16/10/2018
Lima remaja bawah umur positif dadah
AMPUNG RAJA- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut berjaya menyelamatkan lima remaja bawah umur dari dibelenggu najis dadah menerusi Ops Cegah di sekitar daerah iniKetua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, lima remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Jertih dan Kuala Besut.
Menurutnya, bertindak atas maklumat kakitangan AADK seramai tujuh orang diketuai beliau sendiri telah menyerbu dua buah rumah di dua lokasi tersebut.“Serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Gertak 100, Kuala Besut kira-kira jam 7 pagi dan berjaya menahan seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun kerana saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis pil kuda,” katanya.
Noor Hafiza berkata, setengah jam kemudian pasukan sama bergerak ke Jertih sebelum menyerbu sebuah rumah di Kampung Guang.
Menurutnya, dalam serbuah kedua itu, pihaknya berjaya menahan empat remaja iaitu seorang remaja berusia 14 tahun dan dua orang masing-masing 16 tahun serta seorang lagi berusia 17 tahun.
“Ketika serbuan mereka sedang tidur di satu ruang sudut rumah milik ahli keluarga salah seorang daripada suspek.
"Turut berada di dalam rumah itu adalah ibu kepada salah seorang remaja terbabit," katanya.