Balai Paka

Balai Paka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Paka, Government Organization, .

Seorang lelaki cina telah ditahan bersama- sama dengan alatan pecah rumah semasa berada di tepi kedai kotak Limbong deng...
27/06/2023

Seorang lelaki cina telah ditahan bersama- sama dengan alatan pecah rumah semasa berada di tepi kedai kotak Limbong dengan menaiki kenderaan jenis Kia Forte warna putih. Semasa kejadian, unit pencegahan jenayah balai polis paka mendapat suspek berada dalam keadaan mencurigakan dan pihak polis telah membuat pemerhatian selama 10 minit. Ketika penahanan suspek cuba bertindak untuk melarikan diri akan tetapi tindakan pantas dari pihak polis berjaya menghalang tindakan suspek. Suspek kemudian di bawa ke Balai Polis Paka bagi soal siasat. Tangkapan telah dilakukan oleh Anggota Unit Pencegahan Jenayah Balai Polis Paka pada 26/06/2023 sekitar jam 2230 hrs.

22/01/2023

Hindari dari terjebak dengan scammer..

Mari kita derma darah.
13/01/2023

Mari kita derma darah.

*BACAAN IKRAR DADAH BAGI TAHUN 2023 BALAI POLIS PAKA, DUNGUN*Majlis Lafaz Ikrar Dadah 2023 melibatkan  Pegawai Rendah Po...
09/01/2023

*BACAAN IKRAR DADAH BAGI TAHUN 2023 BALAI POLIS PAKA, DUNGUN*

Majlis Lafaz Ikrar Dadah 2023 melibatkan Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis telah berlangsung pada 09/01/2023 (Isnin) jam 0800 Hrs - 0820 Hrs bertempat di Perkarangan Balai Polis.

Seramai 27 pegawai polis pelbagai pangkat dan (2) Pegawai Awam Polis telah memberi akujanji di hadapan Ketua Polis Balai Insp Wan Khairul Azwan Bin Wan Shah Rudden untuk tidak terlibat dengan penagihan dadah.

Bacaan Ikrar ini dipimpin oleh SM 109986 Azizuddin Bin Abdul Kudus di hadapan Ketua Polis Balai Insp Wan Khairul Azwan Bin Wan Shah Rudden. Bacaan ikrar dadah ini merupakan aku janji seorang pegawai polis untuk tidak terlibat dengan aktiviti dadah dan menunjukkan komitmen sebagai pegawai polis untuk memerangi dadah dan dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada masyarakat dengan penuh Integriti.

Selain itu, Ketua Polis Balai (KPB) Paka juga menyampaikan arahan dan amanat dari pucuk pimpinan PDRM.

Bacaan ikrar dadah ini dapat memperbaharui tekad dan azam dalam diri setiap Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam supaya menjauhi najis dadah dan bertugas dengan penuh integriti.

MAJLIS BUDI DISANJUNG AMANAH DIJUNJUNGPADA 05/01/2023  JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI PERKARANGAN BALAI POLIS PAKA. MAJLIS ...
06/01/2023

MAJLIS BUDI DISANJUNG AMANAH DIJUNJUNG

PADA 05/01/2023 JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI PERKARANGAN BALAI POLIS PAKA. MAJLIS INI MERAIKAN PERTUKARAN SARJAN MEJAR MOHAD ZAKI BIN MUSA, KONST/S MUHAMAD HAZIM BIN FAUZI DAN PERSARAAN SARJAN ZULKIFLI BIN ISHAK YANG TELAH BERKHIDMAT DI BALAI POLIS PAKA. AHLI KELUARGA WARGA BALAI POLIS PAKA TURUT DIJEMPUT HADIR BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA ANGGOTA DAN AHLI KELUARGA .

PENUGASAN RONDAAN BIT BALAI POLIS PAKAAnggota Bertugas :--Kpl  Yuswati-L/Kpl KhalisahLawatan Dilakukan :-Kedai Emas Sri ...
02/01/2023

PENUGASAN RONDAAN BIT BALAI POLIS PAKA

Anggota Bertugas :-
-Kpl Yuswati
-L/Kpl Khalisah

Lawatan Dilakukan :-
Kedai Emas Sri Paka
Maybank
Tukang Emas Ramli
Kedai Emas Kaharo
Ar-Rahnu YaPEIM
Kedai Emas Jasara
Bank Simpanan Nasional

*Rondaan ini dijalankan bertujuan mencegah jenayah dari peringkat awal dikawasan sasaran penting.

*Menampakkan kehadiran polis khususnya (OMNIPRESENCE) selain itu menyampaikan cara pencegahan jenayah yang sering berlaku dalam masyarakat kita dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

*Mengeratkan hubungan POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.


JANGAN PAKSA POLIS SAMAN KAMI TIDAK LEKA MELAKSANAKAN TUGASTindakan sebilangan penunggang motorsikal yang tidak memakai ...
28/12/2022

JANGAN PAKSA POLIS SAMAN KAMI TIDAK LEKA MELAKSANAKAN TUGAS

Tindakan sebilangan penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar semasa melalui jalan utama hadapan Balai Polis telah diberikan SAMAN . Pihak Polis Balai Polis Paka sering memantau dan mengambil tindakan saman kepada penunggang yg degil untuk memakai topi keledar. Tindakan berterusan akan dilaksanakan sehingga para penunggang hadam dengan undang-undang jalan raya.



Taklimat Tugas Kawalan Orang Ramai( KOR) di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sek Tebing Tembah,Paka.Pada 25.12.2022 jam 1...
25/12/2022

Taklimat Tugas Kawalan Orang Ramai( KOR) di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sek Tebing Tembah,Paka.

Pada 25.12.2022 jam 1300hrs ,taklimat tugas diambil oleh Ketua Polis Balai (KPB) sempena lawatan DYTM YDP MUDA TERENGGANU dan YAM TENGKU SRI SETIA MAHKOTA RAJA di PPS Sk Tebing Tembah.

*Terkini*Fenomena air pasang menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya dari kedua-dua arah di Km 97 Jalan Kuala Tereng...
23/12/2022

*Terkini*

Fenomena air pasang menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya dari kedua-dua arah di Km 97 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan (hadapan Rumbia Resort) Paka.
Semua pengguna lalulintas berhati hati semasa melalui lokasi tersebut.

*INFO TERKINI LALUAN PAKA-DUNGUN/DUNGUN -PAKA*Jalan utama Dungun - Paka / Paka - Dungun boleh dilalui oleh semua jenis k...
23/12/2022

*INFO TERKINI LALUAN PAKA-DUNGUN/DUNGUN -PAKA*

Jalan utama Dungun - Paka / Paka - Dungun boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan namun pengguna jalan raya dinasihatkan berhati² kerana masih terdapat beberapa kawasan yang masih terdapat takungan air diatas jalan raya.

22/12/2022

Penunggang msikal diharap menghormati ketenteraman awam dengan tidak membuat bising di jalan raya terutama dalam suasana banjir ,undang² peraturan wajib dipatuhi.Kegagalan mengikuti peraturan /undang-undang jalan raya adalah menjadi kesalahan. Perbuatan sia sia anda tersebut mengganggu ketentetaman awam adalah menjadi kesalahan. Tindakan tegas akan diambil oleh Polis Paka.

***Orang ramai disaran berhubung terus ke Balai Polis Paka untuk diambil tindakan undang-undang ke atas pelaku**

23/12/2022 jam 12.30 malam Update situasi terkini depan Rumbia Resort Paka.Fenomena air pasang yang melimpahi jalan raya...
22/12/2022

23/12/2022 jam 12.30 malam
Update situasi terkini depan Rumbia Resort Paka.
Fenomena air pasang yang melimpahi jalan raya jarak putus-putus lebihkurang 150 meter telah beransur surut dan jalnraya boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Dinasihatkan kepada semua pengguna lalulintas supaya sentiasa berhari hati demi keselamatan.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Paka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share