KRT Sg Buah Luar, Sepang

KRT Sg Buah Luar, Sepang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Sg Buah Luar, Sepang, Government Organization, Lot 14164, Jalan Belimbing, Kg Sg Buah Luar, Kampung Dengkil.

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 11 Disember 2025 (Khamis)MERAFAK SEMBAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-80DULI YA...
11/12/2025

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 11 Disember 2025 (Khamis)
MERAFAK SEMBAH
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-80
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.










20/11/2025
KRT Sg Buah Luar, Sepang | 01 Januari 2024"Selamat Tahun Baru untuk Anda dan keluarga tercinta! Semoga setiap detik di t...
31/12/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 01 Januari 2024

"Selamat Tahun Baru untuk Anda dan keluarga tercinta! Semoga setiap detik di tahun ini penuh keberkahan dan kebahagiaan."

Semoga Tahun 2024 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]











KRT Sg Buah Luar, Sepang | 17 Disember 2023NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT KRT SG BUAH LUAR BIL.7/2023Dengan hormatnya saya mer...
23/12/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 17 Disember 2023
NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT KRT SG BUAH LUAR BIL.7/2023

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman, KRT Kampung Sungai Buah Luar akan mengadakan Mesyuarat KRT Sungai Buah Luar Bil.4/2023 pada butiran seperti berikut:

Tarikh : 17 Disember 2023 (Ahad)
Masa : 10.00 PM
Pengerusi : En. Faizal Bin Abdullah

3. Mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan majlis perlantikan AJK KRTSBL bagi tahun 2024-2025 dan majlis penghargaan buat AJK KRTSBL 2022-2023. Serta beberapa aktiviti dan sasaran yang akan dilaksanakan pada tahun 2024.

Semoga mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas komitmen kehadiran tuan/puan untuk menyertai mesyuarat tersebut.
Sekian dan harap maklum.










KRT Sg Buah Luar, Sepang | 11 Disember 2023 (Isnin)MERAFAK SEMBAH SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-78 DULI YA...
11/12/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 11 Disember 2023 (Isnin)
MERAFAK SEMBAH
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-78
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, Hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.










KRT Sg Buah Luar, Sepang | 12 November 2023(AHAD)SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepaval...
12/11/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 12 November 2023(AHAD)
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali diucapkan khas kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Hindu.











KRT Sg Buah Luar, Sepang | 28 September 2023Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 diucapkan buat semua umat Islam.Bersempena d...
28/09/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 28 September 2023

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 diucapkan buat semua umat Islam.

Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.










KRT Sg Buah Luar, Sepang | 17 September 2023Penyerahan jersey bola KRT kepada pasukan bola Sungai Buah Luar, Sepang yang...
19/09/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 17 September 2023

Penyerahan jersey bola KRT kepada pasukan bola Sungai Buah Luar, Sepang yang telah disampaikan oleh Pengerusi KRT Sungai Buah Luar En. Faizal dan diterima oleh pengelola pasukan iaitu En. Muhamat Hamzah, En. Muhammad Zulkefly dan En. Azreq Syamir Rafani. Pasukan ini juga aktif dengan perlawanan persahabatan pada setiap minggu bersama dengan pasukan-pasukan di sekitar lembah klang selari dengan moto pasukan "Hentak Berderai".
Kesemua pengelola adalah Ahli Jawatankuasa dan juga menjawat jawatan biro sukan di dalam organisasi KRTSBL. Mereka juga aktif di dalam segala aktiviti yang telah dilaksanakan.
Dengan suntikan semangat ini juga dapat menarik golongan muda untuk turut serta di dalam organisasi KRT malah dapat menjalankan aktiviti sihat dan bermasyarakat.
Semoga dengan perlaksanaan ini dapat membentuk generasi yang berprestasi, bijak berfikir dan berakhlak.











KRT Sg Buah Luar, Sepang | 16 September 2023Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lamb...
16/09/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 16 September 2023

Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Walau di mana kita berapa, ucapan Selamat Hari Malaysia adalah tanda ingatan buat negara yang kita cintai.
Selamat Hari Malaysia ke-60 2023
Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hari kita semua.
Anwar Ibrahim PM kitakan,
Memacu negara hingga persada,
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,
Tema sambutan Hari Malaysia











KRT Sg Buah Luar, Sepang | 09 September 2023NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT KRT KG SG BUAH LUAR BIL.6/2023Tuan/Puan, Dengan hor...
11/09/2023

KRT Sg Buah Luar, Sepang | 09 September 2023
NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT KRT KG SG BUAH LUAR BIL.6/2023

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman, KRT Kampung Sungai Buah Luar akan mengadakan Mesyuarat KRT Sungai Buah Luar Bil.6/2023 pada butiran seperti berikut:

Tarikh : 09 SEPTEMBER 2023 (SABTU)
Masa : 9:30 PM
Pengerusi : EN FAIZAL BIN ABDULLLAH

3. Disertakan agenda untuk Mesyuarat KRT Kampung Sg Buah Luar tersebut untuk panduan tuan/puan.

Semoga mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas komitmen kehadiran tuan/puan untuk menyertai mesyuarat tersebut.

Sekian dan harap maklum.











Address

Lot 14164, Jalan Belimbing, Kg Sg Buah Luar
Kampung Dengkil
43800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Sg Buah Luar, Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share