08/12/2025
𝐏𝐮𝐚𝐝 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐁𝐍, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐬𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐀𝐏 𝐭𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐍
Dalam ucapan Presiden MCA Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong semasa Mesyuarat Agung Tahunan MCA semalam, beliau menegaskan bahawa MCA tidak akan bekerjasama dengan DAP. Ini susulan maklum balas yang diterima pucuk kepimpinan parti daripada akar umbi seluruh negara.
Ini bukan bermakna MCA mengkhianati rakan seperjuangan di dalam Barisan Nasional (BN), sebaliknya, MCA mahu mengekalkan dan memperkukuhkan semangat utuh antara komponen yang telah wujud sejak sekian lama.
Sepertimana yang diulas Presiden MCA semalam, kerjasama dengan DAP hanya memudaratkan BN kerana pendirian dan hala tuju, serta pendekatan kesederhanaan BN yang berbeza dengan sikap ekstremisme DAP yang s**a menghasut dan memecah belahkan rakyat majmuk di Malaysia.
Di sini, saya juga ingin mengingatkan Puad Zarkashi mengenai semua kritikan yang dilemparkan DAP terhadap parti UMNO sendiri sebelum ini antaranya, kluster mahkamah, korup, diktator, Taliban dan sebagainya. Oleh itu, sangat hairan mengapa wujud segelintir pemimpin UMNO seperti Puad yang dilihat seakan lebih rela bersama DAP berbanding MCA, iaitu sahabat sejati sejak zaman menuntut kemerdekaan negara lagi.
Tambahan lagi, keputusan PRU Sabah telah membuktikan bahawa kerjasama dengan PH tidak akan membawa manfaat kepada BN, kerana BN juga akan terheret dengan segala kontroversi yang membabitkan PH terutama DAP.
Semua janji kosong, semua dasar kontroversi seperti RUU PSB, semua tindakan yang melanggar kebebasan bersuara dan media , BN akan turut dipersalahkan walaupun kita lantang membantahnya.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan Puad Zarkashi bahawa beliau bukanlah Pengerusi BN dan beliau tidak layak membuat keputusan bagi pihak UMNO dan BN.
Pada masa sama, saya juga meminta Puad untuk renung sejenak mengenai kerjasama BN-PH ini. Apa jenis kawan politik yang akan bertanding di kerusi yang sama dengan BN? Sekejap kawan, sekejap musuh. Adakah ini benar-benar hala tuju yang terbaik untuk BN?
𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐞𝐞 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐘𝐨𝐧𝐠
𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐌𝐂𝐀
𝟖 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
#马华公会