Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi Selamat Datang ke halaman rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

DARI MIMBAR JUMAAT NEGERI PERLIS
14/05/2026

DARI MIMBAR JUMAAT NEGERI PERLIS

FORUM IHYA MASJID SEMARAK DAKWAH“Institusi Agama: Perkasa Bukan Dipersenda”BESERI, 13 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama...
13/05/2026

FORUM IHYA MASJID SEMARAK DAKWAH
“Institusi Agama: Perkasa Bukan Dipersenda”
BESERI, 13 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Masjid Jamek, Beseri telah menganjurkan Forum Ihya’ Masjid Semarak Dakwah bertajuk “Institusi Agama: Perkasa Bukan Dipersenda” selepas Solat Maghrib di masjid berkenaan.
Forum tersebut menampilkan dua ahli panel iaitu Prof Basri bin Ibrahim dan Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, manakala sesi forum dikendalikan oleh moderator, Ust Raja Muhd Azman bin Raja Azam.
Perbincangan forum memberi fokus kepada cabaran institusi agama dalam era digital masa kini termasuk isu persepsi masyarakat, budaya mempersenda agama di media sosial serta peranan masjid dan pendakwah dalam membina kefahaman Islam yang sahih dan seimbang.
Antara isu yang diketengahkan ialah faktor institusi agama menjadi sasaran kritikan dan sindiran masyarakat, pendekatan terbaik untuk memperkukuhkan hubungan antara institusi agama dengan masyarakat serta langkah membendung budaya mempermainkan hukum dan agama atas nama hiburan dan kebebasan bersuara.
Panel turut menekankan bahawa institusi agama perlu terus diperkasa melalui pendekatan ilmu, hikmah, komunikasi berkesan dan hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat khususnya golongan muda. Pada masa yang sama, masyarakat diseru supaya lebih beradab dalam berbicara tentang agama serta tidak mudah terpengaruh dengan maklumat atau persepsi yang tidak sahih.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha dakwah dan pengimarahan masjid di bawah pelaksanaan Forum Ihya’ Masjid Semarak Dakwah anjuran JAIPs bersama masjid-masjid seluruh negeri Perlis.

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍Telah diadakan aktiviti senaman pagi warga jabatan seperti ketetapan berikut:📅 Tarikh : 1...
13/05/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍

Telah diadakan aktiviti senaman pagi warga jabatan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 13 Mei 2026
⏰ Masa : 7.30 Pagi – 8.30 Pagi
📍 Tempat : Denai Larian Pengkalan Asam
👤 Dipimpin oleh : Encik Mohd Shahrul bin Ibrahim & Encik Johairul bin Jamin

Terima kasih kepada semua warga JAIPs yang telah hadir dan memeriahkan aktiviti ini.

DAURAH HALALAN TAIYYIBAN: KURSUS TAULIAH SEMBELIHAN SEMENTARA BAGI IBADAH KORBAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026 KANGAR, 11...
12/05/2026

DAURAH HALALAN TAIYYIBAN: KURSUS TAULIAH SEMBELIHAN SEMENTARA BAGI IBADAH KORBAN PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026


KANGAR, 11 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Tauliah Sembelihan Sementara bagi Ibadah Korban Tahun 2026 bertempat di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, JAIPs, Kangar, Perlis dan telah disempurnakan perasmian program oleh YBrs. Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Kursus ini dianjurkan sebagai persediaan menjelang ibadah korban dengan memberi penekanan kepada aspek kefahaman syariah, tatacara sembelihan yang betul serta pematuhan terhadap garis panduan dan peraturan berkaitan sembelihan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti beberapa slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman daripada pelbagai agensi berkaitan. Antara pengisian utama yang diketengahkan termasuk konsep penyembelihan dalam Islam, tauliah sembelihan serta teknologi sembelihan terkini yang disampaikan oleh pihak JAIPs.

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis turut menyampaikan ceramah berkaitan aspek perundangan dan pemeriksaan daging di rumah sembelihan bagi memastikan proses penyembelihan memenuhi piawaian kebersihan, keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan. Turut diadakan slot khas daripada Jabatan M***i Negeri Perlis berkaitan hukum-hakam ibadah korban sebagai panduan kepada peserta dalam melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna dan menepati syariat Islam.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para penyembelih dan pembantu penyembelih sekitar negeri Perlis yang hadir bagi mendapatkan tauliah sembelihan sementara untuk ibadah korban tahun 2026.

Pihak JAIPs berharap kursus seperti ini dapat meningkatkan kefahaman serta tahap kompetensi peserta dalam melaksanakan amanah sembelihan korban dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan mematuhi hukum syarak.

TEMUDUGA PEGAWAI MASJID (IMAM & BILAL) NEGERI PERLIS BIL. 4 TAHUN 2026KANGAR, 12 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Isla...
12/05/2026

TEMUDUGA PEGAWAI MASJID (IMAM & BILAL) NEGERI PERLIS BIL. 4 TAHUN 2026

KANGAR, 12 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) hari ini telah mengadakan Sesi Temuduga Pegawai Masjid (Imam dan Bilal) Negeri Perlis Bilangan 4 Tahun 2026 melibatkan seramai 13 orang calon.

Sesi temuduga ini dijalankan bagi meneliti kelayakan dan potensi calon untuk mengisi kekosongan jawatan pegawai masjid di beberapa kariah seluruh negeri Perlis.

Selain aspek pengetahuan agama dan bacaan, calon turut dinilai dari sudut kepimpinan, komunikasi serta kesediaan dalam membantu mengimarahkan institusi masjid dan masyarakat setempat.

Penganugerahan sempena Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan k...
12/05/2026

Penganugerahan sempena Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada individu, institusi atau organisasi yang telah menunjukkan sumbangan cemerlang dalam pembangunan Islam, kemasyarakatan, pendidikan, dakwah serta pengukuhan syiar Islam di Negeri Perlis.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi borang pencalonan penganugerahan sempena Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1448H / 2026M.

Borang dan kriteria pencalonan boleh didapati melalui pautan berikut:

📩 https://drive.google.com/drive/folders/1G-JJvCCxTALm_1lKLgFl9zRTrHiPci8z

Atau mengimbas kod QR yang disediakan

Tarikh tutup pencalonan: 29 Mei 2026 (Jumaat)

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi urus setia Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis di talian berikut:

☎️04-979 4400
✉️[email protected]

🔷Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah🔷Tajuk : Institusi Agama: Perkasa Bukan Persenda🗓️Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)⏰Masa : S...
12/05/2026

🔷Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah🔷

Tajuk : Institusi Agama: Perkasa Bukan Persenda

🗓️Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰Masa : Selepas Solat Maghrib
📍Tempat : Masjid Jamek, Beseri

🎤Panel 1 : Prof. Dr. Basri bin Ibrahim
🎤Panel 2 : Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
🎤Moderator : Ust Raja Muhd Azman bin Raja Azam

Semua dijemput hadir

𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗶 𝗣𝗵𝗮𝘁𝘁𝗵𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴: 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗨𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂Pada 11 Mei...
11/05/2026

𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗶 𝗣𝗵𝗮𝘁𝘁𝗵𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴: 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗨𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂

Pada 11 Mei 2026, jam 2.30 petang, rombongan JAIPs telah tiba di The Islamic Committee of Province Phatthalung di Daerah Pa Bon, Phattalung dan disambut mesra oleh Ustaz Sufyan selaku Yang Dipertua bersama ahli-ahli majlis. Delegasi kemudiannya dibawa ke Markaz Lit Tahfiz di Mae Khari untuk jamuan dan seterusnya berlangsung Sesi Penyampaian Saguhati kepada pemenang FIESTA 2026 yang turut disaksikan oleh Ustaz Qamaruddin, Mudir Markaz Tahfiz. Dalam majlis tersebut, KPP Pendidikan JAIPs telah menyampaikan sesi perkongsian bersama seluruh pelajar di markaz tahfiz, menekankan kepentingan ukhuwah dan pembangunan pendidikan Islam serantau. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang diraikan dalam suasana penuh mesra dan bersemangat.


𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗴𝘂 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗦𝗮𝘁𝘂𝗻Pada 11 Mei 2026 (Rabu), jam 11.00 pagi ...
11/05/2026

𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗴𝘂 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗗𝗲𝗹𝗲𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗔𝗜𝗣𝘀 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗦𝗮𝘁𝘂𝗻

Pada 11 Mei 2026 (Rabu), jam 11.00 pagi bertempat di The Office of Private School Province Satun, Thailand, telah berlangsung Sesi Penyampaian Sagu Hati kepada pemenang Festival Sukan dan Seni Islam Tahfiz (FIESTA) 2026 dari wilayah Satun. Penyampaian ini disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs, selaku ketua delegasi JAIPs dengan kehadiran Puan Auratyanaphon Chareonroop, Pemangku Pengarah institusi yang bertanggungjawab terhadap sekolah-sekolah swasta seluruh Satun. Dalam ucapan beliau, Puan Auratyanaphon menzahirkan harapan agar penganjuran program seperti FIESTA dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam aspek pemerkasaan serta pembangunan pendidikan Islam. Sesi berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah, menandakan komitmen bersama untuk memperkukuh jaringan pendidikan serantau.


✨ 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 ✨🏆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐇𝐓𝐈𝐅𝐀𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐈𝐈...
11/05/2026

✨ 𝐒𝐎𝐑𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 ✨
🏆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐇𝐓𝐈𝐅𝐀𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐈𝐈𝐒𝐌𝐀𝐌)
𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 Tarikh: 10 Mei 2026
📍 Tempat: Ma'had Attarbiyah Al‑Islamiyah (MATRI)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya pelbagai acara yang menghimpunkan bakat, ilmu dan keterampilan para peserta daripada sekolah-sekolah menengah agama seluruh negeri Perlis.

📚 Acara yang dipertandingkan:
▪ Tilawah Al-Quran
▪ Hafazan Al-Quran
▪ Syarahan Bahasa Melayu
▪ Syarahan Bahasa Inggeris
▪ Syarahan Bahasa Arab
▪ Bacaan Kitab Turath
▪ Forum
▪ Bahas Ala Parlimen (Bahasa Melayu)
▪ Khat
▪ Kitabatul Maqal

Program ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Hal Ehwal Agama)

Semoga program ini menjadi medan melahirkan generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan berkepimpinan. Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepadaDuli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed...
09/05/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Raja Muda Perlis

dan

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Raja Puan Muda Perlis

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Perkahwinan Diraja ke-32.

Semoga ikatan yang dibina terus diberkati Allah SWT, dilimpahi rahmat, kebahagiaan serta kekal utuh hingga ke akhir hayat.

Sembah takzim daripada
Pengarah dan seluruh warga JAIPs

Address

Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi:

Share