Laman Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Johor

Laman Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Johor Perkhidmatan Berkaitan Maklumat Pentadbiran Tanah di Negeri Johor

Pejabat Tanah dan Galian Johor ditubuhkan berlandaskan Undang-Undang Tubuh Johor 1895, Perlembagaan Persekutuan (Senarai Kedua), Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor Bil.4 Tahun 1959 dan Kanun Tanah Negara 1965. Dalam Sek.12(1) Kanun Tanah Negara 1965, Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melantik untuk negeri itu seorang Pengarah Tanah dan Galian, seorang Pendaftar Hakmilik, Penolong-peno

long Tanah dan Galian, Timbalan Pendaftar Hakmilik, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah, Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Penolong Pegawai-Pegawai petempatan dan lain-lain Pegawai yang Pihak berkuasa fikir perlu. Sir Duke Abraham seorang warga British adalah Pengarah Pertama bagi Pejabat Tanah dan Galian Johor dengan pejabat pertamanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.Datoโ€™ Zakaria Sulong adalah anak melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor. Pada awal tahun 1960an, kerajaan telah BERSETUJU untuk memisahkan pentadbiran antara Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Tanah. Antara tujuan pemisahan tersebut adalah kerana pejabat-pejabat tersebut mempunyai objektif dan fungsi yang berlainan. Peraturan, Undang-Undang dan bidang tugas yang digunapakai berbeza juga adalah antara sebab pejabat-pejabat tersebut dipisahkan. Sebab utama adalah untuk memudahkan urusan orang awam di samping penyampaian lebih mudah dan efektif kepada golongan sasaran. Negeri Johor mempunyai 4 Daerah pada asalnya iaitu Endau, Muar, Batu Pahat dan Johor Lama. Kemudian ia menjadi 8 daerah serta 5 daerah kecil di mana Pejabat Tanah dan Daerah diasingkan. Daerah-daerah tersebut ialah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Pontian dan Mersing. Daerah-daerah kecilnya p**a ialah Tangkak, Kulai, Rengit, Labis dan Pengerang. Pada tahun 2008, Negeri Johor melakar sejarah apabila 2 daerah kecil iaitu Kulai dan Tangkak telah dinobatkan sebagai daerah besar dan ditukar nama kepada Kulaijaya dan Ledang. Pada asalnya Pejabat Tanah dan Galian Johor ditempatkan di Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Johor di Jalan Bukit Timbalan Johor Bahru yang sekarang dikenali sebagai Bangunan Sultan Ibrahim. Mulai tahun 2009, Pejabat Tanah dan Galian Johor telah berpindah ke Bangunan Datoโ€™ Muhammad Salleh Perang, Kota Iskandar setelah Kerajaan Johor menyediakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri yang baru bertempat dan dikenali sebagai Nusajaya, Johor Bahru.

04/09/2026

๐Ÿ“น ๐’๐„๐ƒ๐”๐“๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐‹๐ˆ๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Semoga pendedahan dan perkongsian serta pengalaman daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah dapat memberikan manfaat terutamanya dalam meluaskan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.



๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐‹๐ˆ๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡Pejabat Pengarah Tanah ...
04/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐‹๐ˆ๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Š๐„ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Johor telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Kementerian Kewangan Sabah, delegasi PTG yang diketuai oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Johor diiringi Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid, Timbalan Pengarah Pengurusan PTG Johor telah disambut baik oleh Puan Anthea James Jipanus, Timbalan Setiausaha Tetap (Operasi), Kementerian Kewangan Negeri Sabah bersama - sama barisan pegawai Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang bertempat di Menara Kinabalu.

Turut hadir bersama lawatan ini, Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Taufik bin Bahar, Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Johor serta barisan Pegawai Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Johor.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkogsian pengetahuan serta pengalaman Kementerian Kewangan Negeri Sabah berkaitan pengurusan hasil negeri, khususnya dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan cukai jualan negeri.

Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat khasnya dalam meluaskan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Terima Kasih Kementerian Kewangan Negeri Sabah.



๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ฃ๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ง ๐†๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ!Kontinjen Pejabat Tanah Dan Galian Johor telah meraih tempat ...
02/09/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐Š๐จ๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ฃ๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ง ๐†๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ!

Kontinjen Pejabat Tanah Dan Galian Johor telah meraih tempat ke โ€“ 3 bagi pertandingan Perarakan / Perbarisan sempena Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Johor tahun 2026 yang bertemakan Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati yang telah diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar selaku tuan rumah tahun ini. Sebanyak 141 kontinjen menyertai perarakan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan beruniform,sektor swasta,NGO, GLC,institusi pendidikan, perarakan kenderaan dan aset serta pancaragam.

Setinggi โ€“ tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen atas segala penat lelah usaha yang telah dicurahkan sepanjang hampir satu bulan berlatih dan membuat persiapan. Segala keringat pegawai, urusetia, jurulatih serta kakitangan yang terlibat telah membuahkan hasil yang membanggakan. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Pejabat Tanah Dan Galian Johor.



๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข - ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  !Seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor merakamkan ucapan setinggi-tin...
01/09/2026

๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข - ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  !

Seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‘๐š๐ณ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐ณ๐ข๐ณ atas pelantikan beliau sebagai ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง) serta ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐…๐š๐ข๐ณ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ก๐จ๐ sebagai ๐๐ž๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง) di ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐†๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ.

Semoga dengan kepakaran dan pengalaman serta wawasan yang dimiliki, akan terus memacu PTG Johor ke tahap yang lebih membanggakan.

Selamat Datang ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor!.


๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข - ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก !Dengan penuh penghargaan, seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Joho...
01/09/2026

๐’๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข - ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก !

Dengan penuh penghargaan, seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐…๐š๐ก๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ค๐š๐ซ๐ข๐š atas pelantikan sebagai ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐”๐ง๐ข๐ญ, ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐’๐’๐ˆ, ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ serta ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฆ๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ซ๐๐ฒ ๐›๐ข๐ง ๐€. ๐‘๐š๐ก๐ข๐ฆ sebagai ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐š๐ง๐š๐ง ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข, ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐๐š๐ฅ ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ. Terima kasih atas segala khidmat bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah di ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐†๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Sekalung penghargaan, setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya!


โœจ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ— ๐“๐€๐‡๐”๐โœจSelamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia. Se...
30/08/2026

โœจ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ— ๐“๐€๐‡๐”๐โœจ

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia. Sempena hari yang penuh bersejarah ini, marilah kita menghayati tema "๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข" dengan memperkukuh ikatan perpaduan dan meraikan kepelbagaian yang menjadi tonggak kekuatan negara.

Semoga semangat cintakan tanah air terus membara dalam sanubari setiap lapisan masyarakat, demi mengekalkan kedaulatan, keamanan, dan keharmonian yang telah kita kecapi bersama selama ini.

๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š! ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š! ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š!



๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—–๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—ŸPada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Sesi...
28/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—–๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ

Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Sesi Pembentangan Analisis Data LCM dan Perbincangan Hala Tuju Bengkel bertempat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor (PTG Johor). Sesi ini diadakan bagi membentangkan hasil analisis data โ€™Land Coordination Meetingโ€™ (LCM) serta mendapatkan pandangan dan input berkaitan hala tuju pembangunan sistem LCM bagi memastikan proses urusan pembangunan tanah dapat diperkemas dan dilaksanakan dengan lebih cekap serta cemerlang.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan melibatkan wakil daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan, ICT@Johor dan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah. Penglibatan pelbagai agensi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyelaras keperluan, berkongsi kepakaran serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah pendigitalan, pemerkasaan proses kerja dan peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah Negeri Johor. Bersama Memacu Transformasi Digital Pentadbiran Tanah Negeri Johor!







๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘Seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor meraka...
25/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐ž๐ ๐‘๐ข๐๐ก๐š ๐›๐ข๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐€๐›๐ ๐Š๐š๐๐ข๐ซ, ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ (๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” / ๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡).

Semoga Yang Berhormat Datoโ€™ sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berpanjangan, serta limpahan keberkatan daripada Allah SWT.

Kami turut mendoakan agar Yang Berhormat Datoโ€™ terus diberi kekuatan dan keteguhan semangat dalam memimpin pentadbiran awam Negeri Johor dengan penuh kebijaksanaan, kecekapan dan kecemerlangan.

Ikhlas daripada,
Pengarah Tanah dan Galian Johor
bersama seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Johor


๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡๐Ÿ“… 25 Ogos 2026 | Selasa๐Ÿ“– 12 Rabiulawal 1448Hุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบDe...
25/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡

๐Ÿ“… 25 Ogos 2026 | Selasa
๐Ÿ“– 12 Rabiulawal 1448H

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

Dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, marilah kita meneladani akhlak Baginda yang penuh kasih sayang, kelembutan dan kebijaksanaan dalam kehidupan seharian.

Semoga peringatan ini menjadi dorongan untuk kita memperkukuh iman, memperindah amal, serta menebarkan kasih sesama insan.

Moga Allah SWT mengurniakan kita ketenangan, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah dan hati yang sentiasa dipenuhi rahmah.



24/08/2026

Address

Pejabat Tanah Dan Galian Johor, Bangunan Datoโ€™ Mohamad Salleh Perang
Kota Iskandar
79576

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6072666880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Johor:

Shortcuts

Share