Dewan Pemuda PAS Kapar

Dewan Pemuda PAS Kapar DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KAPAR (Official)

๐Ÿ”ฅ Jersi Rasmi DPPK 2026 kini dibuka untuk tempahan!Dapatkan jersi eksklusif dengan design terkini yang melambangkan sema...
08/05/2026

๐Ÿ”ฅ Jersi Rasmi DPPK 2026 kini dibuka untuk tempahan!

Dapatkan jersi eksklusif dengan design terkini yang melambangkan semangat anak muda dan perjuangan!

๐Ÿ’š Harga sehelai hanya RM47.00
๐Ÿ’š Pakej Jimat 3 helai RM135.00 sahaja (Jimat RM6!)

โœจ Lebih banyak beli, lebih jimatโ€ผ๏ธ

โณ Tempahan terhad! Jangan lepaskan peluang memiliki Jersi Rasmi DPPK 2026!

Berminat untuk tempah, sila hubungi :-

http://www.wasap.my/601135561096/OrderBajuDPPK
(Nik Ilham Darwish)

http://www.wasap.my/601156829284/OrderBajuDPPK
(Anas Ahmadi)

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”Sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi pengh...
01/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

Sempena Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memajukan organisasi, masyarakat dan negara.

Sesungguhnya, setiap titik peluh dan pengorbanan yang diberikan adalah asas kepada kemajuan serta kesejahteraan bersama. Tanpa sumbangan para pekerja, tidak mungkin tercapai kejayaan dan pembangunan yang kita kecapi hari ini.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan pekerjaan kita, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudahkan setiap urusan, serta melimpahkan rezeki yang halal lagi diberkati. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya, serta diberikan kekuatan untuk terus berbakti dengan penuh keikhlasan.






__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

22/04/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS SELANGOR

20 April 2026 | 2 Zulkaedah 1447H

MENJUNJUNG TITAH D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR: "SELANGOR DESERVE BETTER"

1. Dewan Pemuda PAS Selangor menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 pada hari ini. Titah ucapan Tuanku bukan sekadar mengungkap angka-angka yang indah-indah sahaja, tetapi turut terselit nasihat dan teguran agar kerajaan ini dapat dikelola dengan lebih baik.

2. Biarpun mempunyai rizab simpanan sebanyak RM4.736 bilion pada akhir tahun 2025, masih terdapat pelbagai kelemahan ketara dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang perlu diberi perhatian serius. Kekhuatiran ini semakin menebal dengan kenaikan harga minyak diesel secara melampau, secara tidak langsung memberi impak kepada kehidupan rakyat melalui kesan rantaian yang bakal berlaku.

3. Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datoโ€™ Seri Amirudin bin Shari patut berasa malu dengan teguran langsung Tuanku Sultan terutama berkenaan isu banjir. Saban tabun, jutaan ringgit dibelanjakan tetapi kegagalan demi kegagalan terus berlaku. Pendekatan holisitik perlu dipraktikkan seperti perancangan pembangunan yang lebih mesra alam, bukan sekadar menyalahkan alam apabila banjir berlaku.

4. Tuanku Sultan Selangor bukan sekadar menegur, tetapi turut memberikan saranan dan idea untuk kebaikan seluruh rakyat jelata. Inilah hikmah mempunyai seorang Raja yang bijaksana. Namun, sekiranya Kerajaan Negeri hanya ibarat daun keladi yang tidak mempedulikan nasihat seorang Raja, maka yang ruginya adalah rakyat. Adakah rakyat mahu mempertahankan kerajaan ego seperti ini lagi?

5. Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru seluruh rakyat Selangor untuk mengambil pedoman daripada titah Tuanku agar membudayakan amalan jimat-cermat terutama bagi menghadapi cabaran mendatang yang tidak menentu. Pada masa yang sama, amalan ketirisan dan pembaziran sebagaimana pernah ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak boleh berulang lagi.

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor




09/03/2026

FIGURA ANAK MUDA

Alhamdulillah... Selesai pelancaran jentera Badar yang berlangsung semalam!






__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—”๐——๐—”๐—ฅ Kini kita telah menghampiri 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan, suatu tempoh yang amat istimew...
09/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—”๐——๐—”๐—ฅ

Kini kita telah menghampiri 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan, suatu tempoh yang amat istimewa dan penuh dengan rahmat, keampunan serta ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Pada malam-malam inilah tersimpan satu malam yang amat agung, iaitu Lailatulqadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sirah Nabawiyah telah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri akan memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan dengan bersungguh-sungguh.

Janganlah kita mensia-siakan detik-detik akhir Ramadan ini, kerana belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadan pada tahun yang akan datang.

Ayuhlah kita mengimarahkan masjid dan surau, menghadiri program ibadah seperti qiamullail, tadarus al-Quran, serta memperbanyakkan sedekah dan amal kebajikan.






__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang mengingatkan kita tentang turunny...
06/03/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung dalam sejarah Islam yang mengingatkan kita tentang turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hiraโ€™. Al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca, tetapi merupakan panduan hidup yang lengkap dalam membentuk akhlak, memandu pemikiran dan membina masyarakat yang beriman serta berakhlak mulia.

Sempena memperingati Nuzul Al-Quran ini, marilah kita bersama-sama menghayati, memahami dan mengamalkan segala ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran.

Marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadan yang mulia ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran melalui bacaan, tadabbur dan pengamalan dalam kehidupan seharian.

โ€œ๐‘จ๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐’…๐’Š ๐’‰๐’‚๐’•๐’Š, ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž ๐’…๐’Š๐’‰๐’‚๐’š๐’‚๐’•๐’Š.โ€






__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

04/03/2026

AHAD | 8 MAC
KUALA SELANGOR
1000 PEMUDA

๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ, ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— Menjelang ketibaan Ramadan yang mulia ini, ramai dalam kalangan umat Islam akan men...
14/02/2026

๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ, ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— 

Menjelang ketibaan Ramadan yang mulia ini, ramai dalam kalangan umat Islam akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi bersama insan tersayang iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara demi menyambut bulan yang penuh rahmat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar ingin merakamkan ucapan selamat pulang ke kampung kepada seluruh rakyat Malaysia. Pandulah dengan cermat, patuhilah peraturan jalan raya dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

๐‘Œ๐‘Ž ๐ด๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž, ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘’๐‘‘๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘…๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘–. ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ข๐‘ ๐‘–๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘ข ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž, ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘˜๐‘’๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘˜ ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘ข๐‘˜ ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘ข๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Žโ„Ž, ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘›๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘˜๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› โ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž-๐‘€๐‘ข ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘˜๐‘’๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข๐‘›๐‘Ž๐‘›, ๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž.






__________________________
๐‘ซ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ท๐‘จ๐‘น ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025-2027

23/01/2026

Ladang Ternakan Babi di Selangor: Keperluan Pembangunan Berasaskan Bukti untuk Melindungi Alam Sekitar dan Rakyat

1. Pembangunan yang benar-benar mampan tidak diukur pada label โ€œmodenโ€ atau โ€œberteknologi tinggiโ€, tetapi pada kesannya kepada rakyat, alam sekitar dan keharmonian masyarakat. PAS Selangor berpendirian bahawa kemajuan ekonomi dan perlindungan alam sekitar mesti bergerak seiring, bukan saling mengorbankan.

2. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Selamat, Pulau Pinang yang diterbitkan pada tahun 2025 mendapati air buangan daripada 66 ladang babi dan satu rumah sembelih berada pada tahap pencemaran yang serius, dengan tiga pencemar utama dikenal pasti iaitu Ammoniacal Nitrogen (AN) sebagai punca bau busuk dan toksik, Biochemical Oxygen Demand (BOD) yang menandakan kandungan sisa organik tinggi, serta Chemical Oxygen Demand (COD) yang menunjukkan pencemaran kimia.

3. Majoriti ladang gagal mematuhi Standard B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di mana pada bulan September 2024 sebanyak 60 ladang (ยฑ84%) melebihi had AN, 46 ladang melebihi had BOD dan 30 ladang melebihi had COD, manakala pada bulan November 2024 pencemaran masih tinggi dengan 51 ladang (ยฑ76%) melebihi had AN, 40 ladang melebihi had BOD dan 21 ladang melebihi had COD.

4. Dapatan ini menunjukkan hampir semua ladang mencemarkan air, khususnya dari segi ammonia, dan analisis statistik turut membuktikan bahawa sistem tertutup (close-house) tidak menjamin pencemaran rendah, kerana tiada hubungan kukuh antara jenis sistem ladang dengan tahap pencemaran; sebaliknya punca sebenar ialah kelemahan pengurusan kolam rawatan, penyelenggaraan ladang dan pengendalian sisa. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa menukar sistem tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas tidak menyelesaikan masalah.

5. Pendekatan saintifik dan teknologi sememangnya mampu meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi, namun ia tidak menjamin keselamatan alam sekitar jika tidak disertai dengan kawalan, ketelusan dan akauntabiliti. Kecekapan pengeluaran tidak boleh disamakan dengan perlindungan kesihatan awam.

6. Model pembangunan berskala besar dan berpusat membawa risiko yang tinggi. Sekiranya berlaku kegagalan sistem rawatan atau kecuaian operasi, kesannya berskala besar, sukar dikawal dan akhirnya ditanggung oleh rakyat di sekeliling.

7. Kegagalan tadbir urus memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat, termasuk pencemaran sungai dan sumber air, gangguan bau yang menjejaskan kualiti hidup, risiko kesihatan awam, ketegangan antara komuniti serta hilangnya kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

8. Dalam banyak keadaan, manfaat ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir pihak, manakala kos sosial, kesihatan dan alam sekitar dipikul oleh penduduk setempat. Keadaan ini bercanggah dengan prinsip keadilan sosial dan pentadbiran yang beramanah.

9. PAS Selangor menawarkan pendekatan jalan tengah yang rasional, berasaskan bukti dan berpaksikan kepentingan rakyat. Audit alam sekitar perlu dilaksanakan secara bebas dan berkala, bukan sekadar bergantung kepada laporan pihak berkepentingan, manakala lesen operasi hendaklah disyaratkan kepada pematuhan sebenar di lapangan. Mekanisme penggantungan atau pembatalan lesen secara automatik sekiranya berlaku ketidakpatuhan berulang juga wajar diwujudkan.

10. Petunjuk Prestasi Alam Sekitar yang jelas, boleh diukur dan telus perlu diperincikan, termasuk had pelepasan efluen berasaskan parameter utama seperti Ammoniacal Nitrogen (AN), Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan Chemical Oxygen Demand (COD); dan pematuhan terhadap piawaian alam sekitar mesti menjadi syarat utama kelangsungan operasi, bukan isu sampingan yang hanya diberi perhatian apabila berlaku krisis.

11. Pembangunan juga perlu mengambil kira had kapasiti dan sensitiviti kawasan. Penumpuan risiko melalui projek berskala terlalu besar wajar dielakkan, dan setiap operasi berisiko tinggi mesti mempunyai pelan kecemasan pencemaran yang jelas sebelum kelulusan diberikan.

12. Libat urus komuniti setempat hendaklah dijadikan syarat dalam proses kelulusan projek. Saluran aduan mesti disertai tindakan yang nyata dan garis masa yang jelas supaya suara rakyat bukan sekadar didengar, tetapi dihormati.

13. Kesemua cadangan ini perlulah diperincikan dalam pindaan kepada Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 yang kali terakhir dipinda pada tahun 2010, dengan memasukkan peruntukan yang mewajibkan piawaian teknikal khusus dan boleh dikuatkuasakan.

14. Enakmen ini juga perlu dipinda bagi mewajibkan kaedah Modern Pig Farming (MPF), mengenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran syarat, memperuntukkan hukuman tinggi bagi kes pencemaran termasuk kos pemulihan ditanggung oleh penternak, serta mengetatkan kawalan biosekuriti dalam ladang, pengangkutan dan pemprosesan sebelum sebarang projek penternakan babi berskala mega menggunakan teknologi โ€˜zero dischargeโ€™ dilaksanakan.

15. Pendekatan saintifik harus digunakan secara beretika dan bertanggungjawab. Teknologi perlu menjadi alat untuk memperbaiki pengurusan dan melindungi rakyat, bukan alasan untuk menutup kelemahan sistem atau menormalisasikan pencemaran.

16. Inilah pendekatan yang PAS tawarkan agar ekonomi dapat bergerak, alam sekitar terpelihara dan rakyat tidak diketepikan daripada proses pembangunan.

17. PAS Selangor menyeru agar setiap dasar dan projek pembangunan didasari prinsip amanah, ketelusan dan tanggungjawab awam. Pembangunan yang baik bukan yang paling cepat memberi keuntungan, tetapi yang paling selamat, adil dan berkat untuk jangka panjang.

18. PAS Selangor akan terus menjadi suara yang matang, profesional dan berprinsip dalam mempertahankan kepentingan rakyat tanpa menolak kemajuan, serta membina Selangor yang stabil, sejahtera dan dihormati oleh semua.

Y.B. Datoโ€™ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri
Adun Paya Jaras
Pesuruhjaya PAS Selangor
23 Januari 2026


๐—•๐—”๐—๐—˜๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ก๐—š๐—”๐— ?Dah tau pasal Bajet Negeri Selangor yang telah dibentangkan?Sebenarnya ada banyak ruang y...
10/01/2026

๐—•๐—”๐—๐—˜๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—ž ๐—ก๐—š๐—”๐— ?

Dah tau pasal Bajet Negeri Selangor yang telah dibentangkan?

Sebenarnya ada banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Nak tau apa dia?

Jom ikuti podcast yang bakal kami sediakan!

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Januari 2026
๐Ÿ“† Hari: Sabtu
โฐ Masa: 9 malam
๐Ÿข Tempat: ๐—™๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ผ๐—ธ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ

Jangan lupa Lock tarikh dan masa ni!






____________________________
๐ท๐ธ๐‘Š๐ด๐‘ ๐‘ƒ๐ธ๐‘€๐‘ˆ๐ท๐ด ๐‘ƒ๐ด๐‘† ๐พ๐ด๐‘Š๐ด๐‘†๐ด๐‘ ๐พ๐ด๐‘ƒ๐ด๐‘… ๐‘†๐ธ๐‘†๐ผ 2025 - 2027

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar merakamkan ucapan semangat dan doa yang ikhlas kepa...
26/11/2025

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š๐ˆ ๐๐„๐๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kapar merakamkan ucapan semangat dan doa yang ikhlas kepada semua calon SPM 2025. Kami percaya bahawa usaha gigih, bimbingan para guru serta sokongan keluarga telah membentuk ketahanan diri dan keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan ini dengan cemerlang. Hadapilah setiap kertas dengan tenang, fokus dan berdisiplin kerana inilah peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar.

Kami mendoakan agar semua calon dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik serta memperoleh keputusan yang terbaik. Semoga kejayaan SPM 2025 menjadi titik permulaan kepada masa depan yang lebih cerah dan bermakna.






____________________________
๐ท๐ธ๐‘Š๐ด๐‘ ๐‘ƒ๐ธ๐‘€๐‘ˆ๐ท๐ด ๐‘ƒ๐ด๐‘† ๐พ๐ด๐‘Š๐ด๐‘†๐ด๐‘ ๐พ๐ด๐‘ƒ๐ด๐‘… ๐‘†๐ธ๐‘†๐ผ 2025 - 2027

Address

Kompleks PAS Kapar
Klang

Telephone

+60122511924

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kapar:

Share