Felcra Berhad Negeri Kelantan

Felcra Berhad Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Felcra Berhad Negeri Kelantan, Government Organization, FELCRA Berhad Negeri Kelantan, Lot 3974, Jalan Cabang 3 Pendek, Kampung Padang Layang Pendek, Kota Bharu.

01/09/2026

๐ŸŽ‰Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Korporat FELCRA Berhad Ke-29! ๐Ÿ’™โค๏ธ๐ŸŽ‰

29 tahun melakar perjalanan, membina kejayaan dan memperkasa kehidupan.

Semoga FELCRA Berhad terus cemerlang, kukuh dan berdaya saing, melangkah bersama menuju masa depan yang lebih gemilang.

Bersama Melangkah, Terus Gemilang! โœจ

Felcra Berhad

01/09/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA WARIS PESERTA FELCRA BERHAD

Waris-waris peserta FELCRA Berhad disarankan untuk membuat semakan status peserta bagi memastikan urusan tuntutan Keuntungan Belum Agih (KBA) dapat dilaksanakan dengan teratur.

Sekiranya peserta telah meninggal dunia dan masih mempunyai Keuntungan Belum Agih, waris yang berkenaan dimohon untuk menghubungi Pejabat FELCRA Berhad yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai status peserta serta tatacara tuntutan.

โœ… Semak status peserta
โœ… Kenal pasti Keuntungan Belum Agih
โœ… Lengkapkan urusan tuntutan oleh waris yang berhak

Kerjasama waris amat penting bagi memastikan manfaat yang masih belum dituntut dapat disalurkan kepada pihak yang berhak.

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat FELCRA Berhad yang berkaitan.

Jangan biarkan hak yang belum dituntut terus tertangguh. Semak dan ambil tindakan.

01/09/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN PENGKORPORATAN FELCRA BERHAD KE-29 ๐ŸŽ‰

1 September 2026

Hari ini menandakan 29 tahun perjalanan FELCRA Berhad sebagai sebuah entiti korporat, sejak pengkorporatannya pada 1 September 1997.

Sepanjang perjalanan ini, FELCRA Berhad terus menggalas amanah dalam memperkasa pembangunan tanah, meningkatkan taraf sosioekonomi peserta serta menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian dan agromakanan negara.

Dengan pengalaman, kekuatan warga kerja dan sokongan seluruh warga FELCRA, kita akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk memperkukuh organisasi, mencipta nilai serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh peserta dan masyarakat.

29 Tahun Pengkorporatan โ€” Memperkasa Legasi, Meneruskan Aspirasi.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29 kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Warga Kerja, Peserta dan Pesara FELCRA Berhad.

Semoga FELCRA Berhad terus maju, berdaya saing dan kekal teguh dalam membawa amanah pembangunan demi kesejahteraan bersama.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29! ๐Ÿ’œ

Nota : Figura Tun Abdul Razak bin Hussein telah dilakonkan semula oleh Encik Anas Hamdan




01/09/2026
01/09/2026

๐Ÿ“ก SIARAN LANGSUNG | MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN SEPTEMBER KKDW TAHUN 2026

Saksikan secara LIVE menerusi Facebook dan YouTube Majlis Perhimpunan Bulan September Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 yang akan disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

๐Ÿ“… 1 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Dewan Seri Lestari, Aras B1, KKDW
๐Ÿ”ด LIVE di Facebook & YouTube

FELCRA Berhad berbesar hati menjadi penganjur majlis ini dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Ayuh bersama-sama mengikuti amanat dan perkongsian YAB Timbalan Perdana Menteri dalam memperkukuh agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat desa.

Jangan lupa saksikan siaran langsung di Facebook dan YouTube!

30/08/2026

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah yang perlu dipelihara.

Marilah kita terus berdiri teguh sebagai satu bangsa, menjaga perpaduan, menghormati kepelbagaian dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih gemilang.

Dari sejarah kita belajar, dengan perpaduan kita melangkah ke hadapan.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Felcra Berhad

30/08/2026

Warga Kerja FELCRA Berhad Negeri Kelantan mengucapkan

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
YBhg. Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub
Pengerusi FELCRA Berhad

Ahmad Jazlan Yaakub
Felcra Berhad

30/08/2026

Selamat Hari Lahir kepada YBhg. Datoโ€™ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad, sempena ulang tahun kelahiran pada 30 Ogos. ๐ŸŽ‰

Semoga YBhg. Datoโ€™ Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, keberkatan serta kejayaan yang berterusan dalam menerajui FELCRA Berhad ke arah kecemerlangan dan kemajuan yang lebih gemilang.

Semoga kepimpinan, pengalaman dan komitmen YBhg. Datoโ€™ Sri terus menjadi inspirasi dalam memperkasa organisasi serta membawa manfaat dan kesejahteraan kepada seluruh warga dan peserta FELCRA.

Selamat Hari Lahir, YBhg. Datoโ€™ Sri.
Semoga terus sukses dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengurusan Tertinggi,
Warga Kerja, Peserta & Pesara FELCRA Berhad.

Address

FELCRA Berhad Negeri Kelantan, Lot 3974, Jalan Cabang 3 Pendek, Kampung Padang Layang Pendek
Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share