Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

05/09/2026

KAT@KPM: PISA 2025
Kita Ambil Tahu đź’ˇ

Bagaimanakah PISA Dilaksanakan di Malaysia?

PISA dilaksanakan secara terancang, sistematik dan mengikut piawaian OECD, merangkumi proses penyelarasan, persediaan, pelaksanaan, penyertaan murid serta pemantauan kualiti bagi memastikan data yang diperoleh sahih dan berkualiti.

Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”







05/09/2026
03/09/2026
03/09/2026
ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL WARGA KPMMedia sosial merupakan platform yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklum...
03/09/2026

ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL WARGA KPM

Media sosial merupakan platform yang sangat berpengaruh dalam menyampaikan maklumat, membina jaringan dan berkomunikasi. Namun, setiap perkongsian perlu dibuat dengan beretika, bertanggungjawab dan berintegriti.

📌 SPI KPM Bil. 11 Tahun 2023 – Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial KPM menekankan kepentingan:

âś… Menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi
âś… Menggunakan bahasa yang sopan dan profesional
âś… Menjaga kerahsiaan maklumat rasmi dan data peribadi
âś… Menghormati hak, maruah dan sensitiviti orang lain
âś… Mengelakkan fitnah, provokasi, berita palsu dan kandungan yang menyalahi peraturan
âś… Memelihara imej serta reputasi Kementerian Pendidikan Malaysia

💡 Ingat sebelum klik “POST” atau “SHARE”:
FIKIR → SEMAK → SAH → JAGA → KONGSI
Marilah kita bersama-sama membudayakan penggunaan media sosial yang beretika, bertanggungjawab dan berintegriti demi menjaga maruah diri, organisasi dan perkhidmatan awam.









03/09/2026

Kerajaan akan meningkatkan peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah sebanyak 50 peratus daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion pada 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata peruntukan tambahan itu akan meliputi semua aliran sekolah keutamaan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta pendidikan khas.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2600914

02/09/2026

Don't miss another game! Huddle+ AI automated camera live streams a...

02/09/2026

Ada perkara yang tidak boleh diajar hanya melalui buku teks. Tentang rasa. Tentang empati. Tentang memahami manusia dan kehidupan.

Sebab itu seni juga punya tempat yang penting dalam pendidikan. Seni mengajar anak-anak kita melihat dunia bukan hanya dengan mata tetapi dengan jiwa.

Hari ini saya menerima kunjungan Datin Hajah Marlia Musa bersama pasukan yang berkongsi tentang Teater Musikal Mansur & Liu, arahan Dato’ Dr. M. Nasir yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.

Datin Hajah Marlia Musa juga seorang pendidik. Jadi banyak yang kami bualkan bukan sekadar tentang teater tetapi tentang anak-anak. Tentang pengalaman beliau mengajar, cabaran mendidik generasi hari ini dan bagaimana seni boleh menjadi ruang untuk membina karakter mereka.

Kerana pendidikan bukan hanya tentang apa yang anak-anak tahu. Tetapi juga tentang apa yang mereka rasa, hargai dan akhirnya menjadi.

Jadi anak-anak S S e M K L - Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur , bersedia ya. Mansur & Liu nanti saya belanja. Kita pergi tengok sama-sama! ❤️

Kalian selalu menghasilkan seni untuk orang lain nikmati. Kali ini, duduk di kerusi penonton p**a. Biar kalian yang terinspirasi.

Address

Bandar Baru Tunjong
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 04:00
Sunday 07:30 - 05:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share