10 Kom KPD Para

10 Kom KPD Para Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 10 Kom KPD Para, Government Organization, Kem Terendak, Kem Terendak.

04/04/2026

๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ, ๐—ฐ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐˜€: "๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜"

Tiada ruang untuk individu gagal kawal emosi dan bertindak ganas di dalam pasukan keselamatan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman menegaskan bahawa anggota yang mempunyai kecenderungan mencederakan rakan setugas adalah liabiliti dan tidak layak berada di dalam organisasi ketenteraan.

Tindakan paling tegas, termasuk pembuangan kerja dan pendakwaan jenayah menanti pelaku.



Berita penuh: https://www.airtimes.my/2026/04/04/gagal-kawal-emosi-cenderung-bertindak-ganas-mereka-tidak-sesuai-berada-dalam-tentera-darat/

04/04/2026

๐——๐—˜๐—ง๐—”๐—ฆ๐— ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜ - ๐Ÿต๐Ÿฏ

Diperkenalkan barisan pegawai dan anggota Kor Perkhidmatan DiRaja yang akan mewakili Kor dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 93 pada 4 April 2026 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Selamat maju jaya kepada seluruh pegawai dan anggota yang terlibat. Laksanakan tugas dengan penuh disiplin, keyakinan dan kebanggaan dalam menjaya perbarisan pada kali ini.

BERKHIDMAT KEPADA SEMUA

02/04/2026
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”) MELAKA, 25 Mac 2026 โ€“ Telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat ...
25/03/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)

MELAKA, 25 Mac 2026 โ€“ Telah berlangsung Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai 10 Kompeni KPD (Para) bertempat di Bilik Roda Para.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah, Kapten Nor Atikah binti Takaluddin kepada Leftenan Muda Sofea binti Saiful Azlin, Ketua Hantaran Udara Bravo yang dinaikkan pangkat ke Leftenan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Leftenan Sofea binti Saiful Azlin. Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan komited demi perkhidmatan serta organisasi.









๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAidilfitri bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga hari untuk memperbaharui si...
19/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga hari untuk memperbaharui silaturahim dan melupakan sengketa lama. Mari kita raikan dengan hati yang bersih dan penuh kasih sayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! ๐ŸŒ™









๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)MELAKA, 13 Mac 26 โ€“ Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT...
13/03/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)

MELAKA, 13 Mac 26 โ€“ Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 10 Kom KPD (Para) antara Puan Noor Azita binti Musa dengan Puan Nurul Syifa binti Othman telah dilaksanakan bertempat di Bilik Roda Para, 10 Kom KPD (Para).

Acara dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi BAKAT 10 Kom KPD (Para) dan seterusnya upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 10 Kom KPD (Para) disaksikan oleh , Lt Nurul Nabila Iwana selaku Pegawai BAKAT 10 Kom KPD (Para).

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Azita binti Musa atas kerjasama yang diberikan sepanjang memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi BAKAT 10 Kom KPD (Para). Tahniah dan selamat menjalankan tugas buat Pengerusi BAKAT Kom KPD (Para) yang baharu.









12/03/2026

๐Ÿšจ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐——๐—œ๐—ฃ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ก๐—š? ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ini Fakta Yang Anda Wajib Tahu.

Pernah terkejut bila tiba-tiba terserempak dengan konvoi kenderaan tentera? Mesti rasa berdebar sikit kan bila trak-trak besar lalu di sebelah kenderaan anda.
โ €โ €
Admin nak kongsi satu rahsia penting khusus untuk keselamatan kita bersama. Admin faham, kadang-kadang kita mengejar masa untuk ke tempat kerja atau pulang ke pangkuan keluarga.

Namun, apabila melibatkan pergerakan kenderaan berat tentera, keselamatan anda adalah keutamaan mutlak kami.

Konvoi ini bergerak sebagai satu unit yang besar dan padu. Admin mohon jasa baik anda semua untuk patuhi 5 Garis Panduan Mudah ini:

โŒ Jangan memotong di celah-celah kenderaan konvoi.

โŒ Kekalkan jarak yang selamat dari trak kami.

โŒ Elak brek mengejut berhampiran aset tentera.

โŒ Jangan ekori terlalu rapat, beri ruang tindak balas.

โœ… Patuhi arahan anggota pengiring di lapangan.

Jom kongsikan dengan Admin! Siapa di sini pernah bagi laluan atau ada pengalaman manis terserempak dengan konvoi kita?

Cuba komen dan kongsikan cerita anda di bawah! ๐Ÿซก

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—”MELAKA, 11 Mac 2026...
12/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—•๐—จ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—”

MELAKA, 11 Mac 2026 : 10 Kom KPD (Para) telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan bagi anggota yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Turut hadir semasa pemeriksaan tersebut ialah Pegawai Pemerintah 10 Kom KPD (Para), Kapt Nor Atikah binti Takaluddin, bagi meninjau pelaksanaan pemeriksaan serta memastikan kesiapsiagaan kenderaan anggota berada pada tahap yang baik.

Pemeriksaan melibatkan semakan dokumen seperti aplikasi MyJPJ, MyTentera, lesen memandu, cukai jalan kenderaan serta rekod penyelenggaraan kenderaan. Selain itu, pemeriksaan fizikal kenderaan turut dilaksanakan meliputi keadaan minyak enjin, tayar, lampu isyarat, lampu kecemasan serta sistem brek bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Dikesempatan ini juga, pihak pasukan melaksanakan agihan bubur lambuk kepada anggota sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.









๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—๐—จ (๐—จ๐—๐—Ÿ) ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)MELAKA, 10 Mac 2026 : Seramai 3 Pegawai dan 133 LLP telah melaksanakan Ujian Jal...
11/03/2026

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—๐—จ (๐—จ๐—๐—Ÿ) ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)

MELAKA, 10 Mac 2026 : Seramai 3 Pegawai dan 133 LLP telah melaksanakan Ujian Jalan Laju (UJL) sejauh 8 km di sekitar Kem Terendak berpandukan PROTAP LATIHAN 10 BRIGED (PARA) NO 23 UJIAN JALAN LAJU.

Ujian ini dilaksanakan sebagai salah satu medium penilaian tahap kecergasan fizikal serta ketahanan mental anggota, selaras dengan keperluan mengekalkan tahap kesiapsiagaan pasukan pada tahap tertinggi.

Sepanjang ujian dijalankan, semua pegawai dan anggota mempamerkan disiplin, semangat serta komitmen yang tinggi dan berjaya menamatkan ujian dalam tempoh masa yang ditetapkan.









๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ(๐—จ๐—ž๐—ž๐—œ) ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)MELAKA, 10 Mac 2026 : 10 Kom KPD (Para) telah melaksanakan Uji...
11/03/2026

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ(๐—จ๐—ž๐—ž๐—œ) ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ž๐—ข๐—  ๐—ž๐—ฃ๐—— (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”)

MELAKA, 10 Mac 2026 : 10 Kom KPD (Para) telah melaksanakan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) berpandukan PROTAP LATIHAN 10 BRIGED (PARA) NO 25 UKKI ASAS.

UKKI yang telah dilaksanakan iaitu Ujian Pertolongan Cemas (UPC) melibatkan seramai 107 LLP dan Ujian Perhubungan Radio (UPR) melibatkan 2 Pegawai dan 107 LLP.

Ujian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan serta kecekapan anggota dalam kemahiran asas ketenteraan, di samping memastikan setiap anggota sentiasa bersedia dan kompeten dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sepanjang ujian dilaksanakan, semua pegawai dan anggota menunjukkan komitmen, disiplin serta kesungguhan yang tinggi dalam memastikan setiap modul ujian dapat disempurnakan dengan baik.









Address

Kem Terendak
Kem Terendak
76200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 10 Kom KPD Para posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share