Istana Kelantan

Istana Kelantan Facebook rasmi Istana Kelantan untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti KDYMM Sultan Kelantan dan keluarga D'Raja Kelantan.

Assalamualaikum w.b.t.Dukacita dimaklumkan bahawa YBM Dato’ Hjh. Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra telah ...
17/08/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Dukacita dimaklumkan bahawa YBM Dato’ Hjh. Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat pada jam 6.10 pagi tadi.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mendapat keampunan dan rahmat-Nya.

Al-Fatihah.

KOTA BHARU | 12 Muharam 1448H | 28 Jun 2026 | Ahad | 9.00 malamYTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN DAN YMM RAJA PEREMPUAN TENGKU...
06/07/2026

KOTA BHARU | 12 Muharam 1448H | 28 Jun 2026 | Ahad | 9.00 malam

YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN DAN YMM RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA PERKAHWINAN NIK ALYA AISYA SAPEIA BINTI DATO’ HAJI NIK RAISNAN DAN TENGKU AHMAD FARHAN PUTRA BIN DATO’ CAPT. TENGKU AHMAD FARIZANUDEAN

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena perkahwinan Nik Alya Aisya Sapeia binti Dato’ Haji Nik Raisnan dengan Tengku Ahmad Farhan Putra bin Dato’ Capt. Tengku Ahmad Farizanudean yang berlangsung di Renai Hotel, Kota Bharu.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku disambut oleh YM Dato’ Capt. Tengku Ahmad Farizanudean dan YBhg. Datin.

Turut sama berangkat ialah YAM Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson, YBM Tengku Temenggong Kelantan, YM Tengku Puan Temenggong Kelantan serta kerabat-kerabat D’Raja Kelantan.

Turut hadir ialah YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan YABhg. Datin Panglima Perang, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, barisan pimpinan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta dif-dif jemputan.

Majlis dimulakan dengan sesi menghadap pasangan pengantin kehadapan YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis, diikuti dengan sesi bergambar.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan moden.



“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

📸 MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

KUALA LUMPUR | 12 Muharram 1448H | 28 Jun 2026 | Ahad | 5.30 PetangYTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERANGKAT KE MAJ...
06/07/2026

KUALA LUMPUR | 12 Muharram 1448H | 28 Jun 2026 | Ahad | 5.30 Petang

YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PENYARUNGAN VEST AHLI KEHORMAT D’RAJA WINGS MOTOR GANG SOCIETY (WMGS)

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, hari ini berkenan menerima menghadap delegasi Wings Motor Gang Society (WMGS) ASEAN di Istana Kota Lama, Kota Bharu.

Majlis tersebut dihadiri oleh:
● YBhg. Dato’ Ahmad Azhar bin Othman, President WMGS ASEAN;
● YBhg. Datuk Eddy Amir bin Salim, Founder WMGS ASEAN;
● YBrs. Syed Kamaruzaman Syed Mahmood, Vice President WMGS ASEAN;
● YBrs. Muhamad Razif bin Abdul Rashid, State Leader Kuala Lumpur / Media WMGS ASEAN;
● YBrs. Abu Bakar bin Md Isa, Captain at Arms (CAA) WMGS ASEAN;
● YBrs. Mohd Shahrul Amin bin Solah, State Leader Kelantan;
● YBrs. Shamsulbadri bin Samsudin, State Right Man Kelantan;
● YBrs. Afandi bin Mat, State Left Man Kelantan;
● YBrs. Nik Mohamed Azleeman bin Nik Yahya, State Secretary Kelantan; dan
● YBrs. Mohd Kairul Nasri bin Mohd Zain, State Treasurer.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Pegawai Istiadat serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Sultan Kelantan.

Majlis penyarungan Vest Ahli Kehormat D’Raja kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Azhar bin Othman, President WMGS ASEAN.

Dalam majlis yang sama, YTM Tuanku turut berkenan menerima pelantikan sebagai Penaung D’Raja Wings Motor Gang Society (WMGS) Negeri Kelantan.

————————

“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

📸 MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

KUALA LUMPUR | 06 Muharram 1448H bersamaan 22 Jun 2026 | Isnin | 9.30 PagiYANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA  KELANTAN BE...
06/07/2026

KUALA LUMPUR | 06 Muharram 1448H bersamaan 22 Jun 2026 | Isnin | 9.30 Pagi

YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PENAUNG JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH (JAKPAW) NEGERI KELANTAN

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra telah berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kelantan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Menyambut keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tuanku adalah YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat dan Pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.

Majlis pemakaian pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada Yang Teramat Mulia Tuanku telah di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat.



“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

📸 MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Sultanah Kelantan sempena...
25/02/2026

MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH kehadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Sultanah Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 25 Februari 2026 bersamaan 7 Ramadan 1447H.

Semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagian, ketenangan, keimanan dan akan terus menyinari dan membawa keceriaan buat seluruh Negeri Kelantan.

ALLAH S.W.T MELANJUTKAN USIA DYMM SULTANAH KELANTAN #

KOTA BHARU | 26 Syaaban 1447H14 Februari 2026 | Jumaat | 10:30 MalamKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V DAN D...
22/02/2026

KOTA BHARU | 26 Syaaban 1447H
14 Februari 2026 | Jumaat | 10:30 Malam

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V DAN DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN BERKENAN BERANGKAT KE PROGRAM WALK WITH ME TAHUN 2026

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkenan berangkat mencemar duli ke Program Walk With Me — “In The Memory Of Dato’ Ky” bersama rakyat jelata.

Turut berangkat ke program tersebut ialah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

KDYMM Sultan Muhammad V berkenan mengampuni perkenan untuk menekan suis pelancaran gimik, menyaksikan sebanyak 350 buah dron dinaikkan dengan persembahan pelbagai formasi visual yang dipertontonkan kepada hadirin, sebelum berangkat berjalan kaki bersama rakyat jelata sejauh kira-kira 3.2 kilometer.

Turut sama hadir:

• YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan dan YABhg Datin Panglima Perang
• ⁠YBM Tengku Laksamana Kelantan dan YAM Tengku Puan Laksamana Kelantan
• YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YBhg Datin
• YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan
• Kerabat-kerabat Diraja Kelantan
• Barisan Pimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan



“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

📸 Media Pejabat Sultan Kelantan

BACHOK | 20 Jamadil Awal 1447H bersamaan 10 November 2025 | Isnin | 03.00 PetangYTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BER...
16/11/2025

BACHOK | 20 Jamadil Awal 1447H bersamaan 10 November 2025 | Isnin | 03.00 Petang

YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERKENAN BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UMK.

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan merangkap Pro - Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UMK Ke -15 tahun 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.

Seramai 2,968 Graduan UMK menerima Ijazah pada istiadat kali ini.

Turut hadir mengiringi adalah YAB Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan YABhg Datin Panglima Perang.

Hadir sama:
• YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan
• YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
• YBhg Dato’ Prof. Dr. Hassan Basri bin Awang Mat, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK
• YBhg Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK
• YDH CP Dato’ Ketua Polis Kelantan
• Kerabat-kerabat D’Raja Kelantan
• Ketua- Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
• YABrs Ketua Jajahan Bachok,



“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DI DUNIA DAN AKHIRAT”

📸 MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Istana Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Istana Kelantan:

Shortcuts

Share