Polis Trafik Setiu

Polis Trafik Setiu Halaman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu, Terengganu.

23/03/2026

Op Selamat-26 (Hari Raya Aidifitri 2026)

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu terus komited melaksanakan tugas bukan sahaja dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, malah turut menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Anggota BSPT Setiu semasa menjalankan rondaan dan pemantauan lalulintas sempena OP Selamat 26 telah membantu seorang pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan di Kg. Chalok. Mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan oleh anggota BSPT Setiu.

Situasi ini mencerminkan komitmen berterusan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang musim perayaan.

PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memandu dengan penuh berhemah.

Pandu Cermat, Selamat Sampai ke Destinasi.





🚔


19/02/2026

🚔 OP SELAMAT 25 – POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA 🚔

19 Februari 2026 – Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu telah membantu pengguna jalan raya iaitu pemandu kereta yang mengalami masalah tayar pancit di hadapan Kolej Bestari Setiu bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta mengelakkan sebarang risiko kemalangan.

Tindakan pantas anggota bertugas bukan sahaja membantu pengguna jalan raya yang dalam kesusahan, malah selari dengan objektif Op Selamat 25 dalam meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sepanjang musim perayaan.

Polis Diraja Malaysia sentiasa komited untuk memberi bantuan, memastikan keselamatan terpelihara dan trafik sentiasa terkawal.

💙 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”







KEMALANGAN MELIBATKAN M/SIKAL MELANGGAR HAIWAN LIAR DI KG. PENARIK SETIU20 ogos 2025, jam lebih kurang 8.00 pagi, BSPT I...
20/08/2025

KEMALANGAN MELIBATKAN M/SIKAL MELANGGAR HAIWAN LIAR DI KG. PENARIK SETIU

20 ogos 2025, jam lebih kurang 8.00 pagi, BSPT IPD Setiu telah menerima makluman berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah m/sikal melanggar seekor haiwan liar iaitu anjing di Kg. Penarik, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja. Penunggang dan pembonceng m/sikal telah dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan. Seterusnya pembonceng tersebut telah dirujuk ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Penguatkuasaan penuh Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.Kami menerima rungutan orang awam bah...
17/08/2025

Penguatkuasaan penuh Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.

Kami menerima rungutan orang awam bahawa kenderaan awam seringkali dipandu dengan laju dan merbahaya termasuk memotong di garisan lurus dan berkembar iaitu dikawasan di KM 72 (Jln KTRG - Kg Raja) iaitu sekitar Kg Apek ke SMK Tengku Ibrahim.

BSPT IPD Setiu akan setiasa melaksanakan operasi secara menyeluruh terhadap mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas di kawasan yang dimaksudkan dalam melindungi pengguna jalan raya lain dan pejalan kaki terutama pelajar-pelajar sekolah.

Patuhi undang-undang jalan raya...
Jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain..

RALAT TARIKH TAWARAN PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50%PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50% DI KEJOHANAN K...
28/05/2024

RALAT TARIKH TAWARAN PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50%

PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50% DI KEJOHANAN KUDA LASAK (TERBUKA) PIALA KETUA POLIS NEGARA 2024 SEMPENA HARI POLIS KE-217

Sempena Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 yang bakal diadakan pada 30 Mei 2024 sehingga 02 Jun 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran kompaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih, bertempat di Terengganu International Endurance Park (Tiep) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Tarikh tawaran pengurangan kadar kompaun saman trafik 50% bermula pada 31/05/2024 sehingga 02/06/2024.

Pengurangan kompaun saman ini diberikan kepada semua kesalahan trafik kecuali kesalahan seperti berikut:

▪️Kemalangan
▪️Saman bicara mahkamah
▪️Kategori tidak boleh dikompuan (N/C)
▪️Memotong cara berbahaya
▪️Menggunakan lorong kecemasan
▪️Tidak mematuhi lampu isyarat merah
▪️Kesalahan berkaitan kenderaan berat (m/lori)
▪️Memotong digarisan berkembar
▪️Pengubahsuaian exzos kenderaan
▪️Saman berstatus op selamat

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman anda nanti.

Jangan lepaskan peluang dan kongsikan kepada keluarga, rakan dan kenalan anda.

Jom ke Kaunter Saman PDRM dan nikmati pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 50%! 🚨🚨🚨

&MasyarakatBerpisahTiada #
#
#
#

PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50% DI KEJOHANAN KUDA LASAK (TERBUKA) PIALA KETUA POLIS NEGARA 2024 SEMPENA HARI ...
27/05/2024

PENGURANGAN KADAR KOMPAUN SAMAN TRAFIK 50% DI KEJOHANAN KUDA LASAK (TERBUKA) PIALA KETUA POLIS NEGARA 2024 SEMPENA HARI POLIS KE-217

Sempena Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 yang bakal diadakan pada 30 Mei 2024 sehingga 02 Jun 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran kompaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih, bertempat di Terengganu International Endurance Park (Tiep) Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman anda nanti.

Jangan lepaskan peluang dan kongsikan kepada keluarga, rakan dan kenalan anda.

Jom ke Kaunter Saman PDRM dan nikmati pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 50%! 🚨🚨🚨

&MasyarakatBerpisahTiada #
#
#
#

Op Selamat 21/2024 Tahun Baru Cina BSPTD SetiuKehadiran anggota BSPTD Setiu membantu pengguna jalan raya iaitu penunggan...
13/02/2024

Op Selamat 21/2024 Tahun Baru Cina BSPTD Setiu

Kehadiran anggota BSPTD Setiu membantu pengguna jalan raya iaitu penunggang msikal yang mengalami tayar bocor di KM69 (Jambatan Penarik) Jalan Kuala Terengganu - Kg.Raja.

Pengguna jalanraya pastikan membuat pemeriksaan kenderaan anda sebelum digunakan. Pandu cermat jiwa selamat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Op Selamat 21/2024 sempena Tahun Baru Cina yang bermula 08/02/2024 sehingga 13/02/2...
09/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Op Selamat 21/2024 sempena Tahun Baru Cina yang bermula 08/02/2024 sehingga 13/02/2024 pihak IPD Setiu, khususnya BSPTD IPD Setiu mengingatkan supaya semua pengguna jalanraya untuk sentiasa berhati-hati semasa pergerakan balik ke kampung halaman. Pihak polis juga akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan dalam menjaga keselamatan pengguna jalanraya. Pandulah dengan berhemah. Ingatlah orang tersayang.

12/05/2023
DISKAUN SAMAN PDRMBSPT IPD Setiu, kini buka kaunter semakan dan bayaran saman di Stesen Bas Bandar Permaisuri. Kaunter l...
12/05/2023

DISKAUN SAMAN PDRM

BSPT IPD Setiu, kini buka kaunter semakan dan bayaran saman di Stesen Bas Bandar Permaisuri. Kaunter luaran ini dibuka untuk memudahkan orang ramai terutama kepada warga tempatan untuk buat semakan dan buat bayaran secara terus.

Diskaun saman RM 50 untuk setiap saman masih lagi berjalan sehingga 21/05/2023.

Kaunter Saman di Stesen Bas ini dibuka setiap hari sehingga 21/05/2023.

Marilah beramai-ramai buat bayaran sebelum tempoh diskaun saman ini tamat...

SEMUA ELEMEN DALAM PDRM DIGERAKKAN BAGI MENGAWAL LALU LINTAS DI DAERAH SETIU TERENGGANU.Setiu, 24 April 2023. Orang rama...
24/04/2023

SEMUA ELEMEN DALAM PDRM DIGERAKKAN BAGI MENGAWAL LALU LINTAS DI DAERAH SETIU TERENGGANU.

Setiu, 24 April 2023. Orang ramai dilihat mula pulang semula ke ibu kota memandangkan hari ni merupakan hari terakhir cuti perayaan. Kenderaan mula memasuki daerah Setiu dan sesak seawal jam 10.00 pagi dari arah Kota Bahru ke arah Kuala Terengganu untuk menuju ke Plaza Tol Gemuruh.

Semua elemen dalam penugasan Polis di daerah Setiu digerakkan dalam bekerjasama mengawal lalu lintas. Unit Peronda (MPV) Unit Rondaan Bermotosikal (URB) membantu Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik dalam menyuraikan kesesakan

Seramai 1 Pegawai Kanan dan 11 orang anggota telah digerakkan dalam menyuraikan kesesakan jalan raya.

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu menasihatkan supaya pengguna jalan raya merancang perjalanan & berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.👋👋👋



OP SELAMAT 20/2023PEMANTAUAN DAN KAWALAN LALULINTAS BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD SETIU TERENGGANU DI ...
21/04/2023

OP SELAMAT 20/2023
PEMANTAUAN DAN KAWALAN LALULINTAS BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD SETIU TERENGGANU DI JALAN-JALAN UTAMA DAERAH SETIU TERENGGANU

Setiu, 21 April 2023 anggota polis Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu Terengganu sedang membuat penarikan kenderaan di TL Permaisuri untuk kelancaran lalulintas.

Rondaan dan pemantauan juga mendapati keadaan lalulintas terkawal dan tiada kesesakan berlaku. Pemantauan berkala juga akan terus dibuat bagi memastikan keadaan lalulintas bergerak lancar.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dijalanraya dan sentiasa mematuhi undang-undang ni lalulintas.


/2023

Address

Jalan KG APEK
Kampong Permaisuri
22100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category