Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)

  • Home
  • Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah Tel : 088-236110 Faks : 088-236125 Web : https://jhewa.sabah.gov.my Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah

🌾 🔸SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026🔸🌾Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.Pengarah dan seluruh warga Jabatan Hal Ehwal...
30/05/2026

🌾 🔸SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN 2026🔸🌾

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Pengarah dan seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya.

Semoga sambutan pesta menuai ini terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan di negeri Sabah.

"Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas daripada;

Haslina Ismail
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)
dan Seluruh Warga JHEWA





🌙 Salam Aidiladha 1447H | 2026M 🐐Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladh...
27/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H | 2026M 🐐

Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam di Sabah dan Malaysia.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengukuhkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang, serta mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan masyarakat.

Marilah kita menghayati semangat pengorbanan dan keinsafan dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. ✨

Ikhlas daripada:
Puan Haslina Ismail
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)
beserta seluruh warga JHEWA

🔸Kursus Asas Refleksologi (Lanjutan) Berjaya Dianjurkan di Kota Kinabalu🔸KOTA KINABALU, 22 Mei 2026 – Seramai 20 orang p...
25/05/2026

🔸Kursus Asas Refleksologi (Lanjutan) Berjaya Dianjurkan di Kota Kinabalu🔸

KOTA KINABALU, 22 Mei 2026 – Seramai 20 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Refleksologi (Lanjutan) yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Kirana Maheswari Day Spa, Wisma Wanita, Kota Kinabalu.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Puan Haslina Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA). Program ini bertujuan memberi pendedahan lanjutan serta memperkukuhkan kemahiran peserta dalam bidang refleksologi sebagai salah satu usaha meningkatkan pengetahuan dan peluang pembangunan diri serta kemahiran wanita.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pengisian berbentuk teori dan amali berkaitan teknik refleksologi yang betul, profesional serta beretika.

Diharapkan melalui penganjuran program seperti ini, peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang ke arah pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti.




19/05/2026

BERITA RTM SABAH

KENYATAAN MEDIAJABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH (JHEWA)PENAFIAN PENYALAHGUNAAN NAMA PENGARAH DAN PEGAWAI JHEWA1. Jabatan H...
19/05/2026

KENYATAAN MEDIA
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH (JHEWA)

PENAFIAN PENYALAHGUNAAN NAMA PENGARAH DAN PEGAWAI JHEWA

1. Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama Pengarah dan pegawai JHEWA ♦️bagi tujuan penipuan melibatkan tender, kursus, program, perolehan dan urusan rasmi jabatan♦️ .

2. Orang awam, agensi dan syarikat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan pengesahan rasmi daripada JHEWA ♦️sebelum♦️ membuat sebarang urusan atau bayaran.

3. JHEWA menegaskan bahawa semua urusan rasmi jabatan dilaksanakan mengikut saluran dan prosedur yang telah ditetapkan.

4. Sebarang keraguan atau kemusykilan hendaklah dirujuk terus kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) melalui ♦️talian rasmi 088-236110♦️ atau dengan melayari ♦️laman sesawang rasmi https://jhewa.sabah.gov.my/♦️ bagi tujuan pengesahan.

Sekian, terima kasih.

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH (JHEWA)

✨BENGKEL PEMBANGUNAN KEPIMPINAN WANITA BERWIBAWA (WOS) SIRI 1 KUMPULAN 16✨12 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (...
19/05/2026

✨BENGKEL PEMBANGUNAN KEPIMPINAN WANITA BERWIBAWA (WOS) SIRI 1 KUMPULAN 16✨

12 Mei 2026 – Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa (WOS) Siri 1 Kumpulan 16 yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei 2026 bertempat di LA Hotel, Tawau.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang ini disertai seramai 30 orang peserta dan bertujuan memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, komunikasi serta pembangunan sahsiah wanita dalam melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa dan berdaya saing.

Bengkel ini menampilkan dua penceramah berpengalaman iaitu Puan Norhana Abdul Jabar dan Puan Mazibah Mohd. Zain yang berkongsi ilmu, pengalaman serta panduan berkaitan pembangunan kepimpinan wanita.

Program ini juga merupakan salah satu usaha berterusan JHEWA dalam memperkasa wanita melalui latihan dan pembangunan kapasiti selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan Malaysia MADANI.

18/05/2026

Rina (dua dari kiri) mewakili Julita pada Program Sentuhan Kasih JHEWA: Suara Anda Aspirasi Kami sempena sambutan Hari Ibu 2026, di sini, h...

18/05/2026

KOTA KINABALU: 18 Mei 2026 - Kerajaan Negeri terus komited memperkasa golongan usahawan wanita di Sabah melalui pelbagai program dan inisiatif pembangunan

🌸 PROGRAM SENTUHAN KASIH JHEWA 2026 BERLANGSUNG MERIAH 🌸KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 – Program Sentuhan Kasih JHEWA: “Suar...
18/05/2026

🌸 PROGRAM SENTUHAN KASIH JHEWA 2026 BERLANGSUNG MERIAH 🌸

KOTA KINABALU, 18 Mei 2026 – Program Sentuhan Kasih JHEWA: “Suara Anda, Aspirasi Kami” sempena Sambutan Hari Ibu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Ballroom, Wisma Wanita hari ini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) ini berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, NGO wanita, usahawan wanita serta komuniti setempat dalam suasana mesra rakyat dan penuh harmoni.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Rina Hj Jaini, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Turut hadir, Yang Berbahagia Tuan Henry Idol, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Yang Berusaha Puan Hajah Haslina Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), serta wakil-wakil agensi strategik yang terlibat.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program antaranya sesi pocket talk agensi, khidmat nasihat wanita, saringan kesihatan reproduktif wanita, kaunseling, derma darah serta pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi berkaitan. Program turut memberi ruang kepada usahawan wanita bimbingan JHEWA untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung.

Melalui penganjuran program ini, JHEWA berharap usaha memperkasa wanita serta meningkatkan kesejahteraan keluarga dapat terus diperkukuhkan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

JHEWA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi strategik, peserta, usahawan serta orang ramai yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.





Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088236110

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA):

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share