24/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ธ
Pada 4 Julai 2026, satu perlawanan persahabatan badminton dan kunjungan balas telah diadakan bersama dengan Mahkamah Negeri Kedah yang disertai juga oleh YA Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas, Hakim Mahkamah Tinggi Kangar Perlis yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebelum ini dan YA Dato' Mohd Aimi Zaini bin Mohd Azhar, Hakim Mahkamah Tinggi Alor Star Kedah.
Perlawanan diadakan di Dewan Badminton SUK Negeri Kelantan. Atlet sukan badminton Mahkamah telah mendapat suntikan semangat yang tinggi apabila perlawanan ini juga disertai oleh YA Tuan Mohd Rosli bin Yusoff, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu (2) dan YBrs. Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan.
Sesungguhnya komitmen YA-YA dan semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam program ini adalah amat dihargai. Semoga program ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang bersama dengan warga kerja Mahkamah-Mahkamah yang lain juga.
Bersatu kita beraksi, bersama kita berjaya! InshaaAllah.