Sekretariat Bangkit Al-Quds

  • Home
  • Sekretariat Bangkit Al-Quds

Sekretariat Bangkit Al-Quds Baitulmaqdis Milik Ummah
https://linktr.ee/bangkitalquds

24/08/2026

Mencintai Rasulullah ﷺ bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda.

Tetapi bagaimana cinta itu hidup dalam diri kita —
pada tauhid yang benar, akhlak yang baik, dan hati yang sentiasa memikirkan tentang umat.

Semoga setiap selawat yang kita lafazkan bukan sekadar di bibir, tetapi menjadi tanda cinta yang dizahirkan dalam kehidupan.

Moga kita terus mengenali Baginda, meneladani Baginda dan menjadi umat yang Baginda kenali. 🤍

Salam Maulidur Rasul ﷺ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد





🇵🇸 PALESTIN TERKINIAPA YANG SEDANG BERLAKU DI GAZA SEKARANG ?Gencatan senjata ada. Tapi Gaza masih belum aman. Sejak kon...
17/08/2026

🇵🇸 PALESTIN TERKINI
APA YANG SEDANG BERLAKU DI GAZA SEKARANG ?

Gencatan senjata ada. Tapi Gaza masih belum aman. Sejak konflik tercetus pada 2023, lebih 75,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan lebih 250,000 cedera, berdasarkan data yang dipetik daripada sumber Palestin. Angka ini juga belum mengambil kira mereka yang masih dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.

1. 🇵🇸 Gencatan senjata masih rapuh

Walaupun gencatan senjata sedang berlangsung, serangan masih berlaku.

Pada 13 Ogos, dua rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan di Gaza.

Ini menunjukkan bahawa gencatan senjata belum membawa keamanan sepenuhnya kepada rakyat Gaza.

2. 🇵🇸 Ada pelan untuk fasa seterusnya Gaza

Pada penghujung Julai, Board of Peace mengumumkan 15-point roadmap bagi pelaksanaan fasa seterusnya di Gaza.

Secara ringkas, pelan ini melibatkan:

* Gencatan senjata
* Pelucutan senjata Hamas
* Pengunduran Israel secara berperingkat
* Pentadbiran baharu Gaza
* Pembinaan semula Gaza

3. 🇵🇸 Hamas menyatakan komitmen terhadap pelan

Hamas menyatakan sokongan terhadap pelan tersebut, dengan beberapa perkara utama yang ditekankan:

* Gencatan senjata sepenuhnya
* Pengunduran Israel dari Gaza
* Pembukaan lintasan seperti Rafah dan Kerem Shalom
* Kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan perlindungan
* Permulaan pembinaan semula Gaza
* Penyerahan pentadbiran Gaza kepada NCAG

NCAG (National Committee for the Administration of Gaza) ialah badan teknokratik Palestin yang dirancang untuk mengurus hal ehwal awam Gaza dalam tempoh peralihan, termasuk kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan awam.

4. 🇵🇸 Tetapi pelaksanaan pelan masih tersekat

Benjamin Netanyahu menolak pengunduran Israel sebelum Hamas dilucutkan sepenuhnya.

Ringkasnya:

Hamas: teruskan fasa kedua dan pengunduran Israel.

Netanyahu: Hamas lucutkan senjata dahulu, kemudian Israel berundur.

➡️ Perbezaan pendirian ini menyebabkan pelaksanaan fasa seterusnya masih belum dapat bergerak sepenuhnya.

5. 🇵🇸 Rundingan masih diteruskan

Usaha diplomasi belum berhenti.

Wakil Board of Peace dijadualkan bertemu pihak berkaitan di Israel dan Mesir minggu depan bagi membincangkan pelaksanaan pelan dan cuba menyelesaikan kebuntuan yang berlaku.

6. 🇵🇸 Palestin bukan Gaza sahaja

Di West Bank, penduduk Palestin juga terus berdepan tekanan.

Pada 14 Ogos, laporan menyebut peneroka Israel mengepung kawasan kediaman Palestin di Qusra, menyebabkan penduduk sukar keluar dari rumah.

Ini mengingatkan kita bahawa isu Palestin bukan hanya tentang apa yang berlaku di Gaza.

---

🇵🇸 KESIMPULANNYA

Walaupun skala pertempuran di Gaza telah berkurang di bawah gencatan senjata, serangan masih berlaku dan keamanan sebenar masih belum tercapai.

Nyawa masih terkorban.
Krisis kemanusiaan masih berterusan.
Pelan damai masih tersekat.
Dan rundingan masih mencari jalan keluar.

Sebab itu, walaupun berita tentang Gaza semakin kurang memenuhi ruang media, kita jangan berhenti mengambil tahu.

Kerana berhentinya berita bukan bermakna berakhirnya penderitaan.

Kemaskini setakat 14 Ogos 2026.

Rujukan: Reuters, Associated Press (AP), Anadolu Agency, Astro Awani.





17/08/2026

Nak mula kenalkan Al-Quds kepada anak-anak, tapi tak tahu caranya?🤍

Jom dengarkan perkongsian daripada Puan Norashikin Abdul Latiff, penulis buku The Olive Tree That Remembered, beberapa tips mudah untuk ibu bapa membina kefahaman dan kecintaan anak-anak terhadap Al-Quds sejak kecil.

Share kepada ibu bapa lain & follow Bangkit Al-Quds untuk lebih banyak perkongsian.





07/08/2026

🌿 Setiap cerita mempunyai nilai. Tetapi untuk menyampaikan sebuah cerita sehingga menyentuh hati, ada seni dan ilmunya.

Alhamdulillah, semalam Khamis 6 Ogos 2026, tim Sekretariat Bangkit Al-Quds telah berpeluang menyertai sesi Training of Trainers (TOT): The Olive Tree That Remembered bersama Puan Norashikin Abdul Latiff di Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur.

Puan Norashikin Abdul Latiff merupakan seorang penulis yang aktif menghasilkan karya berkaitan Palestin dan isu-isu kemanusiaan untuk membina kesedaran dalam kalangan generasi muda. Karya beliau The Olive Tree That Remembered mengangkat kisah anak-anak Palestin melalui pendekatan storytelling yang santai dan mudah difahami, malah turut diadaptasi dalam bentuk animasi di platform Qalbox (Muslim Pro).

Sesi ini membuka satu perspektif baharu tentang peranan storytelling dalam pendidikan, khususnya bagaimana sesuatu mesej dapat disampaikan kepada anak-anak dengan cara yang lebih dekat, mudah difahami dan menyentuh jiwa mereka.

Melalui perkongsian yang diberikan, kami memahami bahawa storytelling bukan sekadar membaca buku atau menyampaikan cerita, tetapi satu pendekatan untuk membina nilai, membentuk pemikiran dan menyemai empati dalam diri anak-anak.

Para peserta turut didedahkan dengan pelbagai teknik penyampaian seperti membina connection sebelum bercerita, penggunaan eye contact, menghidupkan cerita melalui ekspresi, menggalakkan interaksi melalui soalan terbuka serta memberi ruang kepada anak-anak menghayati cerita mengikut tahap pemahaman mereka.

Turut diadakan aktiviti role play yang memberi peluang kepada peserta merasai sendiri bagaimana sebuah penceritaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik.

Semoga ilmu yang diperoleh daripada sesi ini dapat dimanfaatkan dalam pembangunan modul pendidikan dan program-program Bangkit Al-Quds pada masa akan datang, khususnya dalam usaha mendekati generasi muda melalui pendekatan yang lebih kreatif dan bermakna.

🎥 Saksikan sedikit rangkuman sepanjang program ini.





Satu hari nanti… anak-anak kita akan bertanya:"Kenapa kita perlu tahu tentang Al-Quds?"Persoalannya…Adakah kita sudah be...
06/08/2026

Satu hari nanti… anak-anak kita akan bertanya:
"Kenapa kita perlu tahu tentang Al-Quds?"

Persoalannya…

Adakah kita sudah bersedia untuk menjawabnya dengan cara yang menyentuh hati mereka?

Mengenalkan Al-Quds kepada anak-anak bukan bermula dengan cerita yang berat. Ia bermula dengan membina rasa — rasa peduli, rasa kasih dan rasa memahami.

Hari ini, tim Sekretariat Bangkit Al-Quds berpeluang menimba ilmu dalam sesi Training of Trainers (TOT) bersama penulis buku The Olive Tree That Remembered, Puan Nurashikin, anjuran Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit.

Kami belajar bahawa sebuah cerita yang baik bukan hanya menyampaikan maklumat…

Tetapi mampu membina hubungan, membentuk nilai dan meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak.

Semoga lebih ramai ibu bapa, guru dan pendidik dapat menyampaikan kisah Al-Quds dan Palestin kepada generasi akan datang dengan penuh hikmah.

💚 Simpan perkongsian ini.
🤝 Kongsikan kepada mereka yang sedang membina generasi hari ini.

Sekretariat Bangkit Al-Quds
Membangkitkan kesedaran, menyemai kecintaan, menuju kesejahteraan.





05/08/2026

Mereka masih kecil, tetapi mereka sudah belajar satu perkara besar, bahawa Baitul Maqdis tidak pernah dilupakan.

Daripada bibir kecil mereka lahir doa, harapan dan kecintaan kepada Al-Quds.

Semoga mereka membesar sebagai generasi yang mengenali nilai Baitul Maqdis, memahami amanahnya dan terus membawa nama Palestin dalam doa mereka.

🤲 Jangan lupa titipkan doa buat Palestin hari ini.





01/08/2026

Apa yang kita wariskan kepada generasi akan datang?

Kesedaran tidak lahir dalam sehari. Ia bermula dengan ilmu, pengenalan dan kefahaman sejak kecil.

Antara harapan yang dikongsikan pengunjung ialah agar generasi hari ini mengenal Al-Quds dan memahami nilainya.

Kerana apa yang kita tanam hari ini, akan menjadi bekalan generasi akan datang.

✨ Biar lebih ramai mengenal Al-Quds.





"Apa yang lebih bahaya daripada kehilangan Al-Quds?"Apabila lahir satu generasi yang tidak lagi mengenali nilainya.Hakik...
31/07/2026

"Apa yang lebih bahaya daripada kehilangan Al-Quds?"

Apabila lahir satu generasi yang tidak lagi mengenali nilainya.

Hakikatnya, Al-Quds bukan sekadar lokasi yang kita lihat di berita. Ia ialah tanah suci yang dimuliakan Allah, kiblat pertama umat Islam dan sebahagian daripada warisan akidah kita.

Sebab itu membina kesedaran dalam kalangan generasi muda bukan pilihan, tetapi satu tanggungjawab. Kerana seseorang hanya akan mempertahankan apa yang dia kenal, dan hanya akan mencintai apa yang dia faham.

Semoga setiap program, setiap perkongsian dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi langkah kecil untuk melahirkan generasi yang tidak pernah melupakan Al-Quds.

💬 Pada pendapat anda, apakah perkara pertama yang setiap anak muda Muslim perlu tahu tentang Al-Quds?

Simpan post ini dan kongsikan kepada mereka yang perlu mengenali Al-Quds.





30/07/2026

Ada perkara yang kita lihat… tetapi belum tentu kita faham.

Selepas melihat sendiri pameran di Booth Bangkit Al-Quds, ini pandangan yang dikongsikan oleh Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD).

Bukan sekadar mengenali sebuah tempat, tetapi memahami nilai, sejarah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds.

Semoga lebih ramai membuka mata dan mengenal Al-Quds dengan lebih dekat.

✨ Kenali Al-Quds. Sebarkan kesedaran.





29/07/2026

Tak sangka… ini reaksi mereka selepas melalui pengalaman di Booth Bangkit Al-Quds.

Setiap orang datang dengan pandangan yang berbeza, tetapi pulang membawa satu kesedaran yang sama.

Kadang-kadang, satu pengalaman kecil mampu membuka ruang untuk kita lebih memahami.

Dengar sendiri apa kata mereka.

🤍 Kongsikan supaya lebih ramai mengenali Al-Quds.





Address

Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang Official, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah

41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Bangkit Al-Quds posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekretariat Bangkit Al-Quds:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share