28/03/2026
*ZIARAHLAH KUBUR TIDAK SEMESTINYA PADA HARI RAYA*
Kita menziarahi kubur tidak semesti di musim Hari Raya.
Lagi kerap kita menziarahi kubur itu petanda baik buat kita semua.
Kalau ada yang hanya berkesempatan menziarahi kubur pada Hari Raya sahaja, kita tidak perlu sibuk-sibuk mencegahnya.
Menziarahi kubur banyak manfaatnya selagi mematuhi adab-adab dan garis panduan selagi tidak menyalahi syarak apatahlah lagi akidah yang telah kita pelajari sejak kecil lagi.
• Mengingatkan kepada kematian. Kita semua akan mati; kesibukan urusan dunia menyebabkan kita lupa persiapan akhirat.
• Lantaran itu sekembalinya dari ziarah kubur terasa semakin banyak untuk beristigfar, menjauhi perkara haram dan menambah pelbagai amal ibadah yang wajib dan sunat.
• Mendoakan ahli kubur. Kita yakin ahli kubur telah tidak mukalaf (tidak lagi dipertanggungjawabkan), tiada peluang beramal seperti kita. Maka ziarah kubur meningkatkan lagi semangat untuk mendoakan mereka ketika mahupun sekembalinya kita dari ziarah. Kita akan lebih kerap mendoakan di mati bila-bila sahaja.
• Mendidik diri agar mengenang amal-amal solih si mati, perjuangan dan pengorbanannya sepanjang hidupnya. Kita akan terasa untuk meniru segala yang baik yang ada pada dirinya, malah kita akan menyebut kebaikan mereka kepada anak cucu yang turut hadir. Si mati adalah antara qudwah “roll model” dalam kehidupan.
• Melatih diri untuk mengunci mulut, lidah dan hati dengan menutup dan melupakan aib ahli kubur tersebut. Ia satu latihan besar untuk menjernihkan hati dan diri. Tumpuan kita kepada kebaikan semasa hidupnya.
🌹
زارَ النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه
وسلَّم قَبرَ أُمِّه، فبَكى وأبكى مَن حَولَه، فقال: استَأذَنتُ رَبِّي في أن أستَغفِرَ لَها، فلم يُؤذَنْ لي، واستَأذَنتُه في أن أزورَ قَبرَها، فأُذِنَ لي، فزوروا القُبورَ؛ فإنَّها تُذَكِّرُ المَوتَ
_Abu Hurairah r.a dia berkata: "Nabi s.a.w menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:_
_"Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, *MAKA ZIARAHLAH KUBUR* kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian"._ (Muslim: 976)
Mengulangi cerita tangisan Khalifah Islam Ke-3 *Saidina Othman ibnu ‘Affan r.a*:
كانَ عُثمانُ بنُ عفَّانَ إذا وَقفَ على قَبرٍ يبكي حتَّى يبَلَّ لحيتَهُ ، فقيلَ لَهُ : تذكرُ الجنَّةَ والنَّارَ ، ولا تبكي ، وتَبكي مِن هذا ؟ قالَ : إنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ ، قالَ : إنَّ القبرَ أوَّلُ مَنازلِ الآخرةِ ، فإن نجا منهُ ، فما بعدَهُ أيسرُ منهُ ، وإن لم يَنجُ منهُ ، فما بعدَهُ أشدُّ منهُ
_Pernah Saidina Othman bin ‘Affan r.a berhenti di suatu kuburan, dia menangis sehingga janggutnya basah. Di tanyakan kepadanya; “Apakah kamu ingat Syurga dan Neraka? Janganlah kamu menangis, apakah kamu menangis hanya kerana ini?”. Beliau menjawab:_
_“Sesungguhnya kubur merupakan *tempat pertama* diantara sekian tempat di akhirat. Jika selamat dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya akan lebih mudah. *Jika tidak selamat* dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya *akan lebih dahsyat*”_
_Saidina Othman r.a: menyambung lagi, Rasulullah ﷺ juga telah bersabda:_
مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلاَّ وَالْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ
_“Aku tidak pernah melihat suatu pemandangan pun yang mengerikan, daripada pemandangan kubur”._ (Ibnu Majah:4268 dan Termizi:2307 - Hadith Hasan).
Jangan teragak-agak untuk menzaiarahi dan memberi salam kepada ahli kubur disamping kekal menjaga adab-adabnya.
🌹
’
*_ISLAM SUBUR DAN MEKAR DI MALAYSIA*_
Ihsan dari
HASANUDDIN MOHD YUNUS
ZIARAHLAH KUBUR TIDAK SEMESTINYA PADA HARI RAYA
27 Mac 2026
7 Syawal 1447H
Kita menziarahi kubur tidak semesti di musim Hari Raya.
Lagi kerap kita menziarahi kubur itu petanda baik buat kita semua.
Kalau ada yang hanya berkesempatan menziarahi kubur pada Hari Raya sahaja, kita tidak perlu sibuk-sibuk mencegahnya.
Menziarahi kubur banyak manfaatnya selagi mematuhi adab-adab dan garis panduan demi tidak menyalahi syarak apatahlah akidah yang telah kita pelajari sejak kecil lagi.
• Mengingatkan kepada kematian. Kita semua akan mati; kesibukan urusan dunia menyebabkan kita lupa persiapan akhirat.
• Lantaran itu sekembalinya dari ziarah kubur terasa semakin banyak untuk beristigfar, menjauhi perkara haram dan menambah pelbagai amal ibadah yang wajib dan sunat.
• Mendoakan ahli kubur. Kita yakin ahli kubur telah tidak mukalaf (tidak lagi dipertanggungjawabkan), tiada peluang beramal seperti kita. Maka ziarah kubur meningkatkan lagi semangat untuk mendoakan mereka ketika mahupun sekembalinya kita dari ziarah. Kita akan lebih kerap mendoakan si mati pada bila-bila masa sahaja.
• Mendidik diri agar mengenang amal-amal solih si mati, perjuangan dan pengorbanannya sepanjang hidupnya. Kita akan terasa untuk meniru segala yang baik yang ada pada dirinya, malah kita akan menyebut kebaikan mereka kepada anak cucu yang turut hadir. Si mati adalah antara qudwah “roll model” dalam kehidupan.
• Melatih diri untuk mengunci mulut, lidah dan hati dengan menutup dan melupakan aib ahli kubur tersebut. Ia satu latihan besar untuk menjernihkan hati dan diri. Tumpuan kita kepada kebaikan semasa hidupnya.
🌹
زارَ النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه
وسلَّم قَبرَ أُمِّه، فبَكى وأبكى مَن حَولَه، فقال: استَأذَنتُ رَبِّي في أن أستَغفِرَ لَها، فلم يُؤذَنْ لي، واستَأذَنتُه في أن أزورَ قَبرَها، فأُذِنَ لي، فزوروا القُبورَ؛ فإنَّها تُذَكِّرُ المَوتَ
Abu Hurairah r.a dia berkata: "Nabi s.a.w menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:
"Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, MAKA ZIARAHLAH KUBUR kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian". (Muslim: 976)
Mengulangi cerita tangisan Khalifah Islam Ke-3 Saidina Othman ibnu ‘Affan r.a:
كانَ عُثمانُ بنُ عفَّانَ إذا وَقفَ على قَبرٍ يبكي حتَّى يبَلَّ لحيتَهُ ، فقيلَ لَهُ : تذكرُ الجنَّةَ والنَّارَ ، ولا تبكي ، وتَبكي مِن هذا ؟ قالَ : إنَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ ، قالَ : إنَّ القبرَ أوَّلُ مَنازلِ الآخرةِ ، فإن نجا منهُ ، فما بعدَهُ أيسرُ منهُ ، وإن لم يَنجُ منهُ ، فما بعدَهُ أشدُّ منهُ
Pernah Saidina Othman bin ‘Affan r.a berhenti di suatu kuburan, dia menangis sehingga janggutnya basah. Di tanyakan kepadanya; “Apakah kamu ingat Syurga dan Neraka? Janganlah kamu menangis, apakah kamu menangis hanya kerana ini?”. Beliau menjawab:
“Sesungguhnya kubur merupakan tempat pertama diantara sekian tempat di akhirat. Jika selamat dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya akan lebih mudah. Jika tidak selamat dari azab kubur, maka pada tempat selanjutnya akan lebih dahsyat”
‘Saidina Othman r.a: menyambung lagi,
Rasulullah ﷺ juga telah bersabda:
مَا رَأَيْتُ مَنْظَرًا قَطُّ إِلاَّ وَالْقَبْرُ أَفْظَعُ مِنْهُ
“Aku tidak pernah melihat suatu pemandangan pun yang mengerikan, daripada pemandangan kubur”. (Ibnu Majah:4268 dan Termizi:2307 - Hadith Hasan).
Jangan teragak-agak untuk menzaiarahi dan memberi salam kepada ahli kubur disamping kekal menjaga adab-adabnya.
🌹
Berkesempatan menziarahi kubur almarhum Hj Mohd Yunus bin Hj Ibrahim dan almarhumah Hjh. Asmah binti Hj Ihsan (IbuBapa saya) dan kubur almarhium Syed Abd Kadir bin Tengku Syed Ahmad al-Qadri dan almarhumah Sharifah Maryam binti Syed Muhammad al-Ba’bud (IbuBapa isteri saya Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir al-Qadri).
Di Mahmudiah JB, sempat memberi salam dan mendoakan Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim, Almarhum
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Ayahanda KDYMM Sultan Ibrahim YDPA sekarang)
’
ISLAM SUBUR DAN MEKAR DI MALAYSIA
DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS