11/08/2026
PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN
AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA)
2026 KINI KEMBALI!
Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA
2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan,
inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor
agromakanan negara di satu lokasi.
πͺ΄ 28 Ogos β 6 September 2026
πͺ΄ 10.00 pagi β 10.00 malam
πͺ΄ MAEPS Serdang, Selangor
Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari,
pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian
moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan,
hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti
menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.
Daripada pameran interaktif, jualan produk agro,
demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan
hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya
dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA
2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian
daripada pameran pertanian terbesar negara yang
bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri
agromakanan Malaysia, malah memperkukuh
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.
βMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugiβ
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)