N.24 Seremban Jaya

N.24 Seremban Jaya N.24 Seremban Jaya 1 Million Likes To Save Malaysia

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden MIC Kebangsaan, Tan Sri Dato’ Seri SA Vigneswaran, yan...
31/07/2026

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden MIC Kebangsaan, Tan Sri Dato’ Seri SA Vigneswaran, yang telah hadir bersama kita malam ini dan menyampaikan mandat serta sokongan penuh kepada perjuangan Barisan Nasional di Seremban Jaya.

Kini, mandat itu berada di tangan tuan-tuan dan puan-puan. Esok, hanya satu undi yang mampu mengubah hala tuju Seremban Jaya.



31/07/2026

SEREMBAN JAYA, INI MASA KITA.

Berikan saya peluang untuk berkhidmat.

Saya akan bekerja bersungguh-sungguh membawa perubahan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Seremban Jaya.

Undi Calon No. 1️⃣
Pangkah Barisan Nasional
Undi Thinalan T. Rajagopalu



Undi Calon No. 1️⃣Pangkah Barisan NasionalUndi Thinalan T. RajagopaluDengan penuh rendah hati saya merayu kepada seluruh...
31/07/2026

Undi Calon No. 1️⃣
Pangkah Barisan Nasional
Undi Thinalan T. Rajagopalu

Dengan penuh rendah hati saya merayu kepada seluruh warga Seremban Jaya, keluarlah beramai-ramai seawal mungkin untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Setiap undi yang diberikan adalah satu harapan dan satu peluang untuk mengubah masa depan yang kita impikan bersama.

Jika selama ini anda juga mengharapkan perubahan, inilah masanya. Berilah peluang kepada saya untuk menjadi suara dan berkhidmat kepada anda.



Dalam beberapa jam lagi, tempoh kempen akan melabuhkan tirainya. Sebelum mengakhiri perjalanan ini, saya sempat singgah ...
31/07/2026

Dalam beberapa jam lagi, tempoh kempen akan melabuhkan tirainya. Sebelum mengakhiri perjalanan ini, saya sempat singgah ke kuil untuk berdoa memohon kekuatan, ketenangan dan keberkatan.

Saya berserah kepada Tuhan agar diberikan yang terbaik buat saya dan seluruh warga Seremban Jaya.



10 Tonggak Aspirasi Seremban Jaya adalah komitmen saya kepada seluruh warga Seremban Jaya.Rakyat sentiasa menjadi keutam...
31/07/2026

10 Tonggak Aspirasi Seremban Jaya adalah komitmen saya kepada seluruh warga Seremban Jaya.

Rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Kebajikan, pendidikan, peluang belia, pembangunan infrastruktur dan prasarana, pemerkasaan peniaga kecil, TVET, peluang pekerjaan, keselamatan serta kesejahteraan komuniti akan menjadi fokus utama saya sekiranya diberi mandat.

Semua yang terkandung dalam 10 tonggak ini bukan janji kosong. Inilah keperluan sebenar rakyat yang saya himpunkan hasil pertemuan dari rumah ke rumah, sesi dialog dan perbincangan bersama pelbagai lapisan masyarakat di Seremban Jaya.

Saya tidak menentukan masa depan anda tanpa mendengar suara anda. Saya mengangkat suara anda, dan bersama-sama kita membina masa depan Seremban Jaya yang lebih baik.

Thinalan untuk Seremban Jaya.
Undi Barisan Nasional.



31/07/2026

சிரம்பான் ஜெயாவின் வளர்ச்சிக்காக, உங்கள் ஆதரவும் உங்கள் வாக்கும் எனக்கு தேவை. ❤️
எப்போதும் சிரம்பான் ஜெயா மக்களுடன் நான் இருப்பேன்.
🗳️ வேட்பாளர் எண் 1 – தினாளன் ராஜகோபாலு, BN

31/07/2026

Di sebalik setiap langkah saya sepanjang dua minggu kempen ini, ada dua insan yang tidak pernah jemu berdiri di sisi saya – ibu dan isteri tercinta.

Mereka turut turun padang, berjalan dari rumah ke rumah, bertemu rakyat tanpa mengenal penat. Kasih, doa dan pengorbanan mereka adalah kekuatan sebenar saya.

Esok saya memohon doa dan sokongan seluruh warga Seremban Jaya. Jika saya diberi mandat, saya berjanji akan berkhidmat dengan penuh amanah, demi setiap keluarga yang mengimpikan masa depan yang lebih baik.



Hari ini merupakan pusingan terakhir kempen. Saya akan terus turun padang bertemu komuniti di pelbagai lokasi sekitar Se...
31/07/2026

Hari ini merupakan pusingan terakhir kempen. Saya akan terus turun padang bertemu komuniti di pelbagai lokasi sekitar Seremban Jaya kerana setiap pertemuan amat bermakna buat saya.

Mohon doa dan sokongan agar saya diberi peluang serta mandat untuk berkhidmat demi membawa perubahan yang diharapkan oleh warga Seremban Jaya.



31/07/2026

Sokongan dan dukungan seluruh warga Seremban Jaya menjadi pembakar semangat buat saya untuk terus berjuang.

Saya dengan rendah hati memohon doa daripada semua. Semoga esok saya diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat anda, membawa suara, harapan dan perubahan yang kita impikan bersama.



31/07/2026

Berbulan-bulan lamanya isu asas seperti pemotongan rumput dan kebersihan kawasan perumahan terus dibiarkan, walaupun penduduk telah menunaikan tanggungjawab membayar yuran kepada JMB.

Cukup! Saya hadir untuk betulkan sistem dan utamakan rakyat.

Fokus saya jelas, mengutamakan kebajikan rakyat, menyelesaikan masalah, dan memastikan setiap sen yang dibayar oleh penduduk memberi manfaat kepada mereka.



Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when N.24 Seremban Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share