03/02/2026
DESAKAN TKM1 LETAK JAWATAN HIPOKRASI PAS, KENAPA TIDAK DESAK MB PAS MELAKUKAN YANG SAMA
1. Desakan PAS Pulau Pinang supaya TKM 1 Pulau Pinang YB Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid untuk meletakkan jawatan dalam pentadbiran institusi Agama Islam Pulau Pinang atas isu antara lain pengurusan dana zakat menunjukkan sikap hipokrasi PAS dalam isu integriti. Ini adalah kerana PAS tidak p**a mendesak seorang Menteri Besar dari PAS untuk meletakkan jawatan atas isu penjualan tanah oleh kerajaan negeri yang dikatakan dibuat kepada sebuah NGO pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran.
2. Umum sedia maklum bahawa SPRM sedang melakukan siasatan terhadap isu ini dan kenyataan Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 26 Januari 2026 telah menjelaskan bahawa kelulusan agihan zakat yang didakwa itu tidak melanggar sebarang peraturan kerana mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang. Oleh kerana SPRM telah memulakan siasatan, maka Amanah Pulau Pinang menegaskan bahawa PAS tidak perlu menangguk di air keroh untuk memburukkan imej pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang bagi meraih keuntungan politik.
3. Di samping itu, tindakan SPRM memulakan siasatan tersebut menunjukkan kesungguhan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara dengan telus dan adil di mana tiada campur tangan eksekutif di dalam kes yang dikaitkan dengan parti pemerintah. Ketelusan Anwar Ibrahim ini sangat dibimbangi PAS kerana ia menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim benar-benar menunaikan janji dan manifesto Pakatan Harapan untuk melakukan reformasi institusi di dalam negara ini yang tidak mampu dilakukan PAS.
Muhammad Faiz Fadzil
Pengerusi Amanah Pulau Pinang
3 Februari, 2026.