26/05/2026
Sumbangan Korban AidilAdha
Masjid Ar-Raysid Kg Kota Ayangan
26 Mei 2026, Selasa
Keningau: Sumbangan lembu korban daripada YB Dato' Sr. Mohd Ishak bin Datuk Ayub Pembantu Menteri Kewangan II merangkap (ADUN) N.40 Bingkor telah disampaikan oleh kakitangan UPPM N.40 Pemaju Mukim Tuntumulud, En. Nurdin Zainuddin , diterima oleh En. Atai
Dalam kesempatan itu, YB Dato Sr Mohd Ishak Bin Ayub menyeru agar sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini diraikan dalam suasana yang meriah, penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Beliau turut menegaskan bahawa semangat kebersamaan yang lahir melalui ibadah korban perlu terus dipelihara kerana ia menjadi jambatan yang mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin di peringkat akar umbi.
Semoga sumbangan ini dapat membantu penduduk setempat serta mengukuhkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat dalam bersama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 27 Mei 2026 (Rabu), bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Semoga Aidiladha tahun ini disambut dengan lebih meriah, harmoni dan membawa semangat kesatuan sejagat demi kesejahteraan bersama.