Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A

Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, Public Service, Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, No 46-B Jalan Sri Serawak 19, , Taman Sri Serawak Klang, Klang.

Program malam tadi, tapi sampai hari ini masih terngiang-ngiang akan kemeriahan dan kemeriahannya! Ambang Kemerdekaan 20...
31/08/2026

Program malam tadi, tapi sampai hari ini masih terngiang-ngiang akan kemeriahan dan kemeriahannya!

Ambang Kemerdekaan 2026 di KRT Seri Serawak Fasa 2 benar-benar meninggalkan kenangan yang cukup bermakna.

Gelak tawa, sorakan, kebersamaan dan semangat patriotik warga setempat menjadikan malam ini begitu istimewa.

Bukan sekadar sambutan, tetapi satu simbol bahawa semangat Merdeka terus menyala dalam jiwa kita.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama memeriahkan malam penuh bermakna ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾



Malam tadi saya berkesempatan merasmikan penutup Pertandingan Futsal serta bersama-sama masyarakat setempat meraikan Amb...
31/08/2026

Malam tadi saya berkesempatan merasmikan penutup Pertandingan Futsal serta bersama-sama masyarakat setempat meraikan Ambang Kemerdekaan 2026 di Taman Seri Menegon.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, urus setia, para penganjur serta seluruh warga Taman Seri Menegon yang menjayakan program ini.

Bukan sekadar mencari juara di gelanggang, tetapi mengeratkan silaturahim, menyatukan komuniti dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Menang kalah adat pertandingan, tetapi semangat perpaduan itulah kemenangan sebenar.

Malaysia MADANI, jiwa merdeka, komuniti bersama.



Seorang penjaga kawasan membawa satu pakej emosi yang sangat unik. Perasaan mereka sering kali bercampur-baur antara tan...
30/08/2026

Seorang penjaga kawasan membawa satu pakej emosi yang sangat unik.

Perasaan mereka sering kali bercampur-baur antara tanggungjawab yang berat, kesunyian, dan kepuasan tersembunyi.

Tanggungjawab tanpa sempadan.

Nyamuk lah, sampah lah, rumput lah, longkang lah, sampai anjing-anjing liar pun disuruh settle tanpa kompromi.

Apa sahaja yang mengganggu keharmonian kawasan, semuanya akhirnya jatuh ke bahu mereka.

Kadang-kadang orang nampak kawasan yang bersih, tetapi tidak nampak siapa yang bangun awal membersihkannya.

Orang nampak suasana yang aman tapi tak tahu sapa yang berulang kali turun padang menyelesaikan masalah.

Orang nampak hasilnya, tetapi jarang bertanya siapa yang penat di belakang tabir.

Namun itulah pengorbanan seorang penjaga kawasan bekerja bukan kerana mahu dipuji, tapi kerana amanah perlu dilaksanakan.

Panas, hujan, siang atau malam, tugas tetap tugas.
Kerana menjaga kawasan bukan sekadar menjaga tempat. Ia tentang menjaga keselesaan, keselamatan, kebersihan dan maruah sebuah komuniti.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita hargai setiap insan yang bekerja tanpa banyak bicara demi memastikan kehidupan kita lebih selesa.

Kerana 69 tahun merdeka bukan hanya tentang mengibarkan Jalur Gemilang, tapi tentang menghargai setiap tangan yang terus berkhidmat, setiap keringat yang dicurahkan dan setiap pengorbanan yang tak pernah meminta balasan.

Buat seluruh rakyat Malaysia, saya mengucapkan Salam Merdeka yang ke-69!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Program seterusnya, saya turun menyantuni Program Saringan Kesihatan KKM Daerah Klang yang berlangsung di Surau Al Nur, ...
22/08/2026

Program seterusnya, saya turun menyantuni Program Saringan Kesihatan KKM Daerah Klang yang berlangsung di Surau Al Nur, Pekan Taman Seri Andalas.

Kesihatan jangan tunggu sakit baru nak ambil tahu. Saringan awal penting untuk kita kenal pasti tahap kesihatan dan ambil tindakan lebih awal.

Terima kasih kepada pihak KKM Daerah Klang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha seperti ini terus mendekatkan perkhidmatan kesihatan dengan masyarakat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.



Selepas program agih bendera saya terus berdezus untuk menyaksikan Perlawanan Perpaduan Bola Sepak 7 Sebelah di Padang P...
22/08/2026

Selepas program agih bendera saya terus berdezus untuk menyaksikan Perlawanan Perpaduan Bola Sepak 7 Sebelah di Padang Permainan Seri Sedeli.

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi yang lebih penting kita satukan masyarakat melalui sukan. Dari padang kita bina ukhuwah, dari komuniti kita kuatkan perpaduan.

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Main biar habis, kalah menang belakang cerita… yang penting semangat perpaduan jangan sampai offside!



Pagi tadi saya bersama JKP N49A turun ke Pasar Tani Taman Seri Andalas, menyantuni para pengunjung dan peniaga sambil me...
22/08/2026

Pagi tadi saya bersama JKP N49A turun ke Pasar Tani Taman Seri Andalas, menyantuni para pengunjung dan peniaga sambil mengagihkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Bukan sekadar nak bagi bendera, tapi nak hidupkan kembali semangat patriotisme dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Tak kira tua, muda, peniaga atau pengunjung bila Jalur Gemilang dikibarkan, kita semua berdiri di bawah satu nama… MALAYSIA.

Jom kita meriahkan Bulan Kemerdekaan!

Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan jiwa Merdeka. 🇲🇾



Walaupun hari ni hari lahir saya, ingatkan boleh santai-santai, tunggu ucapan dan makan kek…Tengok gambar ni, penghuni l...
21/08/2026

Walaupun hari ni hari lahir saya, ingatkan boleh santai-santai, tunggu ucapan dan makan kek…

Tengok gambar ni, penghuni luar jangkaan! Katil pun boleh “check-in” dalam longkang.

Tapi jangan buat main… longkang bukan tempat letak katil. Kang hujan lebat, air melimpah, katil sekali boleh hanyut entah ke mana… kalau nasib tak baik, sampai Antartika!

Aduan diterima 20/8/26 dan Alhamdulillah, 21/8/26 aduan berjaya diselesaikan.

Terima kasih Jabatan Kejuruteraan MBDK dan team atas tindakan pantas.

Kita bukan sekadar terima aduan, kita cuba pastikan masalah selesai.

Sengaja saya berselfie sebagai tanda kenangan..benda rare kan..!!



Malam tadi turun menyantuni adik-adik N’DALLAZ NETBALLEZ yang sedang menjalani latihan. Saya datang bukan nak masuk gela...
19/08/2026

Malam tadi turun menyantuni adik-adik N’DALLAZ NETBALLEZ yang sedang menjalani latihan.

Saya datang bukan nak masuk gelanggang… datang nak bagi semangat je, Dik!

Kadang-kadang anak-anak muda ni bukan perlukan banyak pun. Cukup kita hadir, tengok usaha mereka, bagi sedikit kata-kata semangat dan tunjukkan yang ada orang yang percaya pada mereka.

Teruskan berlatih, teruskan disiplin. Hari ini latihan, insya-Allah esok jadi juara.



Tengah tenang-tenang pagi tadi, tiba-tiba ribut dan badai melanda… Maka tumbanglah sebatang pokok, terus sujud ke bumi d...
18/08/2026

Tengah tenang-tenang pagi tadi, tiba-tiba ribut dan badai melanda…

Maka tumbanglah sebatang pokok, terus sujud ke bumi di Jalan Seri Serawak 13.

Aduan diterima pada jam 10:45 pagi. Tak tunggu lama, terus panjangkan kepada Team Pantas untuk tindakan.

Sebelum bermulanya kerja pengalihan..sempat saya selfie untuk buat wallpaper enpon.

Alhamdulillah, jam 12:30 tengah hari dah selesai!
Pokok dah dialihkan, laluan kembali selamat dan penduduk pun boleh tarik nafas lega.

Terima kasih Team Pantas!

Memang zassss!



Malam tadi punya cerita! 5 TIANG SPORTLIGHT di gelanggang Futsal Seri Sedeli tak berfungsi. Kalau dibiarkan, memang gela...
18/08/2026

Malam tadi punya cerita!
5 TIANG SPORTLIGHT di gelanggang Futsal Seri Sedeli tak berfungsi.

Kalau dibiarkan, memang gelaplah anak-anak nak bermain malam-malam.

Alhamdulillah, aduan terus kita panjangkan dan Team terus zassss!

Terima kasih En. Shahrin dan Team korang memang laju! Aduan masuk, tindakan menyusul.

Yang penting, kemudahan untuk penduduk jangan dibiarkan rosak lama-lama.

Lihatlah.. lampu di bawah bulan purnamaaa..

Terima kasih Team! Zassss… settle!



Address

Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A, No 46-B Jalan Sri Serawak 19, , Taman Sri Serawak Klang
Klang
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Ahli Majlis N49A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category