Pusat Koreksional Kamunting

Pusat Koreksional Kamunting Official Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) , JABATAN PENJARA MALAYSIA

14/08/2026
ZIARAH KEBAJIKAN SM 15103 AIDIL14 Ogos 2026 | Hospital TaipingKIP Nik Habil bersama SM Zaiddi telah mengadakan ziarah ke...
14/08/2026

ZIARAH KEBAJIKAN SM 15103 AIDIL

14 Ogos 2026 | Hospital Taiping

KIP Nik Habil bersama SM Zaiddi telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas SM 15103 Aidil yang sedang menerima rawatan di Wad D5, Hospital Taiping susulan kemalangan motosikal.

Semoga beliau diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna.

Semoga cepat sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala.



14/08/2026
MAJLIS RINGKAS PERSARAAN SM 12107 AIZUDDIN BIN KHALILUDDIN14 Ogos 2026 | Telah berlangsung Majlis Ringkas Persaraan SM 1...
14/08/2026

MAJLIS RINGKAS PERSARAAN SM 12107 AIZUDDIN BIN KHALILUDDIN

14 Ogos 2026 | Telah berlangsung Majlis Ringkas Persaraan SM 12107 Aizuddin bin Khaliluddin sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, dengan warga kerja mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan selamat bersara kepada beliau.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala dedikasi, komitmen dan pengorbanan yang telah diberikan.

Selamat Bersara SM 12107 Aizuddin bin Khaliluddin.
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kehidupan yang sejahtera bersama keluarga dalam menempuh fasa baharu kehidupan.

Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.



SESI PSIKOREFLEKSI BERSAMA PROSPEK14 Ogos 2026 | 0920 hrs – 1200 hrsUnit Pengurusan Psikologi dan KYKO, Pusat Koreksiona...
14/08/2026

SESI PSIKOREFLEKSI BERSAMA PROSPEK

14 Ogos 2026 | 0920 hrs – 1200 hrs

Unit Pengurusan Psikologi dan KYKO, Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Sesi Psikorefleksi bersama 20 orang prospek melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan aktiviti menonton filem.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Insp. Surendran, dengan bantuan Kpl. Soffuan dan Wdr. Iruan.

Aktiviti ini memberi ruang kepada prospek untuk membuat refleksi kendiri, menilai pemikiran serta tingkah laku, di samping meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap diri sendiri melalui mesej dan pengajaran yang diperoleh daripada tontonan.

Semoga sesi yang dilaksanakan dapat memberi manfaat dalam menyokong pembangunan psikologi, meningkatkan kesedaran kendiri serta pembentukan sahsiah prospek.



12/08/2026

Address

Pusat Koreksional Kamunting
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Koreksional Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share