Cawangan Persatuan PDRM - PDRM Association

Cawangan Persatuan PDRM - PDRM Association Laman Facebook Rasmi Cawangan Persatuan PDRM

10/11/2025

PEMASYHURAN LOGO BAHARU
PERSATUAN PEGAWAI KANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PPKP)

Dalam naungan panji Diraja, lahir satu identiti baharu โ€” simbol kebersamaan, kesetiaan dan kepimpinan teguh warga
Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.

Logo ini melambangkan iltizam kita untuk terus berpadu di bawah satu semangat perjuangan, moto โ€œSatu Suara, Satu Unitiโ€ mencerminkan suara bersama yang menyatukan seluruh barisan kepimpinan dalam PDRM.

๐ŸŽฅ Saksikan video montaj penuh pemasyhuran logo PPKP โ€” simbol maruah, perpaduan dan keutuhan perjuangan kita.

Satu Suara, Satu Uniti.
Inilah semangat kami. Inilah perjuangan kami.




10/11/2025
08/09/2025
๐Ÿ“Œ MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN JOHOR KALI KE-69 TAHUN 2025IPK Johor, 24 Jun 2025 - Kesatuan K...
24/06/2025

๐Ÿ“Œ MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN JOHOR KALI KE-69 TAHUN 2025

IPK Johor, 24 Jun 2025 - Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Johor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-69 Tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh YDH Datuk M.Kumar a/l S.Muthuvellu, Ketua Polis Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh YDH DSP Nor Safarina binti Zulkifli, Pegawai Turus Persatuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama YBhg. Encik Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia sebagai tanda sokongan dan pengiktirafan terhadap peranan penting kesatuan awam dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran serta kebajikan pegawai awam di bawah naungan PDRM.

Dengan tema "Bersatu Membantu Bersama PACSU", penganjuran mesyuarat ini menjadi wadah kepada semua ahli dalam menzahirkan suara kesatuan, membincangkan pelaksanaan dasar kebajikan, serta menilai hala tuju organisasi.

Semoga PACSU terus kekal relevan sebagai medium penyatuan dan perlindungan kepada seluruh warga kerja awam PDRM.

Turut hadir, YDH DCP Tuan Abdul Latiff bin Mehat, Timbalan Ketua Polis Johor; YDH SAC Nor Azizi bin Maarof, Ketua Cawangan Khas Johor; YDH SAC Hoo Chuan Huat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor; YDH SAC Chuah Yong Huat, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Johor; YDH SAC Muhd Zailani bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Johor; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Polis Daerah; YBhg. Encik Hj. S. Syed Alwi bin Sulaiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor; YBhg. Puan Maya binti Abd Rahaman, Pengerusi PACSU Johor serta Ahli-ahli PACSU Johor.




24/06/2025
19/06/2025
๐ŸŽ—๏ธ KEPRIHATINAN MENJALINKAN KEERATAN ANTARA PDRM & HUKM๐Ÿ“… 13 Jun 2025 | Jumaat๐Ÿ“ Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK), Ch...
13/06/2025

๐ŸŽ—๏ธ KEPRIHATINAN MENJALINKAN KEERATAN ANTARA PDRM & HUKM

๐Ÿ“… 13 Jun 2025 | Jumaat
๐Ÿ“ Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK), Cheras

Cheras, 13 Jun 2025 โ€“ Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218, satu program lawatan hospital telah diadakan sebagai manifestasi keprihatinan dan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebajikan masyarakat, khususnya pejuang cilik di Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK), Cheras. Sumbangan peralatan perubatan, 20 unit - Mobilis Rised Up Walking Frame (Alat bantuan berjalan) dan 80 unit - Aerochamber Plus Flow-Vu Anti-Static Vhc (Alat penyedut nafas dos bermeter) telah disampaikan kepada pesakit sebagai tanda prihatin dan dorongan semangat agar terus kuat melawan ujian kesihatan.

Program ini turut dilibat urus oleh kepimpinan Persatuan & Kesatuan PDRM sekali gus menyerlahkan peranan penting persatuan dalam menyokong usaha kebajikan pasukan dan memberikan sifat peduli dan keehsanan terhadap masyarakat. Keprihatinan ini turut mewujudkan jalinan mesra antara PDRM dan juga warga pekerja HUKM. Barisan pemimpin persatuan yang turut hadir, YDH SAC Suffian bin Sulaiman, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP); YDH DSP Nor Safarina binti Zulkifli, Pegawai Turus Persatuan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman; Encik Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU dan Encik Rohaizad bin Khalil, Timbalan Setiausaha Agung PACSU Malaysia.

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay; dan YBhg. Datoโ€™ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Mukriz, UKM; serta YBhg. Prof Madya Datuk Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgery) HPKK UKM (Wakil Pengarah HPKK); dan tidak ketinggalan delegasi Hospital HCTM, UKM dan warga PDRM.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi amalan dalam PDRM.






KESATUAN AWAM PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SEPAKAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-74 TAHUN 2025IPK N...
12/06/2025

KESATUAN AWAM PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SEPAKAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-74 TAHUN 2025

IPK Negeri Sembilan, 12 Jun 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Negeri Sembilan Kali Ke-74 Tahun 2025 ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesatuan, memperlihatkan komitmen tinggi seluruh ahli PACSU dalam memperkukuh organisasi dan memperjuangkan kebajikan warga kerja awam PDRM.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH SAC Muhammad Idzam bin Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan. Hadir sama di majlis tersebut, YDH DSP Nor Safarina binti Zulkifli, PT Persatuan Jabatan Pengurusan Bukit Aman; Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Pusat Semenanjung Malaysia; Encik Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Pusat Semenanjung Malaysia; Puan Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Puan Eva Juana binti Mohamed Alias, Setiausaha Pacsu Cawangan Negeri Sembilan.

Majlis ini menjadi platform penting bagi ahli-ahli kesatuan berkumpul, bertukar pandangan, mengemukakan usul dan memperkukuh semangat kekitaan demi memperjuangkan kebajikan serta kepentingan anggota awam PDRM.

Semangat SEPENYATUAN yang ditunjukkan membuktikan bahawa PACSU Negeri Sembilan terus kekal relevan, bersatu, dan progresif dalam memperjuangkan hak dan suara anggotanya.

Turut hadir Ketua-ketua Jabatan serta wakil, Wakil Ketua-ketua Polis Daerah, Wakil Komandan PULAPOL Air Hitam, Wakil Pegawai Pemerintah PSP Unit 7, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Wakil CUEPACS Negeri Sembilan.




Address

Tingkat 26, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
Kampong Gombak Utara
50560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Persatuan PDRM - PDRM Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share