Ameerah Kijang

Ameerah Kijang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ameerah Kijang, Social service, Kota Bharu.

اللهم ارزقنا الإستقامة والإخلاص في الدين والطاعة والجهاد في سبيل الله.
05/09/2026

اللهم ارزقنا الإستقامة والإخلاص في الدين والطاعة والجهاد في سبيل الله.

YB DATO ZAILAH : TOKOH KEBANGGAAN MUSLIMAT

Ameerah Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap Ketua Muslimat PAS Negeri Kelantan atas penganugerahan Tokoh Istiqamah Rakyat (Ikon Rakyat) dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-72 tengahari ini.

YB Dato Zailah yang dikenali dengan panggilan Kak Lah merupakan antara tokoh srikandi perjuangan PAS yang telah lama berkhidmat kepada parti dan masyarakat.

Antara jawatan yang pernah dijawat :

1. Ahli Dewan Negara (selama 6 tahun)
2. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
3. Ahli Parlimen Rantau Panjang sejak tahun 2008 sehingga kini.
4. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022).
5. Pengerusi Khidmat Malaysia Pusat (2021 –2023).

Ameerah Kelantan mendoakan agar YB Dato Hajah Zailah sentiasa diberikan kekuatan dalam menempuhi cabaran dan dugaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai pemimpin wanita dalam arena politik negara.



30/08/2026

Wahai Malaysia ku, sudah 69 tahun engkau merdeka. 69 tahun yang lalu, perjalanan yang penuh air mata, kesusahan serta pengorbanan. Hari ini, anak-anak berlari riang, pagi ke sekolah petang bermain di padang.

Selamat Hari Merdeka ke-69. Semoga keamanan ini terus diperlihara dan diperjuangkan oleh setiap generasi. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

drizani.com

27/08/2026

📣🌈 SEMPENA CUTI SEKOLAH, JOM BAWA ANAK KE HARI KANAK-KANAK! 🎉👧🏻👦🏻

🎈 Cuti sekolah dah tiba! Apa kata bawa anak-anak sertai Sambutan Hari Kanak-Kanak Parlimen Pengkalan Chepa yang penuh dengan aktiviti menarik, ceria dan menyeronokkan! 🥳🎊

📅 2 September 2026 (Rabu)
⏰ 8.30 pagi - 1.00 petang
📍 Tapak Ekspo Keusahawanan & Jualan PMBI 2026, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa
https://share.google/OsMfJrvGOxU8zFpR1

🎨 Antara aktiviti menarik:
🖍️ Pertandingan Mewarna
👨🏻‍🍳 Pertandingan Little Chef Cilik – Hiasan Kek
🧠 Pertandingan Kuiz Cilik
🇲🇾 Pertandingan Pakaian Kemerdekaan
📰 Pertandingan Newspaper Outfit – Family

Ada yang lebih menarik lagi 😃
🎁 Cabutan Bertuah – Hadiah Utama Basikal! 🚲✨
🎠 Soopa Doopa untuk anak-anak!
🎟️ Percuma kupon pembelian & doorgift!🎁

👨‍👩‍👧‍👦 Jom luangkan masa bersama anak-anak sempena cuti sekolah! Biar cuti mereka diisi dengan pengalaman yang menyeronokkan, aktiviti kreatif dan kenangan manis bersama keluarga.💕🌈

📲 Scan QR atau tekan link untuk pendaftaran! 👇🏻
https://lejumo.com/gog

🌟 Semua dijemput hadir!
Jangan lupa ajak kawan-kawan, jiran tetangga dan keluarga. 🥰

🎉 Jumpa di sana! 🎉

06/08/2026

Ameerah Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, atas pengiktirafan sebagai Tokoh Sayyidatina Khadijah Khuwailid Kategori Kepimpinan sempena Hari Sayyidatina Khadijah 2026.

Pengiktirafan yang penuh bermakna ini amat bertepatan dengan ketokohan, dedikasi dan sumbangan besar YB Dato' Hajah Mumtaz dalam medan dakwah, politik serta pembangunan ummah, khususnya dalam memperkasa kepimpinan muslimat.

Buat seluruh saf kepimpinan dan ahli Ameerah Negeri Kelantan, YB Dato' Hajah Mumtaz bukan sekadar seorang pemimpin, bahkan merupakan sosok bonda dalam perjuangan yang sentiasa membimbing, menyantuni dan menjadi sumber inspirasi kepada generasi wanita muda.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat serta contoh teladan kepada seluruh kepimpinan wanita muda di peringkat negeri mahupun nasional untuk terus melangkah dengan ilmu, hikmah dan istiqamah dalam membawa agenda Islam.

Kami mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan YB Dato' Hajah Mumtaz kesihatan yang baik, kekuatan yang berpanjangan serta mempermudahkan segala urusan dalam meneruskan khidmat dan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Tahniah dan syabas,
YB Dato' Hajah Mumtaz !



Haa pakak2 daftar selaluh 📢📢Kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera Dun Kijang - percumoo jahh..terhad kepado 60 pelajar terawal!...
03/08/2026

Haa pakak2 daftar selaluh 📢📢

Kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera Dun Kijang - percumoo jahh..terhad kepado 60 pelajar terawal!

https://www.facebook.com/share/p/1BqnU2n4Mt/?mibextid=wwXIfr

Istimewa untuk anak-anak DUN Kijang yang bakal menduduki SPM 2026. Kelas Tuisyen Rakyat Sejahtera DUN Kijang kembali dibuka.

Kelas tuisyen dengan yuran percuma dan tenaga pengajar terdiri daripada guru cemerlang dan pemeriksa kertas SPM. Tempat adalah terhad kepada 60 pelajar terawal sahaja.

Jika berminat, bolehlah imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran atau hubungi nombor yang disediakan. Sebarkan.

drizani.com

22/07/2026
Alhamdulillah, dalam kesibukan masing-masing masih sempat untuk teruskan usrah bulanan di pondok masjid pada pagi Jumaat...
24/04/2026

Alhamdulillah, dalam kesibukan masing-masing masih sempat untuk teruskan usrah bulanan di pondok masjid pada pagi Jumaat tadi.

Tak ramai tapi tetap ada bagi memenuhi tuntutan berjemaah. Usrah ini tidak sekadar ikut silibus usrah semata tetapi kita juga sempat bersembang dan berbincang tentang isu-isu semasa di dalam negara dan luar negara.

Address

Kota Bharu
15350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kijang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category