Penjara Kluang

Penjara Kluang +607-787 5200 ( Utama )
+607-787 9057 ( Daftar Jumpa)

26/08/2026
LAWATAN MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET KLUANG KE PENJARA KLUANG BAGI MENYAKSIKAN PELAKSANAAN HUKUMAN SEBATPada 19 Ogos 2026 (...
19/08/2026

LAWATAN MAHKAMAH SESYEN/MAJISTRET KLUANG KE PENJARA KLUANG BAGI MENYAKSIKAN PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT

Pada 19 Ogos 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi, telah berlangsung Lawatan Mahkamah Sesyen/Majistret Kluang ke Penjara Kluang bagi Menyaksikan Pelaksanaan Hukuman Sebat.

Lawatan tersebut melibatkan seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai dan pelajar praktikal latihan industri dari Mahkamah Sesyen/Majistret Kluang. Rombongan telah disambut oleh PKP Jomison Gondikit, Timbalan Pengarah Penjara Kluang.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan serta kefahaman yang lebih jelas kepada para peserta berhubung tatacara, prosedur dan proses pelaksanaan hukuman sebat di institusi penjara, selaras dengan peruntukan serta prosedur yang ditetapkan.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mendapatkan penerangan berkaitan aspek pengurusan, persediaan dan pelaksanaan hukuman sebat, di samping memahami peranan serta tanggungjawab pihak penjara dalam memastikan setiap pelaksanaan hukuman dilaksanakan mengikut prosedur, tatacara keselamatan dan ketetapan yang berkuat kuasa.

Program ini turut menjadi platform perkongsian pengetahuan antara pihak kehakiman dan Jabatan Penjara Malaysia, khususnya dalam meningkatkan pemahaman berkaitan pelaksanaan hukuman serta memperkukuh kerjasama profesional antara kedua-dua institusi.

Lawatan berakhir dengan lancar dan diharapkan pendedahan yang diperoleh dapat memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada para pegawai dan pelajar praktikal mengenai proses pelaksanaan hukuman sebat di institusi penjara.




PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT :PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN“Cergas Bekerja, Integriti Jiwa Me...
17/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT :PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

“Cergas Bekerja, Integriti Jiwa Merdeka”

Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Stadium Mini Kampung Melayu, Kluang
Anjuran: Unit Latihan dan Kelab Bola Sepak Penjara Kluang
Penyertaan: 50 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti Program Gaya Hidup Sihat bagi menggalakkan warga Penjara Kluang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti sukan. Selain itu, perlawanan persahabatan ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan kerjasama dalam kalangan pegawai, anggota dan kakitangan awam.

Perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung pada jam 5.00 petang di Stadium Mini Kampung Melayu, Kluang. Program disertai seramai 50 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam. Aktiviti berlangsung dalam suasana yang meriah, sihat dan penuh semangat kesukanan.

Antara manfaat yang diperoleh melalui program ini ialah:

- Meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan fizikal warga kerja.
- Menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif.
- Memupuk semangat kerja berpasukan dan kerjasama.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai, anggota dan kakitangan awam.
- Meningkatkan semangat kesukanan, disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
- Mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif dan harmoni.

Secara keseluruhannya, Program Gaya Hidup Sihat : Perlawanan Persahabatan Bola Sepak “Cergas Bekerja, Integriti Jiwa Merdeka” telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat penyertaan yang menggalakkan. Program seumpama ini wajar diteruskan secara berkala sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan semangat kekitaan dalam kalangan warga Penjara Kluang.




SUMBANGAN BUKU OLEH PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN (PTB), UPSI BAGI PROGRAM DIPLOMA KEUSAHAWANAN “PELITA BUDIMAN” (PSB) KOHO...
13/08/2026

SUMBANGAN BUKU OLEH PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN (PTB), UPSI BAGI PROGRAM DIPLOMA KEUSAHAWANAN “PELITA BUDIMAN” (PSB) KOHORT 2

12 Ogos 2026 (Rabu) | 10.00 pagi
Penjara Kluang, Johor

Penjara Kluang, Johor pada hari ini telah menerima sumbangan bahan bacaan daripada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menyokong pelaksanaan Program Diploma Keusahawanan “Pelita Budiman” (PSB) Kohort 2.

Sumbangan tersebut melibatkan sebanyak 244 judul dengan keseluruhan 269 naskah buku yang akan dimanfaatkan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran para peserta program.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa budaya ilmu, pembelajaran dan pembangunan kemahiran keusahawanan, di samping menyediakan akses kepada bahan bacaan yang berkualiti bagi menyokong proses pendidikan dan pembangunan kendiri.

Kerjasama strategik antara UPSI dan Jabatan Penjara Malaysia ini diharap dapat terus diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan modal insan yang memberi manfaat kepada peserta program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas sumbangan serta komitmen dalam menyokong agenda pendidikan dan pembangunan insan.





🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT INSTITUSI PENJARA 🇲🇾KLUANG, 10 Ogos 2026 (...
10/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2026 PERINGKAT INSTITUSI PENJARA 🇲🇾

KLUANG, 10 Ogos 2026 (Isnin) – Penjara Kluang telah melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 Peringkat Institusi Penjara bertempat di Hadapan Pintu Utama Penjara Kluang, Johor, pada jam 9.00 pagi.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap tanah air serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga institusi sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2026.

Pelancaran ini turut menjadi simbolik kepada permulaan pelbagai aktiviti dan program berunsurkan kenegaraan yang akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di peringkat institusi.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen warga Penjara Kluang dalam menghayati nilai kemerdekaan, menghargai sejarah perjuangan negara serta memupuk semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 ini terus menyemarakkan semangat “Malaysia Sehati Sejiwa”, memperkukuh perpaduan dan menyatukan seluruh warga institusi dalam usaha membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2026!




🏸 KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI TAHUN 2026 – BADMINTON 🏸KLUANG, 9 Ogos 2026 – Kejohanan Sukan Penjara Antara Neg...
10/08/2026

🏸 KEJOHANAN SUKAN PENJARA ANTARA NEGERI TAHUN 2026 – BADMINTON 🏸

KLUANG, 9 Ogos 2026 – Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri Tahun 2026 bagi acara Badminton telah berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026, bertempat di Havona Badminton Centre, Kluang, Johor.

Kejohanan ini telah menghimpunkan kontinjen warga Jabatan Penjara Malaysia dari seluruh negeri dalam beberapa kategori pertandingan, sekali gus menjadi platform bagi memperkukuh semangat kesukanan, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara warga Jabatan.

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

🏸 BERKUMPULAN
🥇 Juara: Sabah
🥈 Naib Juara: Selangor
🥉 Ketiga Bersama: Perak & Negeri Sembilan

🏸 BERGU LELAKI (OPEN)
🥇 Juara: Pahang
🥈 Naib Juara: Pahang
🥉 Ketiga Bersama: Pulau Pinang & Pahang

🏸 BERGU WANITA (OPEN)
🥇 Juara: Johor
🥈 Naib Juara: Johor
🥉 Ketiga Bersama: Melaka & Selangor

🏸 BERGU VETERAN (OPEN)
🥇 Juara: Kelantan
🥈 Naib Juara: Sarawak
🥉 Ketiga Bersama: Perak & Melaka

🏸 BERGU VIP (OPEN)
🥇 Juara: Terengganu
🥈 Naib Juara: Selangor
🥉 Ketiga Bersama: Johor & Johor

Kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan ini menyaksikan persaingan sengit antara kontinjen negeri. Para peserta telah mempamerkan disiplin, komitmen, semangat juang dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan.

Penganjuran kejohanan ini turut menjadi wadah dalam membudayakan gaya hidup sihat dan aktif, selain memperkukuh jaringan silaturahim serta semangat kekitaan dalam kalangan warga Jabatan Penjara Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen dan peserta yang telah menunjukkan prestasi membanggakan serta menjunjung tinggi semangat kesukanan sepanjang kejohanan.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada urusetia, pegawai pengelola, pengadil, jurulatih dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejohanan berjalan lancar dan berjaya.

Semoga kejohanan seumpama ini terus menjadi platform dalam melahirkan warga Jabatan yang cergas, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.





09/08/2026

PRISON INTERSTATE 2026 BADMINRON FINAL

05/08/2026

TULAR MAKLUMAT TIDAK TEPAT MENGENAI CUBAAN MENDAPATKAN BAYARAN JUMPA PROSPEK JABATAN PENJARA MALAYSIA

Jabatan Penjara Malaysia TIDAK PERNAH melantik mana-mana Pegawai atau Anggota sebagai wakil untuk membuat sebarang pembelian barangan, menguruskan tempahan perjumpaan, atau menyediakan hidangan istimewa kepada prospek melalui akaun bank milik peribadi.

Semua urusan berkaitan tempahan perjumpaan dan
pembelian hidangan hendaklah dibuat SECARA RASMI melalui Premis Penjara yang berkenaan.
Setiap transaksi rasmi akan disertakan dengan
RESIT RASMI sebagai bukti pembayaran.

Orang ramai adalah DIINGATKAN AGAR TIDAK membuat sebarang pembayaran ke akaun peribadi mana-mana individu yang mendakwa mewakili
Jabatan Penjara Malaysia.

Sebarang cubaan mendapatkan bayaran melalui
akaun peribadi adalah TIDAK SAH dan
berkemungkinan merupakan satu bentuk PENIPUAN.






*PROGRAM LAFAZ KALIMAH CINTA ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA WARGA KAKITANGAN PENJARA* *KLUANG, 4 Ogos –* Pejabat Kadi Daerah ...
04/08/2026

*PROGRAM LAFAZ KALIMAH CINTA ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA WARGA KAKITANGAN PENJARA*

*KLUANG, 4 Ogos –* Pejabat Kadi Daerah Kluang dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia (Penjara Kluang) telah menganjurkan Program Lafaz Kalimah Cinta: Memperkukuh Kasih, Membina Keluarga Bahagia yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka Masjid Al-Muhaimin, Penjara Kluang, hari ini.

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu telah menghimpunkan seramai 42 orang peserta (22 pasangan) yang terdiri daripada kakitangan Penjara Kluang, Penjara Simpang Renggam, Pusat Koreksional Muar, Pejabat Penjara Negeri Johor, serta Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) Kluang.

Pengisian program dibahagikan kepada dua slot pengisian utama:

* Slot 1: "Hati Kunci Kebahagiaan Dunia & Akhirat" – Disampaikan oleh Al-Fadhilah Hajah Hasnita Binti Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
* Slot 2: "Jambatan Hati, Ikatan Kasih Sayang" – Disampaikan oleh As-Syeikh Haji Amir Bin Mohd Noor, Kadi Daerah Kluang.

Kedua-dua penceramah menekankan kepentingan penerapan nilai kasih sayang, toleransi, dan pemantapan rohani sebagai teras asas dalam membina persekitaran keluarga yang harmoni.

Kelancaran majlis turut dibantu oleh seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) gabungan daripada Penjara Kluang dan Pejabat Kadi Daerah Kluang.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati penghargaan kepada Penjara Kluang, sesi fotografi kenangan, serta majlis jamuan bersama para jemputan dan peserta. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik daripada semua pihak.





SESI PENYERAHAN BENDERA JOHOR KEPADA PASUKAN BOLING NEGERI JOHOR28 Julai 2026 | SelasaPejabat Pentadbiran Penjara Kluang...
31/07/2026

SESI PENYERAHAN BENDERA JOHOR KEPADA PASUKAN BOLING NEGERI JOHOR

28 Julai 2026 | Selasa
Pejabat Pentadbiran Penjara Kluang, Johor

KLUANG – Telah berlangsung Sesi Penyerahan Bendera Johor kepada Pasukan Boling Negeri Johor pada 28 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Pentadbiran Penjara Kluang, Johor.

Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh TKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh, Pengarah Penjara Kluang, yang mewakili Pengarah Penjara Negeri Johor. Penyerahan bendera ini merupakan simbolik sokongan, amanah serta pembakar semangat kepada pasukan yang akan membawa nama Negeri Johor dalam kejohanan yang disertai.

Dalam majlis tersebut, TKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh turut menzahirkan ucapan tahniah atas pemilihan para atlet serta berharap agar seluruh kontinjen dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang cemerlang dan komitmen yang berterusan dalam mengharumkan nama Negeri Johor.

Semoga Pasukan Boling Negeri Johor diberikan kejayaan dan mencapai prestasi terbaik dalam setiap pertandingan yang disertai, seterusnya mengangkat imej Jabatan Penjara Malaysia dan Negeri Johor ke tahap yang lebih cemerlang.





Address

Kompleks Penjara Kluang, Batu 8 Jalan Mersing
Kluang
86000

Telephone

+6077875200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penjara Kluang:

Shortcuts

Share