Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor Facebook Rasmi Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.Ikhlas daripadaJurutulis Dewan Negeri JohorSerta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jur...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.

Ikhlas daripada

Jurutulis Dewan Negeri Johor
Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jurutulis
Dewan Negeri Johor




Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) bagi Penggal ...
28/08/2026

Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 yang melibatkan urusan memilih Speaker, mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri serta memilih Timbalan Speaker telah selesai dilangsungkan dengan lancar di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada pagi khamis, 27 Ogos 2026 lalu.

Dalam mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Datoโ€™ Zahari bin Sarip, Ahli Dewan Negeri Kawasan Buloh Kasap, telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Johor Ke-16.

Manakala, Yang Berhormat Datuk Samsolbari bin Jamali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Semarang, telah dilantik semula sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor bagi penggal persidangan ini.
Istiadat mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor telah dimulakan oleh Yang Amat Berhormat Datoโ€™ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dan diikuti oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Timbalan-Timbalan Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Kerajaan Negeri sebelum diteruskan oleh kesemua Ahli Dewan Negeri Johor.

Selesai persidangan, Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Johor turut mengadakan lawatan ke Pejabat Speaker Dewan Negeri Johor dan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor bagi meninjau serta meneliti keperluan dan kemudahan di kedua-dua pejabat berkenaan.

Semoga Dewan Negeri Johor Ke-16 terus menjadi wadah yang kukuh dalam memperkasakan amalan demokrasi, memperjuangkan kepentingan rakyat serta memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan Negeri Johor terus diberi keutamaan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua Ahli Dewan Negeri Johor.




24/08/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ”

Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri dan Memilih Timbalan Speaker) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-16 akan berlangsung pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Mesyuarat ini merupakan detik penting dalam perjalanan Dewan Negeri Johor Ke-16, khususnya dalam melengkapkan struktur kepimpinan Dewan serta menyempurnakan proses mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri yang baharu.

Pelaksanaan mesyuarat ini menjadi asas kepada perjalanan Persidangan Dewan Negeri Johor dalam melaksanakan fungsi perundangan, membahaskan perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat serta memastikan urusan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan tertib, telus dan berlandaskan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Bersama-sama kita mendoakan kelancaran perjalanan persidangan ini demi kesejahteraan Bangsa Johor.




24/08/2026
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448HIkhlas daripadaJurutulis Dewan Negeri Johor Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Ju...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H

Ikhlas daripada
Jurutulis Dewan Negeri Johor
Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor





๐‘๐š๐ฉ๐ญ๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ”Sesi Raptai penuh Mesyuarat Pertama (Memili...
24/08/2026

๐‘๐š๐ฉ๐ญ๐š๐ข ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ”

Sesi Raptai penuh Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor dan Memilih Timbalan Speaker) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-16 telah diadakan pada hari ini di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Raptai telah dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri yang telah dipilih melalui Pilihan Raya Negeri ke 16 dan disertai oleh Jurutulis Dewan Negeri Johor dan kakitangan Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor.

Sesi raptai ini merupakan sebahagian daripada persediaan menyeluruh bagi memastikan setiap tatacara, susunan perjalanan mesyuarat, aspek teknikal, audio, fasiliti serta pergerakan semua pihak dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar pada persidangan sebenar.

Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri serta semua pihak yang terlibat mencerminkan kesungguhan bersama dalam memastikan kelancaran perjalanan Persidangan Dewan Negeri Johor Ke-16.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan menjadi asas kepada perjalanan persidangan yang teratur, lancar dan sempurna.




Sesi Pra Raptai bagi Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor dan Memilih Timb...
19/08/2026

Sesi Pra Raptai bagi Mesyuarat Pertama (Memilih Speaker, Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor dan Memilih Timbalan Speaker) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor ke-16 telah diadakan di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 18 Ogos 2026, jam 9.30 pagi sebagai persediaan awal bagi memastikan kelancaran perjalanan raptai sebenar Persidangan Dewan Negeri Johor yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Sesi ini disertai oleh Encik Mustafa Kamal bin Abdullah, Jurutulis Dewan Negeri Johor, Encik Muhammad Syahfiq Nizam bin Zulkipli, Penolong Jurutulis II serta warga kerja Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor.

Turut hadir di sesi pra raptai ini ialah pihak Cahaya Jauhar dan UEM Edgenta.

Kerjasama padu dan komitmen tinggi semua pihak jelas menunjukkan kesungguhan dalam memastikan penyusunan agenda, aspek teknikal, audio dan fasiliti berada pada tahap terbaik menjelang sesi sebenar Persidangan Dewan Negeri Johor akan datang.




๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™†๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™…๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™Š๐™Ž๐™Š๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™„๐™‹๐™€๐™…๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ ๐™…๐™๐™๐™๐™๐™๐™‡๐™„๐™Ž ๐˜ฟ๐™€๐™’๐˜ผ๐™‰ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™…๐™Š๐™ƒ๐™Š๐™Calon-calon yang memenuhi syarat adalah dipelawa u...
14/08/2026

๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™ˆ๐˜ผ๐™‰ ๐™„๐™†๐™‡๐˜ผ๐™‰ ๐™…๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™Š๐™Ž๐™Š๐™‰๐™‚ ๐˜ฟ๐™„
๐™‹๐™€๐™…๐˜ผ๐˜ฝ๐˜ผ๐™ ๐™…๐™๐™๐™๐™๐™๐™‡๐™„๐™Ž ๐˜ฟ๐™€๐™’๐˜ผ๐™‰ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™…๐™Š๐™ƒ๐™Š๐™

Calon-calon yang memenuhi syarat adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

๐Š๐Ž๐๐“๐‘๐€๐Š (๐‚๐จ๐ง๐ญ๐ซ๐š๐œ๐ญ ๐…๐จ๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐œ๐ž (๐‚๐…๐’))
1. Pegawai Tadbir Gred N9
2. Pembantu Khidmat Am Gred H1

Permohonan kini dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan. Pemohon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta borang permohonan rasmi boleh dimuat turun dengan cara mengimbas Kod QR yang disediakan atau melalui pautan berikut:
https://bit.ly/PERMOHONANJAWATANKOSONG

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga.

๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ ๐“๐”๐“๐”๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ : ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”





Address

Aras 2, Bangunan Sultan Ismail
Kota Iskandar
79680

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

072666176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor:

Shortcuts

Share