham Amirul Hafiz Bin Omar jelas menunjukkan serta membuktikan seseorang dibawah pengaruh alkohol dan arak telah mengancam nyawa orang lain sekaligus membunuh orang lain tanpa dia sedar.

Di dalam Parlimen Kampar sebelum ini pun banyak kes-kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian orang lain.

Walhal mereka ini yang mabuk, tetapi mereka ini tidak mati,
orang lain yang terpaksa menanggung derita akibat kelalaian serta sikap penting diri pemabuk-pemabuk ini.

Hady Azman
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Kampar

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمدDewan Pemuda PAS Kawasan Kampar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H...
20/03/2026

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H l 2026

Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri bertujuan meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal kita supaya tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Manfaatkanlah Aidilfitri pada tahun ini dengan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan taulan bagi merapatkan lagi ukhuwah sesama kita.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وانتم بخير



08/03/2026

https://vt.tiktok.com/ZSmoUGnyV/

https://www.facebook.com/share/p/14U2LihevLK/

MAJLIS TAHLIL PERDANA

Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Inshaa Allah akan berlangsung satu majlis di bawah Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak iaitu TAHLIL PERDANA yang akan berlangsung pada butiran berikut :

🗓️ Tarikh : 24 Ramadan 1447H / 14 Mac 2026
🕔Waktu : 5.00 ptg - 8.00 mlm
🏬Tempat : Kompleks KOTADAR, Seri Iskandar, Perak
https://maps.app.goo.gl/8ka43eGUkJunrHhV7

✨ Tazkirah dan Majlis Tahlil akan dipimpin oleh :
*AF TUAN GURU USTAZ SIDEK NOOR*

Kami membuka peluang beramai-ramai untuk menyertai dengan menyerahkan nama-nama arwah dalam borang yang disediakan berserta sumbangan yang boleh dihulurkan seikhlas hati.

▶️ Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun :

Maybank
558284347334
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Ref : Tahlil

atau QR gambar di poster

📞 Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh hubungi :
0135995809 (Fitri)

***Makluman Penyertaan selewatnya 8 Mac 2026 (Ahad).

Semoga Ramadan kita diberkati Allah 😊🤲.

Address

Kampar
31700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda PAS Kampar:

Share