FELDA Wilayah Mempaga

FELDA Wilayah Mempaga Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Wilayah Mempaga, Government Organization, Karak.

26 Ogos 2026FELDA Wilayah Mempaga KUNJUNG HORMAT PENGERUSI FELDAKE FELDA WILAYAH MEMPAGASatu kunjungan yang cukup bermak...
26/08/2026

26 Ogos 2026
FELDA Wilayah Mempaga

KUNJUNG HORMAT PENGERUSI FELDA
KE FELDA WILAYAH MEMPAGA

Satu kunjungan yang cukup bermakna apabila Pengerusi FELDA mengadakan lawatan kunjung hormat ke FELDA ke FELDA Mempaga 2,Mempaga 3 ,Pejabat FELDA Wilayah Mempaga Dan seterusnya ke FELDA Lurah Bilut .

Kunjungan ini mencerminkan komitmen kepimpinan FELDA untuk sentiasa berada dekat dengan pengurusan Wilayah & kepimpinan Rancangan .

Dalam suasana penuh mesra sesi kunjung hormat ini juga turut menyantuni Tuan Imam Masjid Gugusan Mempaga seterusnya ke Projek PPP Tanaman Nenas & FELDA Lurah Bilut .

Semoga kunjungan Pengerusi FELDA ke FELDA Wilayah Mempaga menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan, kesejahteraan komuniti serta kelestarian masa depan warga FELDA.





26/08/2026
📚SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN FELDA Buat semua calon Peperiksaan Pengesahan Jawatan FELDA, khususnya...
03/08/2026

📚SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENGESAHAN JAWATAN FELDA

Buat semua calon Peperiksaan Pengesahan Jawatan FELDA, khususnya yang bakal menduduki peperiksaan pada 5 & 6 Ogos 2026, selamat maju jaya diucapkan.

Semoga segala usaha, ulang kaji dan persediaan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Hadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan fokus. Percayalah, setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti ada ganjarannya.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan fikiran serta dikurniakan kejayaan dan keputusan yang cemerlang.

“Usaha • Doa • Tawakal • Kejayaan”

Selamat menduduki Peperiksaan Pengesahan Jawatan FELDA!
Semoga semua calon berjaya dengan cemerlang! 🏆💚




📞 NOMBOR RINGOTEL FELDA WILAYAH MEMPAGABagi memperkukuh akses komunikasi dan penyampaian perkhidmatan, FELDA Wilayah Mem...
29/07/2026

📞 NOMBOR RINGOTEL FELDA WILAYAH MEMPAGA

Bagi memperkukuh akses komunikasi dan penyampaian perkhidmatan, FELDA Wilayah Mempaga memperkenalkan senarai nombor telefon rasmi mengikut Cawangan untuk rujukan dan kemudahan warga FELDA Wilayah Mempaga .

Setiap nombor disediakan sebagai saluran perhubungan terus bagi memudahkan urusan pertanyaan, mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta perkara berkaitan mengikut fungsi dan bidang Cawangan.

hubungiKami

28/07/2026
27 JULAI 2026 MENARA FELDAMESYUARAT E-NOTA HANTARAN, POTONGAN HUTANG & PENYATA HUTANG FELDASatu mesyuarat berkaitan E-No...
27/07/2026

27 JULAI 2026
MENARA FELDA

MESYUARAT E-NOTA HANTARAN, POTONGAN HUTANG & PENYATA HUTANG FELDA

Satu mesyuarat berkaitan E-Nota Hantaran, Potongan Hutang dan Penyata Hutang telah diadakan bersama Timbalan Pengarah Besar Perladangan FELDA bertempat di Menara FELDA.

Turut sama- sama hadir adalah Pengarah IT , Timbalan Pengarah Kewangan ,Pengarah Wilayah Mempaga ,Timbalan Pengarah Wilayah Operasi FELDA Wilayah Mepaga & pengurus- pengurus Rancangan .

Mesyuarat ini menjadi platform & usaha penting bagi membincangkan, menyelaras dan memperkemas pelaksanaan urusan berkaitan demi memastikan pengurusan yang lebih sistematik, telus dan berkesan.

Semoga hasil perbincangan ini terus memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga peneroka dan seluruh komuniti FELDA Wilayah Mempaga .

21/07/2026

SANTAI PERANTAU SEMPENA 70 TAHUN FELDA

Sempena 70 Tahun FELDA, mari bersama kita eratkan kembali silaturahim, ukhwah dan persahabatan dalam suasana penuh santai dan kekeluargaan menerusi Santai Perantau.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda — santai BBQ bakar sendiri, persembahan artis & buskers, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, cabutan bertuah, hadiah menarik serta pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Ayuh, warga FELDA dan perantau sekalian, kita berkumpul semula, berkongsi cerita dan mengimbau kenangan. Satu hati, satu keluarga, satu FELDA.

đź“… Sabtu, 25 Julai 2026
⏰ 8.00 malam
📍 Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan malam penuh kenangan ini!





17 JULAI 20267 INISIATIF  UTAMA SEMPENA SAMBUTAN 70 TAHUN FELDAAlhamdulillah, sempena Sambutan 70 Tahun FELDA, pelbagai ...
17/07/2026

17 JULAI 2026
7 INISIATIF UTAMA SEMPENA SAMBUTAN 70 TAHUN FELDA

Alhamdulillah, sempena Sambutan 70 Tahun FELDA, pelbagai inisiatif telah diumumkan Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai bukti komitmen berterusan Kerajaan dan FELDA dalam memperkukuh kesejahteraan warga peneroka, generasi baharu & Petugas

Antara 7 Inisiatif Utama yang diumumkan adalah:

âś… Pengukuhan kewangan FELDA dengan bantuan RM990 juta setahun.

âś… Pindaan Akta GSA bagi memberi manfaat kepada generasi FELDA.

âś… Penyediaan 8,000 unit rumah kedua untuk generasi FELDA.

âś… Peruntukan RM170 juta bagi pembangunan perumahan Generasi FELDA.

âś… Pengukuhan pendapatan KPF sebanyak RM42 juta.
âś… Peruntukan RM450 juta bagi kebajikan dan perumahan petugas FELDA.

âś… RM28.85 juta untuk program kesejahteraan peneroka meliputi celik digital, penambahbaikan sekolah serta pemerkasaan Sukarelawan Skuad MAYA FELDA.

Semoga segala inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih mampan, meningkatkan taraf hidup warga FELDA serta memastikan legasi FELDA terus gemilang untuk generasi akan datang.
Selamat Menyambut 70 Tahun FELDA.

Terima kasih kepada seluruh warga peneroka, generasi FELDA, petugas dan semua pihak yang telah bersama-sama membina kejayaan FELDA selama 70 tahun.

Address

Karak
28600

Telephone

+6092233543

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Wilayah Mempaga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share