SMC - Sabah Media Centre


SMC - Sabah Media Centre Platform digital Sabah untuk berita semasa, komuniti dan liputan segera.

1Hal paling asas yang kita kena faham: pilihanraya sudah habis. Sekarang masa untuk governing, bukan campaigning. Masa u...
04/12/2025

1
Hal paling asas yang kita kena faham: pilihanraya sudah habis. Sekarang masa untuk governing, bukan campaigning. Masa untuk membina negeri, bukan menyalakan api emosi yang terus menerus mewujudkan benci sengketa sesama kita.

Saya juga perlu perbetulkan tanggapan James Kuli tentang tata etika pemakaian baju tradisi. Pakailah baju Dusun, baju Suluk, baju Murut, baju Bajau, baju Rungus untuk apa saja acara yang tidak menyalahi prinsip Rukun Negara. Apa masalahnya? Itu satu kebanggaan, bukan penghinaan.

2
Pakaian tradisi adalah identiti etnik. Itu adat budaya milik sepunya. Pakaian tradisi bukan eksklusif kepada ideologi dan manifesto tertentu, sampai dilarang masuk ke gelanggang politik.

Sudah bertahun-tahun ini jadi amalan ahli politikus semua parti di Sabah, Malaysia dan dunia. Masa penamaan calon dan berkempen, ada kalangan mereka yang berbusana etnik. Tiada siapa pun marah.

Berbangga dengan budaya sendiri bukan satu dosa. Itu celebration of identity, bukan taktik propaganda berciri negatif. Ayat si James ini bukan main hiperbola lagi. Konon “insult intelek Sabah”. Astaga, ibubapa jenis apa bah yang mengajar anak-anaknya konon tidak boleh pakai baju tradisi etnik masa berkempen?

3
Kempen politik bukan satu aktiviti jenayah yang boleh mencemarkan maruah dan kehormatan busana etnik. Kempen politik adalah proses demokrasi, di mana ahli-ahli siasah menggerakkan advokasi pembangunan sosioekonomi dan sosiobudaya untuk komuniti yang mahu diwakilinya.

Jadi, kenapa intelekmu akan tergugat atau rasa terhina jika seseorang menampilkan identiti etnik ketika mahu memperjuangkan kepentingan generasi pribumi?

4
Sebenarnya, semalam Astro Awani jemput saya berdiskusi tentang halatuju Sabah pasca pilihanraya. Bukan berkempen. 😅 Bila mandat telah diberi oleh rakyat, perang politik telah tamat. Kita mesti move on, sama-sama memberi idea bagaimana negeri boleh move forward.

Namun, itulah bah isu tipikal kita. Pilihanraya sudah selesai, keputusan sudah usai, kerajaan pun sudah dibentuk. Tapi masih ada spesies manusia yang dijajah emosi melulu. Belum mampu keluar daripada kepungan politik sempit.

5
Yang kalah dan yang menang orang lain, ahli politikus. Tapi dia, si rakyat marhean p**a, yang traumanya tidak habis-habis. Macam mana mau maju, kalau jiwamu terus bergayut manja pada pohon euforia politik yang sudah lama ditebang, kelmarin dulu?

Sebagai penjawat awam, saya tidak pernah berkempen. Mau endorse blok politik mana yang patut diundi, itu bukan kerja saya. Itu kerja ahli-ahli parti. Wawancara yang dikomen oleh James Kuli itu, merupakan diskusi pasca pilihanraya. Bukan ceramah atau kempen sebelum mengundi.

6
Selaku teraju badan pemikir, peranan saya adalah mencipta vibe positif supaya kita semua optimis dengan masa depan negeri. Soalan yang ditanya pada saya: “Dengan pelbagai isu dan cabaran sedia ada, mampukah kerajaan yang baru dibentuk ini meneruskan halatuju pembangunan Sabah?” Lebih kurang begitu.

Jadi, apa yang sepatutnya saya jawab? Adakah saya perlu menghina pilihan majoriti rakyat Sabah dengan berkata: “Kamu ini salah bah pilih kerajaan. Nah, kotoh. Tunggu saja kio, Sabah akan merudum. Gelaplah masa depan kita semua!”

Atau saya perlu jadi pesimis dan terus berkokok macam ayam sabung yang baru belajar berkakai: “Oh, kerajaan yang dipilih ini memang tidak mampu menangani isu-isu pembangunan negeri.” Beginikah yang si James mahu?

7
Sabah ini tidak akan maju kalau setiap kali nampak jati diri sendiri, kita cepat triggered. Kenapa? Hanya kerana kita berlainan pendapat. Perbezaan ideologi dan fahaman idealisme; jangan sekali-kali jadikan penghalang untuk kita meraikan identiti budaya milik bersama. Usah biar bencimu terlalu tebal, sampai menutup akal, hati dan mata.

Sekarang masa untuk move on. Fokus pada dasar. Fokus pada pembangunan. Fokus pada kerja memperbaiki negeri. Bukan fokus pada baju apa yang orang pakai. Lainlah kalau orang itu telanjang atau cuma pakai santut dalam siaran live nasional.

Petikan interview saya: https://www.facebook.com/share/r/1YDJqd2uAt/?mibextid=wwXIfr

Rem Dambul

1. Newspapers daripada Singapore tarikh 28hb February 1963 ada menyatakan North Borneo Sabah berhak menerima 40% selain ...
03/12/2025

1. Newspapers daripada Singapore tarikh 28hb February 1963 ada menyatakan North Borneo Sabah berhak menerima 40% selain daripada peruntukan biasa.
2. Gambar akhbar ehsan daripada sdr Bernard Lee.

Address

Kota Kinabalu
Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMC - Sabah Media Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share