UPPM N45 Sook

UPPM N45 Sook Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N45 Sook, Government Organization, Kompleks Makmur Eramaju, LOT 20, TINGKAT 1, BLOK C, Jalan KENINGAU-TAMBUNAN/YUN F**K INDUSTRIAL COMPLEX, Jalan Nabawan Batu 1/2, Keningau.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N45 Sook
Berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat, menyelaras program kemasyarakatan serta memantau pelaksanaan projek pembangunan di kawasan DUN N45 Sook.

07/09/2026
π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐁𝐔𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐋𝐔YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan ...
05/09/2026

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐁𝐔𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐋𝐔

YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, terus menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakat melalui penglibatan serta sokongan berterusan terhadap pelbagai program kemasyarakatan di kawasan N.45 Sook.

Pada hari ini, Tuan Amzan Jahidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, telah mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup untuk merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Keluarga Kampung Bunang Ulu.

Program ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk Kampung Bunang Ulu. Penganjuran program seumpama ini turut mencerminkan kepentingan semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling menyokong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur serta seluruh warga Kampung Bunang Ulu atas penganjuran program yang penuh bermakna ini.

ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇Pada hari ini, PPM Amzan Jahidin, telah mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph...
03/09/2026

ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇

Pada hari ini, PPM Amzan Jahidin, telah mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen P182 Pensiangan dan ADUN N45 Sook dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah (JPTD) Bil. 3/2026.

Usaha berterusan YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat N.45 Sook turut dizahirkan melalui penglibatan dalam perbincangan dan penyelarasan pembangunan di peringkat daerah. Setiap isu serta keperluan rakyat terus diketengahkan kepada agensi-agensi berkaitan agar dapat diteliti dan diselaraskan secara menyeluruh, demi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat Sook terus diberi perhatian.

Melalui penglibatan aktif dalam platform seperti ini, UPPM N.45 Sook terus memperkukuh hubungan dan penyelarasan bersama agensi-agensi kerajaan, selaras dengan usaha memastikan perancangan pembangunan dapat digerakkan secara bersepadu, responsif dan memberi impak yang nyata kepada masyarakat setempat.




π”πππŒ 𝐍.πŸ’πŸ“ π’πŽπŽπŠ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„π’πˆ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ‘πŽπ‰π„πŠ π…πŽπ‹π”π‘ πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇CDO Ramian Ayub, bersama rombongan staf UPPM N.4...
03/09/2026

π”πππŒ 𝐍.πŸ’πŸ“ π’πŽπŽπŠ π’π„π‘π“π€πˆ π’π„π’πˆ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 ππ‘πŽπ‰π„πŠ π…πŽπ‹π”π‘ πƒπˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

CDO Ramian Ayub, bersama rombongan staf UPPM N.45 Sook, telah menghadiri Sesi Taklimat dan Libat Urus Projek Pengurusan Landskap Bersepadu untuk Sistem Makanan Lestari, Guna Tanah dan Restorasi (FOLUR) di Sabah yang dianjurkan oleh agensi kerajaan di bawah Jabatan Perhutanan Sabah, MY-FOLUR, bertempat di Dewan Masyarakat Sook. Turut hadir wakil Pejabat Daerah Sook, ADO Enchik Anam, wakil-wakil pemimpin kampung termasuk JKKK dan Ketua Kampung, serta pegawai-pegawai daripada agensi MY-FOLUR. Penyertaan ini juga selaras dengan komitmen YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dalam memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar, pengurusan sumber secara lestari serta pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Sesi ini menjadi platform penting untuk memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan projek Pengurusan Landskap Bersepadu untuk Sistem Makanan Lestari, Guna Tanah dan Restorasi (FOLUR), di samping membuka ruang libat urus bersama pemimpin dan masyarakat setempat bagi berkongsi pandangan, keperluan serta cadangan berkaitan kelestarian alam sekitar, pengurusan guna tanah, sistem makanan lestari dan restorasi landskap.







π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπ€π“πˆπ‹ πƒπˆπ’π€πŒππ€πˆπŠπ€π, ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“Pemaju Mukim Ansip, Mark Anthony, mewakili YB Dato’ S...
03/09/2026

π’π”πŒππ€ππ†π€π πŠπ€π“πˆπ‹ πƒπˆπ’π€πŒππ€πˆπŠπ€π, ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“

Pemaju Mukim Ansip, Mark Anthony, mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P182 Pensiangan dan ADUN N45 Sook telah menyampaikan sumbangan sebuah katil kepada En. Saman bin Untoton@Benedict dari Kampung Ansip Laut.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan perhatian YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup terhadap kebajikan serta keperluan masyarakat setempat. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada penerima.




𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 π“π€ππ†π€ππˆ πˆπ’π” ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ ππ„π‘π’πˆπ‡ πƒπˆ πŒπ”πŠπˆπŒ π€ππ’πˆπPemaju Mukim Ansip, Mark Anthony, bersama beberapa wakil JKKK ...
03/09/2026

𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 π“π€ππ†π€ππˆ πˆπ’π” ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ ππ„π‘π’πˆπ‡ πƒπˆ πŒπ”πŠπˆπŒ π€ππ’πˆπ

Pemaju Mukim Ansip, Mark Anthony, bersama beberapa wakil JKKK Mukim Ansip telah turun padang mendapatkan penjelasan terus daripada pihak Jabatan Air berhubung proses pengagihan bekalan air bersih kepada kampung-kampung yang terjejas.

Beberapa kampung khususnya Kampung Membulu, Mempulut, Korobot, Kuala Puntih dan Kuala Tigasa dilaporkan mengalami kekeringan sumber air graviti susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan akibat fenomena El NiΓ±o. Keadaan ini sememangnya memberi kesan kepada keperluan harian penduduk, justeru tindakan susulan perlu diselaraskan bagi memastikan bantuan bekalan air dapat disalurkan kepada kawasan yang memerlukan.

Hasil perjumpaan tersebut, pihak Jabatan Air telah memberikan penerangan berkaitan prosedur dan proses permohonan pengagihan bekalan air bersih bagi kampung-kampung yang terjejas. Perkara ini akan terus disusuli dan dipantau oleh UPPM N.45 Sook bersama JKKK serta pihak berkaitan agar keperluan penduduk dapat diberi perhatian sewajarnya.

UPPM N.45 Sook akan terus membawa suara dan keperluan masyarakat, khususnya dalam perkara asas seperti bekalan air bersih, serta memastikan setiap aduan yang diterima dapat disampaikan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.




29/08/2026

Address

Kompleks Makmur Eramaju, LOT 20, TINGKAT 1, BLOK C, Jalan KENINGAU-TAMBUNAN/YUN F**K INDUSTRIAL COMPLEX, Jalan Nabawan Batu 1/2
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N45 Sook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share