Hepili Kelantan

Hepili Kelantan Halaman Rasmi bagi HePili Kelantan
TDM KDM IMFree PEARL PROSIS

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰βœ… CHECK POINT 3πŸ“ Lokasi: SMJKC CHUNG CHENG, KOTA BHARU, KELANTANπŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT...
08/09/2026

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰
βœ… CHECK POINT 3
πŸ“ Lokasi: SMJKC CHUNG CHENG, KOTA BHARU, KELANTAN

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT KEMERDEKAAN & GAYA HIDUP SIHAT!

[SEKITAR PROGRAM] Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) & HePILL 2026 Peringkat Daerah Kota Bharu 🌿✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) serta Program Healthy School Lifestyle (HePILL) 2026 Peringkat Daerah Kota Bharu pada hari ini!

πŸ“ Lokasi: SMJKC Chung Cheng, Kota Bharu
πŸ—“οΈ Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Diraikan & Dirasmikan oleh: Dr. Sharina bt Dir (Pegawai Kesihatan Daerah Kota Bharu)

Program ini dianjurkan sebagai usaha berterusan untuk memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Antara pengisian utama yang ditekankan merangkumi amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal berterusan, serta pengukuhan sistem imuniti badan demi melahirkan generasi yang sihat dan sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SMJKC Chung Cheng, jawatankuasa pelaksana, serta semua warga sekolah dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga mesej kesihatan yang disampaikan hari ini memberi manfaat serta pembudayaan gaya hidup sihat dapat diteruskan dalam kehidupan seharian!

26/08/2026

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰
βœ… CHECK POINT 2
πŸ“ Lokasi: Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, Bachok, Kelantan

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT KEMERDEKAAN & GAYA HIDUP SIHAT!

Suasana meriah dan penuh bertenaga menyelubungi Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, Bachok sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePiLi 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 26 Ogos 2026.

Program ini bukan sekadar sambutan biasa, tetapi satu usaha berterusan untuk menyuntik kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan seawal bangku sekolah lagi. Melalui kempen ini, kita sama-sama menerapkan mesej utama: "Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan." πŸ‹οΈβ€β™‚οΈπŸ₯—

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰βœ… CHECK POINT 2πŸ“ Lokasi: Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, BachokπŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT...
26/08/2026

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰
βœ… CHECK POINT 2
πŸ“ Lokasi: Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, Bachok

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT KEMERDEKAAN & GAYA HIDUP SIHAT!

Suasana meriah dan penuh bertenaga menyelubungi Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, Bachok sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePiLi 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 26 Ogos 2026.

Program ini bukan sekadar sambutan biasa, tetapi satu usaha berterusan untuk menyuntik kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan seawal bangku sekolah lagi. Melalui kempen ini, kita sama-sama menerapkan mesej utama: "Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan." πŸ‹οΈβ€β™‚οΈπŸ₯—

Antara pengisian dan objektif utama program ini termasuklah:

Pendidikan Kesihatan: Menggalakkan murid-murid dan warga sekolah mempraktikkan tabiat harian yang sihat.
Pengukuhan Imuniti: Mendidik kesedaran tentang pemakanan seimbang dan kebersihan diri demi ketahanan badan yang optimum.

Semangat Patriotisme: Menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan penglibatan aktif seluruh warga sekolah dan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid, serta seluruh jawatan kuasa yang berhempas-pulas menjayakan majlis ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda Kelantan yang bukan sahaja bijak pandai, malah sihat, cergas, dan berdaya saing! πŸ’ͺ✨

Alhamdulillah, hari yang penuh bermakna di SMK Long Yunus! 🌟Kami baru sahaja selesai menjayakan Program Kunjung Bantu Ek...
20/08/2026

Alhamdulillah, hari yang penuh bermakna di SMK Long Yunus! 🌟

Kami baru sahaja selesai menjayakan Program Kunjung Bantu Eksperesi Anak Remaja Lestari (PEARL). Ini bukan sekadar program biasa, tetapi satu inisiatif murni untuk menyelami dunia remaja, memberi sokongan emosi, dan memupuk jati diri yang mampan di kalangan pelajar.

Remaja hari ini berdepan cabaran yang sangat berbeza. Melalui PEARL, kami berharap dapat membina jambatan komunikasi yang lebih baik antara pelajar, guru, dan ibu bapa. Terima kasih kepada pihak sekolah SMK Long Yunus, para fasilitator, dan pastinya pelajar-pelajar hebat yang terlibat atas komitmen dan maklum balas positif mereka.
Kami percaya, pelaburan terbaik adalah ke atas pembangunan modal insan generasi muda.

Semoga 'mutiara' yang dicanai hari ini bakal bersinar di masa hadapan.

Teruskan menyokong usaha murni ini! Berasaskan aspirasi , kita bina landasan pendidikan yang berkesan untuk semua.

14/08/2026

πŸ’§ CABARAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI πŸ’§

Tahukah anda? Kekal terhidrat bukan sahaja membantu menyegarkan badan, malah penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik setiap hari.

Jadikan amalan minum 8 gelas/ 2 liter air kosong sehari sebagai rutin harian. Ikuti jadual yang disyorkan dalam infografik ini dan capai sasaran 8 gelas/ 2 liter dengan lebih mudah! πŸ’™

✨ Mulakan hari dengan segelas air kosong.
✨ Minum secara konsisten sepanjang hari.
✨ Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan. Ayuh, sahut cabaran dan kekal sihat bersama! πŸ’¦






πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰βœ… CHECK POINT 1πŸ“ Lokasi: Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, TumpatJom...
13/08/2026

πŸŽ‰ [SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA] πŸŽ‰
βœ… CHECK POINT 1
πŸ“ Lokasi: Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, Tumpat

Jom hidup sihat dan sejahtera! 🌟

Alah manisnyaaaa senyuman adik2 periang SK Padang Pohon Tanjung, Tumpat 😍

Sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePILI 2026 Peringkat Negeri Kelantan kini kembali! Bersama-sama anak-anak kecil ini kita membudayakan gaya hidup sihat demi mengukuhkan imuniti badan serta kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

πŸ“… Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)

"Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan."

Jelajah Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePILI 2026 Peringkat Negeri Kelantan kini bermula! 🌟Mari bersama-sama...
13/08/2026

Jelajah Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera @ HePILI 2026 Peringkat Negeri Kelantan kini bermula! 🌟

Mari bersama-sama membudayakan gaya hidup sihat demi mengukuhkan imuniti badan serta kesejahteraan komuniti kita. Semak tarikh dan lokasi persinggahan di sekolah anda:

πŸ“ Jadual Siri Jelajah:

πŸ“… 13 Ogos 2026: SK Padang Pohon Tanjung (Tumpat)

πŸ“… 26 Ogos 2026: SK Beris Lalang (Bachok)

πŸ“… 08 Sept 2026: SMJKC Chung Cheng (Kota Bharu)

πŸ“… 09 Sept 2026: SMK Rantau Panjang (Pasir Mas)

πŸ“… 10 Sept 2026: SK Bukit Jawa 2 (Pasir Puteh)

πŸ“… 14 Sept 2026: SK Sultan Yahya Petra 1 (Kuala Krai)

πŸ“… 15 Sept 2026: SK Pangkal Jenereh (Machang)

πŸ“… 22 Sept 2026: SK Chiku 1 (Gua Musang)

πŸ“… 23 Sept 2026: SMK Ayer Lanas (Jeli)

πŸ“… 24 Sept 2026: SK Tanah Merah 1 (Tanah Merah)

"Budayakan Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan."
Let’s Go Semarakkan di Sekolah- Sekolah Kita πŸ”₯✨

23/07/2026

Address

Cawangan Pendidikan KesihatanJabatan Kesihatan Negeri KelantanLot 3173, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hepili Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share