05/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐จ๐ก, ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ) โ Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang menerusi Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang telah mengadakan Pameran Penyelidikan sempena Program Pencegahan Jenayah Syariah Peringkat Daerah Temerloh bertempat di Masjid Al-Muthmain๏ฟผ๏ฟผnah, Taman Bunga Raya.
Reruai pameran menampilkan pelbagai bahan dan informasi menarik, antaranya kiub abu al-Quran serta sampel tanah hasil kajian penanaman teks al-Quran yang rosak.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan informasi berkaitan proses pemuliaan teks dan bahan al-Quran yang rosak, selain bahan-bahan terbitan yang mengandungi unsur penyelewengan akidah.
Semoga kunjungan ke reruai pameran ini memberikan manfaat, pengetahuan dan kesedaran kepada para pengunjung tentang kepentingan memelihara kesucian al-Quran serta menangani bahan-bahan berkaitan al-Quran yang rosak dengan kaedah yang sewajarnya.