04/09/2026
๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ฒ๐๐ก, ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ ๐๐ข๐ ๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ง๐๐ง๐ญ๐ข
Suasana pagi yang sepatutnya menjadi permulaan rezeki bertukar menjadi detik paling memilukan bagi keluarga kecil ini apabila seorang ayah yang baru sahaja melangkah keluar rumah dengan satu tekad dengan bekerja demi masa depan anak-anaknya. Namun, takdir Allah lebih mengetahui segalanya. Perjalanan ke tempat kerja yang sepatutnya menjadi rutin harian bertukar menjadi permulaan kepada sebuah kisah duka yang menyayat hati.
Arwah Mohd Farizal Kamis, 36 telah terlibat dalam satu kemalangan pada ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ dan sejak pada hari itu kehidupannya berubah sepenuhnya. Dari katil hospital, beliau berjuang antara sedar dan tidak sedar dalam menahan sakit, menahan rindu, dan menahan air mata semuanya demi seorang isteri dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah dan sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Hari demi hari berlalu dengan penuh pengharapan. Doa tidak pernah putus dipanjatkan oleh ahli keluarga dan kenalan. Namun selepas menerima rawatan rapi dan penjagaan berterusan, Arwah Mohd Farizal Kamis akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada ๐๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ di Hospital Sultanah Bahiyah.
Dalam kedukaan yang menyelubungi keluarga kecil ini, hadir sedikit sinar tatkala berita duka tersebut sampai ke meja Skuad PERKESO Prihatin Negeri Perlis. Hasil semakan mendapati arwah mencarum melalui majikan Absolute Based Sdn Bhd di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Hasil siasatan mendapati waris layak menerima Faedah Orang Tanggungan dan Faedah Pengurusan Mayat daripada pihak PERKESO disebabkan arwah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan disahkan sebagai ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฃ๐.
Skuad PERKESO Prihatin Negeri Perlis telah segera turun padang menyantuni keluarga arwah di kediaman mereka. Serahan Kotak Prihatin dan baucar bayaran Faedah Pengurusan Mayat disampaikan oleh En. Ahmad Firdaus Hashim Pengarah PERKESO Negeri Perlis bersama Encik Rozali Abd Rahman, Pengarah Urusan Absolute Base Sdn Bhd. Turut hadir, En Muhammad Nazhifuddin Rozali, Eksekutif Operasi Absolute Base Sdn Bhd dan En. Fais Syamir, Pegawai Sinergi PERKESO Negeri Perlis.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada anak-anak kecil yang ditinggalkan, serta menempatkan roh arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dikasihi.
๐๐ฅ-๐
๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ก ๐คฒ๐ฝ