Perbadanan Bandar Baru Tunjong

Perbadanan Bandar Baru Tunjong Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan melalui Enakmen No. 3 Tahun 2006 sebagai Pihak Berkuasa Utama Pembangunan Bandar Baru Tunjong

23/02/2026
13/01/2026
01/01/2026

2026: MEMACU KELANTAN KE ARAH HAYATAN TOYYIBAH

Firman Allah SWT:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿٩٧﴾
Maksudnya : “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Nahl: 97)

Membuka lembaran baharu 2026 pada hari ini dengan penuh kesyukuran merupakan manifestasi keazaman untuk memperkukuh iltizam dan tekad demi membangunkan serta memajukan negeri Kelantan yang kita cintai. Langkah yang diatur semestinya perlu melalui proses koreksi secara menyeluruh khususnya dalam aspek perancangan pentadbiran dan pembangunan negeri bagi mencapai hala tuju yang telah digariskan.

Pentadbiran Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) bagi tahun 2026 perlu dipacu dengan lebih agresif dan berstrategik, berpandukan Hala Tuju Portfolio Kerajaan Negeri Kelantan 2024-2028. Dalam hal ini, konteks pelaksanaan serta penyelarasannya perlu diperkemaskan agar inisiatif kerajaan benar-benar memberi manfaat dan membawa kesejahteraan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Di samping itu, agenda pengukuhan PMBI sama ada dalam aspek pembangunan infrastruktur, sosial, pendidikan mahu pun ekonomi, hendaklah digarap secara bersama dengan memastikan dasar-dasar pentadbiran kerajaan negeri dilaksanakan sebaik-baiknya bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri. Tambahan p**a, menyedari cabaran kehidupan lebih-lebih di zaman kepantasan teknologi, saranan agar kembali kepada penyelesaian Islam secara menyeluruh merupakan formula yang efektif dan sentiasa segar pada setiap peredaran zaman, hendaklah disesuaikan dalam setiap agenda bertindak.

Justeru, Kelantan terus komited serta optimis dengan dasar Membangun Bersama Islam dalam mengemudi bahtera pentadbiran kerajaan negeri yang sudah terbukti keberhasilannya. Marilah kita rapatkan saf untuk mengukuhkan kesatuan ummah dan setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.

Mudah-mudahan tahun 2026 membawa nafas yang semakin segar bagi merealisasikan ‘hayatan toyyibah’ atau kehidupan yang baik sama ada kehidupan di dunia mahu pun di akhirat. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negeri Serambi Mekah ini terus dikurniakan keberkatan, keamanan dan kemakmuran.

Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin bin Hj. Daud,
Menteri Besar Kelantan

11 Rejab 1447H bersamaan 1 Januari 2026M (Khamis)

01/01/2026
𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔...
29/09/2025

𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐕 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟓𝟔

"𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆, 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔, 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐓, 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓"

"𝐒𝐄𝐌𝐎𝐆𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓"

25/09/2025
Majlis Penyerahan cek pelaburan dalam aktiviti perniagaan Ar-Rahn Pemodalan Kelantan Berhad (PKB) syarikat milik penuh P...
27/08/2025

Majlis Penyerahan cek pelaburan dalam aktiviti perniagaan Ar-Rahn Pemodalan Kelantan Berhad (PKB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM 2 Juta. Penyerahan ini disempurnakan oleh Pengurus Besar PBBT, En. Mohd Sabilly Bin Mohd Ramli kepada Pengurus Besar PKB, En. Hassan Syukri Bin Hussein dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an PKINK , YBhg. Dato Sr Haji Zamri Bin Haji Ismail bertempat di PKINK pada 26 Ogos, 2025.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS TUAN Kami warga Perbadanan Bandar Baru Tunjong mengalu-alukan kehadiran YAB...
04/06/2025

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS TUAN

Kami warga Perbadanan Bandar Baru Tunjong mengalu-alukan kehadiran YABrs. Encik Mohd Sabilly Bin Mohd Ramli@Annuar sebagai Pengurus Besar yang baharu.

Semoga dengan kehadiran Tuan pembangunan Bandar Baru Tunjong akan terus maju dan membangun.

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERIMA KASIH Kami warga Perbadanan merakamkan ucapan sekalung Penghargaan dan Terima Kasih buat Pe...
04/06/2025

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERIMA KASIH

Kami warga Perbadanan merakamkan ucapan sekalung Penghargaan dan Terima Kasih buat Pengurus Besar YABrs. Tuan Haji Mohamad Bin Othman atas segala jasa dan bakti beliau sepanjang berada di PBBT.

Kami di PBBT mendoakan agar Tuan terus maju dan cemerlang di Jabatan baru.

Terima Kasih buat Tuan Haji Mohamad Bin Othman

Tahniah dan Selamat Bertugas Yang Berhormat Dato' Rosnazli Bin Haji Amin sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelant...
10/03/2025

Tahniah dan Selamat Bertugas Yang Berhormat Dato' Rosnazli Bin Haji Amin sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tahniah dan Selamat Bertugas Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku F...
10/03/2025

Tahniah dan Selamat Bertugas Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ke 19.

Semoga dapat meneruskan pentadbiran negeri dengan kukuh dan mantap dan meningkatkan kecekapan tadbir urus negeri.

Address

PT 1422 & 1423, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
16010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Bandar Baru Tunjong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share