nik_fadly

nik_fadly Perjalanan Hidup

Antara gambar2 Kenangan 2026🥰Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada Legasi Tok Wan Mat & Tok Mek Esah...
26/03/2026

Antara gambar2 Kenangan 2026🥰

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada Legasi Tok Wan Mat & Tok Mek Esah. 🥰

Raya 2026 @ Sepang 🌙✨Tahun ini beraya di rumah mertua… Alhamdulillah, dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, i...
22/03/2026

Raya 2026 @ Sepang 🌙✨

Tahun ini beraya di rumah mertua… Alhamdulillah, dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, ipar duai. Suasana meriah dengan gelak tawa, juadah yang tak putus-putus, serta ziarah sanak saudara yang penuh makna 🤍

Terima kasih semua atas sumbangan makanan, tenaga dan masa yang diluangkan bersama. Kenangan ini pasti akan dikenang ❤️

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin

Tema Warna 2026 - Hijau + Putih 🥰

14/03/2026

Malam 25 Ramadan, 14 Mac 2026

Solat Magrib Berjemaah sebelum berbuka puasa di Meru, Klang -

Alhamdulillah…Malam ke-25 Ramadan bersamaan 14 Mac 2026, kami sekeluarga berkumpul lagi dalam Majlis Iftar @ Meru iaitu ...
14/03/2026

Alhamdulillah…

Malam ke-25 Ramadan bersamaan 14 Mac 2026, kami sekeluarga berkumpul lagi dalam Majlis Iftar @ Meru iaitu Rumah Mak Long / Kak Nah untuk kami yang tinggal di Lambah Klang. Inilah tradisi kami adik-beradik sejak dahulu, bertemu, berbuka puasa bersama dan mengeratkan kembali kasih sayang sesama keluarga. 🤲✨

Setiap kali balik kampung, antara tempat yang menjadi kenangan ialah rumah Arwah Mak Lang / Kak Moh dan juga rumah Mak Cu. Di situlah kami berkumpul, berkongsi cerita, ketawa bersama dan menikmati suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga Allah sentiasa menjaga ukhuwah antara kami adik-beradik dan semoga tradisi indah ini akan terus hidup, diwarisi oleh anak-anak serta cucu-cucu kami pada masa akan datang. ❤️

Dan seperti biasa, menu wajib kami setiap kali berkumpul ialah “Sup Tulang Atas Darat” hidangan kegemaran keluarga yang sentiasa menjadi menu utama ketika berbuka atau bila berkumpul beramai-ramai. Memang tak lengkap rasanya tanpa menu ini! 🍲

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua. Aminn




Kisah semalam, semangat bangun jam 5.30 pagi sebab hari pertama sesi persekolahan excited dia lain macam. Nak jumpa kawa...
13/01/2026

Kisah semalam, semangat bangun jam 5.30 pagi sebab hari pertama sesi persekolahan excited dia lain macam. Nak jumpa kawan2 sbb dah lama tak jumpa, widad nak pakai baju baru tahun ni dilantik pengawas perpustakaan.

Sebelum gerak ke sekolah, solat subuh “lapor diri” diri di Masjid sebagai tanda syukur & mendapat rahmat drp Allah untuk sesi pelbelajaran 2026 tahun ini dan tahun penting bagi abg Uwais menduduki UPKK.

Semoga anak2 ibu ayah berjaya dunia akhirat. Aminnn

Tengok wayang sebelum buka sekolah dengan sepupu-sepupunya. Lepas lah hajat permintaan Widad nak tengok PapaZola sebelum...
12/01/2026

Tengok wayang sebelum buka sekolah dengan sepupu-sepupunya. Lepas lah hajat permintaan Widad nak tengok PapaZola sebelum buka sekolah.

Alhamdulillah… banyak pengajaran daripada cerita ni. Hanya mereka sahaja yang faham maksud tersirat yang disampaikn kepada penonton.

Semoga dapat memberi manfaat kepada yang menonton PapaZola The Movie.


Tahniah Anaknda Widad Al Ahla atas Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2/2025.  Semoga Widad terus cemerlang pada...
22/12/2025

Tahniah Anaknda Widad Al Ahla atas Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi tahun 2/2025. Semoga Widad terus cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang. Aminnn

18 Disember 2025

Selesai Percutian family ke Lagoland, Johor minggu lepas memang lain macam bestnya. Dari mula masuk pintu sampai nak bal...
13/12/2025

Selesai Percutian family ke Lagoland, Johor minggu lepas memang lain macam bestnya. Dari mula masuk pintu sampai nak balik pun, semua orang still excited. Anak-anak muka bersinar macam baru menang cabutan bertuah, ibu ayah pun tiba-tiba jadi pelancong paling rajin ambil gambar.

Paling tak boleh lupa Uwais. Dari awal sampai hujung, kerja dia satu saja:
“Ayah… jom naik rollercoaster! Jom! Jom! Jom!”

Tapi ayahnya p**a… lain cerita. Baru tengok trek rollercoaster tu pun dah berpeluh sejuk.
Uwais tarik tangan ayah, ayah tarik nafas panjang.
Uwais semangat, ayah geleng kepala perlahan-lahan🤣🤣🤣
Akhirnya Uwais naik dengan Ibu, Zinnirah & Widad, ayah jadi cameraman paling berdedikasi sambil tersenyum paksa dari bawah.

Gelak sakan semua bila Uwais turun, muka puas gila, macam baru buat misi hero. Ayah p**a tepuk dada tanda lega sebab “terselamat” sekali lagi.🤣🤣

Selebihnya memang penuh gelak tawa, jalan sana-sini, makan, ambil gambar, enjoy setiap sudut taman tu. Cuma satu plan tak jadi😔 nak mandi air terjun. Dah siap baju, siap towel, siap semangat… sekali sampai sana, air terjun tutup sebab musim tengkujuh. Demi keselamatan, terpaksa lah tutup..

Tak ada rezeki. Semua macam, “Alaaa…” tapi tak sampai 5 minit, masing-masing dah boleh terima kenyataan & redha atas apa yang telah Allah takdirkan. Yang penting, mood happy masih on.

Walaupun tak dapat mandi air terjun, percutian tu tetap jadi kenangan yang paling win, penuh moment spontan, drama kecil rollercoaster, dan bonding family yang tak boleh beli di mana-mana.

Next round kita pergi lagi… rollercoaster jangan risau, Uwais confirm serbu. Ayah? Kita tengok keberanian dia nanti!🤭🤣🤣

InsyaAllah…





4 Disember 2025 : UKM Simpan sini kenangan Majlis Konvokesyen DPLI, UKM Mohamad Amzar Zaidi. TAHNIAH🥰😘
06/12/2025

4 Disember 2025 : UKM

Simpan sini kenangan Majlis Konvokesyen DPLI, UKM Mohamad Amzar Zaidi.

TAHNIAH🥰😘

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when nik_fadly posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share