30/10/2025
KUNJUNGAN HORMAT KETUA CAWANGAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) CAWANGAN SANDAKAN KEPADA KETUA POLIS DAERAH KINABATANGAN
Kinabatangan, 30 Oktober 2025 ( Khamis ) – Rombongan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan yang diketuai oleh Puan Aini binti Anthony, Ketua Cawangan SPRM Sandakan telah disambut baik oleh YDH Supt. Ravi a/l Duraisamy, Ketua Polis Daerah Kinabatangan pada pagi tadi.
Kunjungan hormat ini adalah untuk lebih mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara SPRM Cawangan Sandakan dan IPD Kinabatangan. Perjumpaan ini turut membincangkan berkaitan persediaan dan kesiapsiagaan menghadapi gelombang Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah yang ke-17 serta peranan SPRM dalam saluran Aduan Rasuah.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Polis Balai Kinabatangan dan 03 orang Pegawai Penguasa Cawangan Sandakan.