AKM Negeri Selangor

AKM Negeri Selangor AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA PEJABAT PERDANA MENTERI NEGERI SELANGOR

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐†๐Œ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐’๐Œ๐Š ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐€๐˜๐€๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซDalam u...
07/05/2026

๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ (๐’๐Š๐†๐Œ) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐’๐Œ๐Š ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐€๐˜๐€

๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ

Dalam usaha memperkukuh pembinaan generasi muda yang berwibawa dan berteraskan semangat patriotisme, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Generasi MADANI (SKGM) Tahun 2026 bersama warga pelajar SMK Bandar Sungai Buaya.

Seminar ini dilaksanakan sebagai platform pemerkasaan kepimpinan belia melalui penghayatan Nilai Malaysia MADANI, pemahaman terhadap Perlembagaan Persekutuan, pengukuhan Rukun Negara serta apresiasi terhadap sejarah dan identiti negara. Pengisian program turut disusun secara interaktif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berimpak.

Sesi dimulakan dengan Pengenalan AKM dan Taklimat Program yang disampaikan oleh Mohammad Shah Iskandar Bin Mawardi, diikuti slot Pembinaan Generasi MADANI oleh Mohamad Zuhdi Bin Abdul Samad. Program turut menampilkan sesi perkongsian inspirasi bersama alumni MFLS oleh Wan Chui Yoke yang menyuntik motivasi serta semangat kepimpinan dalam kalangan peserta.

Semoga pelaksanaan seminar ini menjadi pencetus kepada lahirnya generasi muda yang berilmu, berakhlak, mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.








SEMINAR KEPIMPINAN GENERASI MADANI (SKGM) SMK BUKIT CHANGGANG5 Mei 2026 | Selasa | Kuala Langat Akademi Kenegaraan Malay...
06/05/2026

SEMINAR KEPIMPINAN GENERASI MADANI (SKGM) SMK BUKIT CHANGGANG

5 Mei 2026 | Selasa | Kuala Langat

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan Seminar Kepimpinan Generasi MADANI bertempat di Dewan Aspirasi, SMK Bukit Changgang. Program yang berlangsung sehari ini merupakan inisiatif strategik AKM untuk menyuntik nilai-nilai kepimpinan dan kefahaman mengenai gagasan Malaysia MADANI secara langsung kepada barisan pemimpin muda di peringkat sekolah.

Seminar dimulakan dengan sesi Taklimat Program dan Pengenalan AKM yang disampaikan oleh Puan Fatimah binti Jusoh, Penolong Pegawai Latihan AKM Negeri Selangor. Program diteruskan dengan Sesi Interaktif Kenegaraan oleh Encik Mohamad Zaki bin Ilias, Sahabat Penggerak MADANI Negeri Selangor, manakala Encik Muhammad Hilman Syukri Bin Hamed, Setiausaha Agung Angkatan Belia MADANI (ABM) Negeri Selangor turut hadir berkongsi perspektif kepimpinan belia dalam sesi perkongsian bersama ABM.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fauzi bin Hashim, Pengetua SMK Bukit Changgang. Dalam ucapan penutupnya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AKM Negeri Selangor atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini dalam membentuk karakter murid yang holistik.

Turut hadir menyaksikan kelancaran program tersebut adalah Puan Ruzaiti binti Md. Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Bukit Changgang. Dengan penglibatan aktif para peserta, seminar anjuran AKM Negeri Selangor ini diharapkan dapat melahirkan generasi pelapis yang mampu memimpin dengan hikmah dan nilai murni.






KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM SHAH ALAM1-3 Mei 2026 | Jumaat - Ahad | PL...
03/05/2026

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UiTM SHAH ALAM

1-3 Mei 2026 | Jumaat - Ahad | PLK Meru

Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI. Program ini melibatkan penyertaan aktif dalam kalangan mahasiswa Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM bagi memperkukuh semangat patriotisme dan jati diri sebagai pemimpin masa hadapan negara.

โ€‹Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pengisian substantif yang merangkumi kronologi sejarah negara, kepentingan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi, serta penghayatan prinsip Rukun Negara. Disamping itu, pemahaman mendalam mengenai gagasan Malaysia MADANI turut dipasak bagi memastikan mahasiswa ACIS ini dapat mengintegrasikan nilai-nilai murni tersebut dalam konteks kepimpinan dan kemasyarakatan.

โ€‹Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. S Salahudin Suyorno, Dekan ACIS UiTM Shah Alam, dengan kehadiran Tuan Haji Zawawi Temyati, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar ACIS, serta Encik Mohd Khairulna'im bin Abu Samah selaku Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor.

Kolaborasi strategik ini membuktikan komitmen jitu pihak ACIS UiTM dan AKM Negeri Selangor dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah teguh kesetiaannya kepada tanah air serta seimbang antara tuntutan Duniawi dan Ukhrawi.






๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! " ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐’๐”๐Œ๐€ ๐๐€๐๐†๐’๐€ "
01/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

" ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐’๐”๐Œ๐€ ๐๐€๐๐†๐’๐€ "





PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI MADANI KOHORT 5 TAHUN 2026 NEGERI SELANGOR27 - 30 April 2026 | Isnin - Khamis | PLK MeruProg...
30/04/2026

PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI MADANI KOHORT 5 TAHUN 2026 NEGERI SELANGOR

27 - 30 April 2026 | Isnin - Khamis | PLK Meru

Program Kepimpinan Generasi Madani (PKGM) Kohort 5 Negeri Selangor telah melabuhkan tirainya pada hari ini.

Perasmian penutup PKGM Kohort 5 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusaini bin Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Diharapkan semua peserta yang hadir pada PKGM Kohort 5 ini dapat menimba ilmu dan pengalaman yang baru khasnya ilmu kenegaraan dan berupaya menzahirkan bakat kepimpinan dalam kalangan belia sebagai generasi pelapis di masa akan datang.






29/04/2026

HARI KETIGA PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI (PKGM) KOHORT 5 TAHUN 2026

Program Kepimpinan Generasi Madani (PKGM) Kohort 5 Tahun 2026 Negeri Selangor bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru telah membuka tirainya. Saksikan video rangkuman sekitar hari ketiga PKGM ini berlangsung.





29/04/2026

VIDEO RANGKUMAN SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SAHABAT PENGGERAK MADANI NEGERI SELANGOR

29 April 2026 | Rabu | Shah Alam








SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SAHABAT PENGGERAK MADANI NEGERI SELANGOR29 April 2026 | Rabu | Shah AlamAkademi Ken...
29/04/2026

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SAHABAT PENGGERAK MADANI NEGERI SELANGOR

29 April 2026 | Rabu | Shah Alam

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor telah menjayakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani bagi Sahabat Penggerak Madani (SPM) Negeri Selangor bertempat di Shah Alam.

YBrs. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor telah menyampaikan amanat serta berkongsi gerak kerja dan halatuju AKM Selangor kepada barisan Sahabat Pengerak Madani yang hadir di dalam seminar ini.

Antara pengisian utama seminar ini adalah sesi pengenalan modul baharu AKM, perancangan pelbagai program komuniti lapangan, perkongsian informasi isu semasa terkini serta perkongsian pandangan dalam kalangan Sahabat Penggerak Madani dalam memastikan gerak kerja penyebarluasan ilmu berjalan lancar serta berupaya menjadi spektrum mencapah sebaran ilmu kenegaraan dan kefahaman Malaysia Madani di seluruh Negeri Selangor.

Pihak AKM Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan SPM Negeri Selangor atas komitmen yang diberikan โœจ








28/04/2026

HARI KEDUA PROGRAM KEPIMPINAN GENERASI (PKGM) KOHORT 5 TAHUN 2026

Program Kepimpinan Generasi Madani (PKGM) Kohort 5 Tahun 2026 Negeri Selangor bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru telah membuka tirainya. Saksikan video rangkuman sekitar hari kedua PKGM ini berlangsung.





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐” ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐”๐๐Œ ๐’๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐†๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐’๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซAkademi K...
27/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐Š๐” ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐„๐Š๐’๐๐‹๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐”๐๐Œ ๐’๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐†

๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐€๐ก๐š๐ | ๐’๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Negaraku MADANI: Eksplorasi Rukun Negara Interkolej UPM Serdang, Selangor.

Program Negaraku MADANI ini merupakan inisiatif latihan kepimpinan berteraskan kenegaraan yang bersifat holistik dengan pengisian yang berkaitan Nilai-nilai Malaysia MADANI, Sejarah Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dengan menggabungkan aktiviti Interaktif Kenegaraan.

Sesi Pengenalan AKM dan Interaktif Kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Syazul Firdaus bin Dzulkefly Penolong Pegawai Latihan daripada AKM Negeri Selangor.

Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YBrs Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid bin Arsyad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Semoga menerusi perkongsian ilmu ini berupaya menjadi nilai tambah dalam peningkatan jati diri, semangat kenegaraan dan penjanaan kesedaran yang berterusan kepada semua peserta yang telah menghadirinya.





Address

PUSAT LATIHAN KENEGARAAN MERU
Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share