25/11/2025
ππππππππ ππππππ ππππππ (πππ) πππ πππππππππ πππ πππππππππ π πππ
KOTA BHARU, 30 Oktober 2025: Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) telah melaksanakan Eksesais Satria Berani (CPX) bermula pada 26 hingga 30 Oktober 2025 bertempat di Dewan Kem Desa Pahlawan, melibatkan seramai 42 pegawai dan 127 anggota LLP.
Majlis perasmian pembukaan eksesais telah disempurnakanoleh Lt Kol Mohd Zulhadi bin Zulkifli, Pegawai Memerintah5 RRD. Dalam majlis tersebut, Acara Pemakaian Toha turut dilaksanakan kepada wakil HICON Sel Gerak 8 Bgd, Ketua Pelaku Biru (5 RRD), Ketua Pelaku Merah (16 RAMD) serta Tim Wasit (Rej 512 (AW)).
Eksesais ini berkonsepkan Command Post Exercise (CPX) dan menggunakan Terrain Board, bertujuan menguji tahap pemahaman pemerintah dan staf dalam aspek perancangan, pengurusan serta membuat keputusan bagi sesuatu operasi atau latihan akan datang.
Selain itu, latihan ini turut menilai taktik, teknik dan prosedur(TTP) di setiap peringkat pemerintahan berdasarkan doktrin semasa, serta menguji keupayaan pasukan dalam FasaDefensif. Melalui pelaksanaan latihan seperti ini, keupayaan pasukan dalam aspek perintah dan kawalan, pengurusan logistik serta daya tempur dapat diperkukuh bagi memastikan kesiagaan sentiasa berada pada tahap optimum.
Eksesais ini turut melibatkan penyertaan wakil daripada Tim FAC/SME daripada unit KAD, RAD dan RAJD yang memainkan peranan penting dalam menjayakan keseluruhan latihan.
Majlis penutupan eksesais telah disempurnakan oleh Briged Jeneral Hj Mohamad Nizam bin Hj Abdul Manap, Panglima 8 Briged. Acara menanggalkan toha turut dilaksanakan kepada semua yang terlibat, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang eksesais dijalankan. Beliau turut menegaskan bahawa latihan seperti ini amat penting bagi memastikan setiap lapisan pemerintah dan staf sentiasa bersedia serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dalam situasi sebenar operasi.
π§β¬π§