AMK C. KAPAR

AMK C. KAPAR Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar 2025-2028

Ketua AMK : Mr. Jason Tan
Timbalan Ketua AMK : En. Ezam Razi
Naib Ketua AMK : En. Safuan Shamsul

05/05/2026
04/05/2026
12.4.2026Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Angkatan Muda Keadilan Cabang KaparAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MATC)...
13/04/2026

12.4.2026

Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Angkatan Muda Keadilan Cabang Kapar di Pejabat Cabang Kapar telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Segala perjalanan mesyuarat berlangsung dengan lancar hasil komitmen, kerjasama dan semangat perjuangan yang tinggi daripada seluruh saf kepimpinan serta anggota AMK Cabang Kapar.

Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan perjuangan demi rakyat serta masa depan AMK Kapar akan terus diperkasa.


Angkatan Muda Keadilan Kapar menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) C...
05/04/2026

Angkatan Muda Keadilan Kapar menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang-Cabang Negeri Selangor yang telah berlangsung di Dewan MPAJ, Kg Ampang Indah, Ampang.

Kehadiran delegasi AMK Kapar ini melambangkan komitmen berterusan dalam memperkukuh gerak kerja organisasi, mempererat ukhuwah sesama pimpinan cabang, serta menyusun strategi perjuangan demi rakyat dan masa depan parti di Negeri Selangor.

Semoga mesyuarat ini berjalan lancar serta menjadi medan terbaik dalam melahirkan idea, kepimpinan dan semangat baharu buat seluruh saf Angkatan Muda Keadilan.



Ziarah Kasih & Sumbangan Prihatin Angkatan Muda Keadilan KaparEn. Safwan selaku Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kapar ...
25/03/2026

Ziarah Kasih & Sumbangan Prihatin Angkatan Muda Keadilan Kapar

En. Safwan selaku Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Kapar telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada En.Shahrul Nizam anak Puan Rahimah sebagai wakil, bertempat di Taman Seri Sementa.

Difahamkan, ibu beliau kini sedang menghidap penyakit buah pinggang tahap 5. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan buat beliau dan keluarga tersayang.

Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung.

Address

No. 21, Lorong Tj Syawal 1/KU3
Klang
41400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK C. KAPAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMK C. KAPAR:

Share