25/08/2026
Bersempena tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita menghayati kembali pekerti, sirah junjungan besar, Baginda Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan teladan, dengan menyemai kasih sayang, menjunjung keadilan, menghulurkan ihsan dan sentiasa mengambil berat akan keadaan mereka di sekeliling kita.
Semoga nilai-nilai ini terus hidup dalam diri kita, bukan hanya pada hari yang penuh barakah ini tetapi menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Di kesempatan ini, bersama kita perbanyakkan selawat dan salam atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.