Karya AryAien

Karya AryAien Novel Karya AryAien
Misteri Thriller Horror Romantic
Hak Cipta Syarikat AienHomeLady

28/02/2026

🪻 *LAVENDER* 🪻
Lavender dibesarkan di sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim piatu sejak dia masih bayi. Dia ditemui dalam sebuah *Baby Hatch (Peti Perlindungan Bayi),* dibalut dengan selimut bercorak bunga lavender. Tiada nota, tiada pesan, tiada petunjuk tentang asal-usulnya. Hanya selimut itu menjadi saksi awal kehidupannya. Kerana itulah pengasuh di rumah kebajikan menamakan bayi kecil itu sebagai Lavender.
Sejak kecil, Lavender membesar seperti anak-anak lain di rumah itu, berkongsi kasih sayang, berkongsi air mata dan tawa. Rambutnya hitam, panjang dan ikal mayang. Kulitnya putih melepak, raut wajahnya lembut persis gadis berketurunan Cina. Ramai yang tertanya-tanya tentang latar belakangnya, namun Lavender sendiri tidak pernah punya jawapan. Soalan tentang 🪻*“siapa aku sebenarnya?”*🪻 sering hadir dalam diam, tetapi dia belajar untuk tidak membiarkan persoalan itu melemahkan langkahnya.
Lavender seorang yang tekun dan rajin. Dia belajar bersungguh-sungguh, seolah-olah pendidikan adalah jambatan untuknya membina masa depan yang lebih cerah. Berkat usaha dan doa, dia berjaya menamatkan persekolahan dan melanjutkan pengajian sehingga memperoleh ijazah dalam bidang kesetiausahaan. Hari dia menggenggam skrol ijazah, seluruh warga rumah kebajikan menangis bangga. Bagi mereka, Lavender bukan sekadar anak jagaan, dia adalah bukti bahawa harapan tidak pernah sia-sia.
Ketika usianya mencecah 21 tahun, Lavender membuat satu keputusan besar dalam hidupnya. Setelah melalui pencarian jiwa dan mengenali pelbagai ajaran, dia memilih untuk memeluk agama Islam. Bukan kerana paksaan, bukan kerana desakan sesiapa, tetapi kerana hatinya menemukan ketenangan di situ. Walaupun darah keturunannya mungkin berbangsa Cina, Lavender percaya bahawa iman adalah pilihan hati. Sejak itu, dia belajar tentang solat, tentang sabar, tentang reda, dan setiap langkah terasa semakin bermakna.
Kini Lavender bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai setiausaha. Dia sudah tidak lagi tinggal di rumah kebajikan. Bersama beberapa rakan sepejabat, dia menyewa sebuah rumah di Grace Garden. Hidupnya sederhana, tetapi cukup. Namun, sejauh mana pun dia melangkah, rumah kebajikan itu tetap menjadi 🏡“rumah”💚 di hatinya.
Setiap kali ada waktu terluang, Lavender pasti kembali ke sana. Dia membantu adik-adik membuat kerja sekolah, berkongsi cerita tentang dunia luar, dan kadang-kadang memasak untuk mereka. Setiap kali tiba musim perayaan, Aidilfitri, Tahun Baru, atau apa jua sambutan, Lavender akan memastikan dirinya ada di situ. Baginya, keluarga bukan hanya tentang darah dan keturunan. Keluarga adalah mereka yang menyambut kita ketika kita tiada siapa-siapa.
Pada suatu petang, Lavender berdiri di halaman rumah kebajikan itu, memandang kanak-kanak kecil yang berlari riang. Dia teringat dirinya yang dulu, seorang bayi tanpa nama, tanpa sejarah. Kini dia berdiri sebagai seorang wanita berpendidikan, berkerjaya dan berpegang pada iman yang dipilihnya sendiri.
Selimut bercorak bunga 🪻lavender🪻masih ada dalam simpanannya hingga kini, itu la satu satunya harta yang dia ada semasa dia di temukan dalam *Baby Hatch(Peti Perlindungan Bayi)*
Selimut itu dia simpan kemas di dalam kotak berwarna purple dan diletakkan didalam almari pakaian.
Lavender mungkin tidak tahu dari mana asalnya, tetapi dia tahu ke mana arah tuju hidupnya. Seperti bunga lavender yang mekar walau ditanam di tanah asing, dia tumbuh dengan harum dan tabah, menjadi harapan bagi mereka yang pernah merasa kehilangan.

14/02/2026

📚 *14⚘️Februari,Kembar & Buku* 📖

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Melati dan Melur ialah pasangan kembar seiras berusia lapan belas tahun. Baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM, mereka kini menikmati hari-hari tanpa jadual, tanpa tekanan, dan tanpa loceng sekolah yang mengejar waktu.
Namun, seperti langit dan bumi, sifat mereka berdua berbeza.
Melati ceria, ramah, dan gemar berada di luar rumah. Dia bekerja sambilan di sebuah kedai buku di pekan Manggatal, di dalam pusat beli-belah baharu yang menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Melur p**a lebih senang di rumah. Dunianya adalah taman kecil di halaman, dengan pasu-pasu bunga yang dijaganya penuh kasih. Dari kelopak bunga-bunga itu, dia menghasilkan haruman sendiri🌬 ⚘️ ...sesuatu yang hanya dia tahu caranya.
Hari itu, Melur mengikut mama keluar makan tengah hari. Melati yang baru menerima gaji pertamanya beria-ia mahu belanja mereka di restoran baharu.
Sementara menunggu Melati habis kerja, Melur dan mama masuk ke kedai buku tempat Melati bekerja.
Melur berjalan perlahan di celah rak buku. Jarinya menyentuh kulit-kulit buku seolah-olah membaca tanpa membuka. Hingga tiba di rak tanaman dan bunga, matanya terhenti.
Sebuah buku tentang botani moden.
Serentak itu juga, ada tangan lain menyentuh buku yang sama.
Melur terkejut. Tanpa berfikir panjang, sifat semula jadinya yang tidak s**a mengalah muncul tiba-tiba.

*“Stop!”*

Suaranya tegas. Tangannya sekali menahan.
Lelaki itu terkejut hingga terlepas buku tersebut.
Secepat kilat Melur menarik buku itu ke dadanya dan melangkah pergi.

*“Eh! Tunggu..”*

Lelaki itu cuba mengejar, namun langkah Melur pantas. Di celah-celah rak, tubuhnya menghilang seolah ditelan buku-buku.
Lelaki itu berdiri terpinga.

*“Aduh… mana hilangnya…”*
Sebenarnya, buku itu miliknya. Dia sudah membelinya lebih awal, tetapi datang semula untuk menukar kerana ada contengan nombor telefon di dalamnya. Buku itu yang terakhir. Dia berniat mahu menukar dengan naskhah yang bersih.
Namun sebelum sempat meletakkannya di kaunter, sebuah tangan lain merampasnya.
Dan kini… buku itu sudah tiada.
*“Ah… biarlah,”* bisiknya sendiri.
Dalam fikirannya, perempuan itu pasti akan kembali juga untuk menukar buku rosak itu.
Dia tidak tahu dan sudah tidak mahu peduli, *"aah...lantak la"*

Namun... Melur tidak pernah kembali.
Kerana ketika lelaki itu keluar dari kedai buku, Melur sebenarnya bersembunyi di bawah kaunter meja.
Melati yang melihat hanya tersenyum.

*“Kenapa ni?”*

Melur diam.
Seperti biasa.
Melur memang begitu. Tidak s**a menjawab, pertanyaan sesiapa pasti akan di biar sepi oleh melur...itu la melur, yang tidak faham, pasti akan beranggapan Melur sombong. Tidak s**a menerangkan. Dunia Melur hanya mama dan kakaknya.
Hari itu berlalu.
Namun tidak bagi lelaki itu.
Beberapa hari kemudian.
Melur membuka buku tersebut di rumah.
Dan di halaman tengah, matanya terpaku.
Nombor telefon.
Dia mengerut dahi.
Perasaan marah menyelinap.
“Siapa p**a buat perangai ni…”
*Beberapa hari kemudian...*

Setiap kali Melur membuka buku itu di biliknya,
Di halaman tengah, matanya terpaku.
Nombor telefon.
Rasa menyirap naik ke dada.
Akhirnya... tanpa berfikir panjang, Melur mencapai telefon. Jarinya laju mendail nombor yang terconteng itu. Perasaannya bercampur..., marah, kesal, dan sedikit geram mengingat lelaki di kedai buku tempoh hari.
Panggilan bersambut.

*“Hello?”*

Suara lelaki.
Melur terus membidas tanpa salam.
*“Awak yang conteng nombor dalam buku ni kan?* *Buku tu rosak! Saya nak awak ganti baru!”*
Di hujung talian, lelaki itu terpinga.
*“Maaf? Buku apa ni sis?”*
*“Jangan pura-pura tak tahu!*Buku tanaman!"*
*Sebab contengan nombor ni la saya tidak boleh tukar buku tu!"*

*Kamu ganti sekarang!”*
*“Saya… saya tidak faham. Saya tidak pernah conteng buku sesiapa…”*
Melur semakin marah.

*“Awak ingat saya main-main? Saya nampak nombor ni dalam buku! Kalau awak tidak mahu mengaku, saya boleh buat laporan!”*

Nada suara di hujung talian berubah cemas.

*“Sis, nombor ni memang nombor saya, tapi saya tidak tahu pasal buku. Mungkin ada orang lain tulis…”*

Melur terdiam seketika.
Jantungnya berdetak kuat.

*“Bukan… awak lelaki yang di kedai buku hari tu?”*
*“Tidak… saya tidak pernah ke kedai buku ntah mana pun.”*

Sunyi.
Melur rasa mukanya panas.
Rupanya… dia tersalah orang.
Namun egonya lebih tinggi dari rasa malu.

*“Saya tak peduli!*
*Nombor kamu ada dalam buku tu*
*Kamu tetap kena*
*bertanggungjawab!”*
*“Tapi sis..”*

Melur mematikan panggilan.
Dadanya turun naik menahan geram.
Geram kerana buku itu.
Geram kerana lelaki di kedai buku.
Dan kini… geram kerana dia tersalah orang.
Dia memandang buku itu lama.
Rasa kesal menyelinap.
Tetapi jauh di sudut hati, wajah lelaki yang terkejut hari tu...buat melur tersenyum sendirian...
Melur menahan perasaan dengan dada yang masih berombak. Marahnya belum reda, malunya belum sempat diakui. Buku itu diletakkan di atas meja, seolah-olah bersalah hanya kerana wujud.
Melati yang perasan perubahan wajah kembarnya terus duduk di sebelah.

*“Apa jadi ni, Melur..?”*

Akhirnya Melur bercerita. Dari perebutan buku di rak hujung, nombor telefon yang terconteng, sehinggalah panggilan marahnya kepada lelaki yang rupa-rupanya bukan orang yang sama.
Melati mendengar sambil menahan senyum.

*“Jadi… kau marah orang yang salah..?”*
Melur menjeling.
*“Bukan salah saya. Nombor dia yang dalam buku tu.”*
Melati menggeleng kecil.
*“Baik kita selesaikan. Telefon semula. Minta jumpa. Settle elok-elok.”*
Dengan berat hati, Melur akur. Kali ini Melati yang mendail nombor itu dan bercakap dengan nada tenang, memperjelaskan salah faham dan memohon maaf bagi pihak adiknya.
Lelaki di hujung talian kedengaran lega.
Mereka bersetuju untuk berjumpa di kedai buku tempat Melati bekerja.
Tarikh dipilih tanpa banyak fikir.

🩷*Sabtu, 14 Februari.*🩷

Hari yang dijanjikan tiba.
Melur duduk di bangku kecil berhampiran kaunter. Tangannya memeluk buku itu erat.
Entah kenapa..., jantungnya berdegup seperti hari pertama perebutan itu berlaku.
Melati berdiri di kaunter, memerhati pintu masuk.
Loceng pintu berbunyi.
Dua orang lelaki melangkah masuk serentak.
Dan kedua-duanya… wajah hampir serupa.
Melur terpaku.
Melati turut terdiam.
Dua lelaki itu saling berpandangan, kemudian memandang mereka p**a.
Yang seorang mengangkat tangan sedikit.
*“Saya yang terima panggilan tempoh hari.”*
Yang seorang lagi p**a mengerut dahi memandang Melur.

*“Kita pernah jumpa… kan..?*
*"Rak buku hujung.”*

Jantung Melur terasa jatuh.
Rupanya…
Bukan seorang.
Tetapi dua.
Yang menerima panggilan marahnya… bukan lelaki di rak buku.
Dan lelaki di rak buku… tidak pernah tahu apa-apa tentang nombor telefon itu.
Melur memandang buku di tangannya, kemudian wajah kedua-dua lelaki itu silih berganti.
Perasaan yang selama ini bercampur aduk, marah, malu, geram... kini bertambah kusut.
Melati menoleh perlahan ke arah adiknya dan berbisik..,
*“Melur… nampaknya bukan buku saja yang kembar.”*

04/02/2026

*Einayra Neia*

Langit mendung saat Tan Sri Firdaus menghembuskan nafas terakhir.

Tiada guruh, tiada hujan, hanya awan kelabu membeku di langit kota, seolah-olah langit sendiri berkabung… tapi dalam diam.

Di sisi katil hospital yang senyap, berdiri seorang lelaki kaku, seperti patung batu yang menahan ribut dalam dirinya.

Elvis Firdaus.
45 tahun.
Wajahnya masih kacak, rahang tajam, kulit licin tanpa cela, tapi mata… mata itu redup dan dalam, menyimpan seribu rahsia yang tak pernah terucap.

Dalam diamnya, ada luka yang tidak berdarah.
Dalam tenangnya, ada gelora yang tak pernah padam.

Dia tidak menangis. Tidak meraung. Tidak berbicara. Tapi tangannya yang tergenggam di sisi… bergetar halus.

Bapa kandungnya telah mati.
Tapi tiada rasa kehilangan dalam dadanya.
Hanya kekosongan. Dan satu pertanyaan yang sudah lama tinggal tanpa jawapan.

*20 Tahun Lalu…*

Waktu itu dia baru 25 tahun.
Masih muda. Masih percaya pada keadilan.
Masih belum tahu, bahawa dunia boleh menghancurkan seorang lelaki hanya kerana dia berada di tempat yang salah, pada masa yang salah.

Nama gadis itu... *Neia.*
Salah seorang setiausaha muda di pejabat mewah bapanya. Manis, bijak, penuh cita-cita.
Dan pada suatu malam yang tidak pernah dilupakan...,
dia ditemukan mati.

Tubuhnya kaku di atas lantai ofis Tan Sri Firdaus. Mata terbuka luas, seperti sedang menatap sesuatu yang tidak kelihatan oleh manusia biasa. Mulut sedikit terbuka, seolah-olah ingin menjerit… tapi tak sempat.

Dan Elvis… adalah orang pertama yang menemuinya.

Dia cuma kembali ke pejabat untuk mencari telefon yang tertinggal. Tapi dalam sekelip mata, dia menjadi suspek utama pembunuhan.

Polis menyerbu. Dia ditahan.
Tiada ruang untuk menjelaskan. Tiada peluang untuk membela diri.
Dan lebih menyakitkan… ayahnya sendiri tidak mengangkat walau sepatah kata untuk mempertahankannya.

20 tahun penjara.
20 tahun kesepian.
20 tahun hidup sebagai seorang yang dilupakan dunia… dan dihina oleh sejarah.

Tan Sri Firdaus sudah tiada.
Rumah agam keluarga yang dulunya penuh suara dan cahaya kini sunyi dan uzur, seperti hatinya.

Ibunya masih hidup...tapi tidak lagi seperti dahulu.
Dia duduk diam di kerusi malas, menghadap taman yang tidak terurus, matanya kosong.
Kadang-kadang dia bercakap dengan bunga yang tidak tumbuh. Kadang-kadang dia menyebut nama Neia dalam bisikan.

Elvis tidak bertanya.

Dia hanya duduk di hadapan ibunya, sabar, diam, memerhati.
Dan satu-satunya saat dia tersenyum… adalah bila ibunya makan dengan selera.

Empayar perniagaan bapanya
*Firdaus Heavan Holdings*
kini menjadi miliknya.
Dia bukan lagi budak lelaki yang dijatuhkan. Dia adalah Tycoon.
Dan semua mata dalam dunia korporat kini kembali memandangnya... bukan dengan hormat semata, tapi dengan takut.

*Hari-Hari yang Sunyi*

Ruang pejabat yang dulu menjadi saksi kematian… kini menjadi tempat kelahiran harapan baru.

Bayang-bayang lama tetap ada, tapi kini tidak lagi menghantui. Ia menjadi pelajaran, bahawa kebenaran mungkin tertangguh, tapi tidak akan pernah padam.

Elvis Firdaus berdiri memandang ke luar jendela pejabat tingkat 40 bangunan milik keluarganya. Hujan turun perlahan, seperti menangisi masa lalu yang tak pernah reda dalam hatinya.

Wajahnya tenang, tapi sulit didekati. Di balik mata kelabu itu, ada jiwa yang sudah lama mati... dan baru belajar hidup kembali.

Di hukum penjara atas kesalahan yang tidak pernah dia lakukan.

Dan kini, pada usia 45 tahun, dia kembali, bukan sebagai anak Tycoon, tapi sebagai pewaris tunggal Empayar Firdaus Heavan Holdings, setelah ayahnya, Tan Sri Firdaus, meninggal dunia tanpa pernah mengakui kebenaran.

Elvis tidak bercakap banyak, tidak menghadiri majlis, dan tidak memberi kenyataan media. Dunia korporat gempar dengan kep**angannya, anak Tycoon yang *‘terlupa’* oleh sejarah, kini kembali sebagai pemilik sah.

Pagi jam 9. Keluar jam 6.
Rutin. Tanpa jiwa. Tanpa suara.

Elvis tidak banyak bercakap. Tidak mesra. Tidak peduli dengan pujian atau aduan. Semua orang belajar untuk menjauh.

Namun hidupnya berubah…
pada satu pagi yang kelihatan seperti biasa.

*“Tuan Elvis, kita ada staf baru untuk bahagian eksekutif pentadbiran. Namanya... Einayra Neia.”*

Elvis sedang menyusun fail. Tangannya berhenti.

*“Neia...?”*

*“Ya, nama agak klasik. Graduan muda. Mahu dibawa masuk sekarang untuk sesi perkenalan?”*

Dia mengangguk perlahan, jantungnya berdetak aneh.

Pintu pejabat terbuka.

Dan di situ...
berdiri seorang gadis muda, dengan senyuman manis dan langkah yakin.

Einayra Neia.

Usianya 20 tahun.
Tapi yang membuat Elvis benar-benar membeku.. wajahnya.
Sangat… mirip Neia.
Bukan hanya rupa, tapi.. cara dia melihat. Cara dia berjalan. Cara dia tersenyum.

Dan suara itu…
*“Selamat pagi, Sir Elvis.”*
*“Nama saya Einayra Neia.”*

Tangannya dihulur perlahan.

Dan bila tangan Elvis menyambutnya…
ada sesuatu yang menjalar ke dalam tubuhnya.

Sejuk.
Akrab.
Dan... lama.

*Neia Kembali*

Einayra Neia menjadi satu titik sunyi yang tidak terjangka dalam hari-hari Elvis yang sepi.

Gadis itu cekap. Cermat. Tidak banyak bercakap, tapi senyumannya sentiasa terukir…
Senyuman yang menimbulkan perasaan aneh dalam hati Elvis. Bukan rasa s**a. Bukan juga rasa takut.
Tapi rasa yang pernah ada, lama dahulu. Rasa yang membuat jantungnya berdegup walau wajahnya kekal beku.

Setiap kali dia memandang gadis itu, di dalam bilik mesyuarat, di depan lif, atau dari balik kaca pejabat, dia seperti…
melihat Neia yang dulu.

Dan kadang-kadang, dia yakin Einayra juga sedang memandangnya balik.
Dengan pandangan yang tidak sepatutnya dimiliki gadis berumur dua puluh tahun...,pandangan yang tahu terlalu banyak.

*Mimpi yang Berdarah*

Beberapa malam selepas kemunculan Einayra, tidur Elvis tidak lagi tenang.

Dia mula bermimpi.

Bermula dengan suasana pejabat lama ayahnya.
Dinding kaca. Lampu malap. Karpet maroon yang kini berlumur merah gelap.

Dan Neia...
terbaring di lantai, rambutnya terurai, mata terbuka luas.

Tapi dalam mimpi itu, Neia tidak diam.

Dia membuka mata perlahan, dan berkata...

*“Maut belum menjemput.."*
*"aku belum pergi.”*

Elvis terbangun dalam peluh, nafas tercungap. Jam menunjukkan 3.33 pagi.

*Fail Rahsia*

Malam itu, dia p**ang ke rumah agam yang sudah menjadi tempat simpanan kenangan mati.

Tangga kayu berkeriut. Angin menyelit dari celah jendela lama.
Dia menuju ke perpustakaan ayahnya, ruangan yang tidak pernah dia jejaki sejak pembebasannya.

Rak-rak penuh debu, penuh buku yang tidak pernah dibaca.
Tapi di sudut paling dalam, di belakang lukisan besar Tan Sri Firdaus, dia menemui sebuah panel tersembunyi.

Dan di dalamnya... sebuah peti besi kecil.

Kodnya mudah diteka. Tarikh lahir Tan Sri sendiri.
Kebiasaan seorang lelaki angkuh.

Peti itu terbuka.
Dan di dalamnya... sekeping foto lama, dan satu surat tulisan tangan.

Gambar itu...
Tan Sri Firdaus, dengan Neia.
Tangan ayahnya melingkar pinggang gadis itu.
Senyuman mereka... terlalu mesra untuk sekadar hubungan kerja.

Dan surat itu...
Tinta sudah mula pudar, tapi ayat-ayatnya membakar.
*“Saya tak akan diam. Jika Tan Sri terus ganggu dan paksa saya, saya akan beritahu isteri dan anak Tan Sri segalanya. Saya tak takut lagi. Saya akan keluar dari tempat ini. Saya akan tamatkan semuanya...”*
Neia.

Elvis terdiam lama.

Tangannya menggenggam surat itu sehingga hampir terkoyak.

Ayahnya... ayahnya sendiri yang menjadi pemangsa.
Dan dia, Elvis, yang merengkok dalam penjara selama 20 tahun atas dosa yang tidak pernah dia lakukan.

Suara di Pintu...
*“Sir Elvis dah tahu, kan?”*

Suara itu menyentap.

Elvis berpaling pantas.

Di ambang pintu perpustakaan....
*Einayra Neia.*
Berdiri tenang, wajahnya tidak terkejut, tidak takut…
Seolah-olah dia tahu lelaki itu akan membaca surat itu malam ini.
*“Kau… siapa kau sebenarnya?”* suara Elvis serak, hampir berbisik.

Einayra masuk perlahan. Suara kasut tumitnya bergema dalam ruang itu seperti ketukan dari masa lalu.
*“Nama saya Einayra Neia. Tapi itu cuma nama...”*

Dia berhenti, berdiri di hadapan Elvis.
*“Saya anak kepada Neia.”*

*Dunia Berhenti*

Segalanya berhenti.
Detik jam, bunyi angin, denyut nadi.
Semuanya diam.

Elvis terasa lututnya longgar, hampir terjatuh.

*“Selepas mama saya mati, saya dibuang. Tiada siapa tahu siapa saya. Saya membesar dalam rumah kebajikan, tanpa nama, tanpa warisan. Tapi saya tahu satu perkara…”*

Einayra menarik nafas perlahan,
*“… bahawa keluarga Firdaus ini telah menghancurkan hidup mama saya.”*

Mata mereka bertemu.
Dan dalam mata itu, bukan dendam, tapi luka yang dalam dan tidak terubat.
*“Saya masuk ke sini bukan untuk balas dendam,”* katanya lembut.
*“Saya hanya mahu kebenaran. Dan sekarang saya tahu… Sir Elvis bukan pembunuh mama saya.”*

Air mata Elvis jatuh. Perlahan.
Tanpa bunyi.
*“Ayah saya… dia yang lakukan semuanya. Tapi saya... saya yang dihukum.”*
*“Saya p**a kehilangan ibu yang sepatutnya saya kenali,”* balas Einayra.

Mereka duduk di dalam ruang itu hingga larut malam.
Tiada siapa bercakap. Hanya sepi, dan dua jiwa yang terbelah.

Dosa seorang lelaki bernama Firdaus, telah merosakkan dua generasi.

*Wajah Dalam Bayang*

Elvis mula mencurigai bahawa Einayra bukan sekadar anak Neia…
Tapi sesuatu yang lebih misteri. Sesuatu yang… mungkin tak sepatutnya wujud di dunia ini.

Sejak malam itu, sesuatu dalam diri Elvis berubah.

Setiap kali Einayra berjalan melepasi ruang pejabatnya, jantungnya berdegup laju... bukan kerana cinta, tetapi kerana keresahan. Seperti jiwanya sedang meneka sesuatu yang akalnya enggan percaya.

Ada saat-saat tertentu, ketika cahaya senja melimpah dari tingkap kaca pejabat tingkat 40 itu…
wajah Einayra akan terlihat sedikit lain.
Samar. Terkeluar sedikit dari waktu.
Seolah-olah wajah itu bukan wajah seorang gadis berumur 20 tahun… tetapi wajah seorang yang sudah lama mati.

*Tiada Jejak*

Elvis memulakan siasatan.

Dia arahkan Setiausaha HR untuk menyemak latar belakang Einayra, sekadar alasan prosedur, katanya. Tapi hakikatnya, dia sedang mencari sesuatu. Apa-apa.

Namun hasilnya... mengejutkan.

*“Tiada maklumat bapa. Tiada waris. Tiada saudara. Dia dibesarkan di rumah anak yatim, tapi catatan asalnya hilang dalam kebakaran. Universiti mengesahkan kehadirannya, tapi hanya selama setahun. Kemudian dia hilang dari sistem. Macam… muncul dari udara.”*

Fail itu diletakkan di atas meja Elvis. Tangannya terasa sejuk.

*Pantulan Dalam Cermin*

Suatu malam, Elvis tertidur di bilik pejabatnya.

Dalam lena yang tidak nyenyak, dia bermimpi lagi.

Kali ini dia melihat dirinya sendiri, duduk di kerusi eksekutif, menghadap cermin besar di dinding.
Tapi dalam cermin itu, bukan dirinya yang duduk.
Ia adalah Neia.

Neia, dengan gaun putih seperti malam dia mati.
Wajahnya pucat. Bibirnya membiru. Matanya… kosong. Tapi dia tersenyum.

*“Kau dah lihat segalanya, Elvis.”*
*“Kebenaran tak lagi bersembunyi."*

Cermin itu retak sedikit demi sedikit…
Dan dari retakan itu, suara Einayra terdengar... *“Roh yang tidak tenang… tidak akan pergi sebelum aman.”*

Elvis terjaga, nafasnya sesak.
Tangannya mencengkam meja.

*Satu Malam di Pejabat*

Malam itu hujan turun renyai.
Kebanyakan staf sudah p**ang.
Namun lampu bilik mesyuarat masih menyala.

Elvis menuju ke sana, langkahnya perlahan, jantungnya berat.

Einayra sedang berdiri menghadap tingkap, memandang hujan yang mengaburkan pandangan kota.
Bahu gadis itu tegak, tapi wajahnya… tenang, terlalu tenang.

*“Einayra,”*
Elvis bersuara.
*“Kenapa belum p**ang?”*

Gadis itu tidak berpaling. *"Ada yang belum selesai.”*
*“Einayra…”*
*“Siapa awak sebenarnya?”*

Sunyi.
Kemudian dia berpaling perlahan. Mata bundarnya bersinar dalam cahaya suram bilik mesyuarat.
*“Saya bukan anak dia. Bukan reinkarnasi.”*
*“Saya… adalah dia.”*

Elvis tidak bergerak. Dunia terasa sejuk.
*“Saya adalah Neia.”*

Dia menunduk sejenak, kemudian memandang kembali

*Elvis..."*
*“Roh saya tak pernah tenang. Saya mati dalam ketakutan, dalam kesakitan. Saya dipaksa diam. Tapi malam itu… ada satu cahaya yang tidak mati. Satu jiwa yang tidak layak dihukum , dan itu adalah kamu, Elvis.”*

Elvis menggenggam penumbuk. Matanya berkaca.
*“Maafkan aku…”* katanya, suara retak.

Einayra... atau Neia... mendekat.
Tangannya menyentuh bahu Elvis, dan sekali lagi, ada rasa itu.
Tenang. Tapi menggetarkan.
*“Saya telah maafkan kamu… sejak lama. Tapi kini, kamu perlu maafkan diri sendiri.”*

*Pagi Esoknya…*

Meja Einayra kosong.

Tiada komputer. Tiada barang peribadi. Tiada kesan dia pernah wujud.

Semua rekod digital menghilang...? seolah-olah dia tidak pernah masuk ke syarikat itu.
Panggilan ke nombor failnya berbunyi... "Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan."
HR keliru. Pengurus-pengurus tertanya. Tapi Elvis tidak berkata apa-apa.

Dia hanya diam.

Dan dalam diam itu, dia tahu…

Neia telah p**ang. Dan kini… telah pergi semula. Untuk selamanya.

*Yayasan Neia Einayra*

Satu tahun selepas peristiwa itu. Elvis menubuhkan yayasan untuk wanita teraniaya sebagai penebusan, dan sebagai memorial untuk roh yang pernah kembali.

Elvis namakan sempena nama...

*Yayasan Einayra Neia*

Foundation, untuk wanita teraniaya dan mangsa ketidakadilan.

Pada dinding pejabat yayasan, tergantung satu potret wajah wanita muda tersenyum, dengan nama -

*EINAYRA NEIA*
*"Roh yang tidak pernah tidur, kini tenang dalam cahaya."*

Dan setiap kali Elvis memandang potret itu, dia tahu, keadilan akhirnya ditegakkan, walau datang dari dunia yang lain.

30/01/2026

🌸 *Mawar Melati* 🌸

Namanya seindah bunga
🌸 *Mawar Melati.* 🌸

Umurnya baru mencecah 20 tahun, namun wajahnya seperti lukisan alam yang tak pernah luntur serinya. Kulitnya halus seperti kelopak yang baru mekar, matanya jernih bagai embun pagi, dan senyumannya... cukup untuk menenangkan jiwa yang resah. 💐

Setiap kali dia melintasi deretan kedai2 kecil, banyak mata akan menoleh. Lelaki2 terpana, wanita2 diam2 membandingkan diri. Ada yang memuja, ramai juga yang mencemburui.

Namun yang paling memikat bukan sekadar rupanya, tapi haruman yang sentiasa mengiringi langkahnya. Wangian halus, lembut, dan s**ar digambarkan, seolah-olah dia berjalan diiringi taman bunga. Dan memang begitu hakikatnya.

Mawar Melati tinggal bersama ibunya, dikelilingi ratusan jenis bunga. Mawar, melati, kemboja, kenanga, ros putih dan biru, bunga padma dari India, lavender dari tanah tinggi. Dia menanamnya sendiri. Menyiramnya sendiri. Dan setiap pagi, dia akan memetik kelopak pilihan untuk dijadikan adunan wangian yang dipakainya.

*"Setiap haruman ada jiwanya,"* ⚘️

💗Bisik kata hatinya💓

*"Dan aku hanya pakai yang aku faham jiwanya."* ⚘️

Tapi di sebalik keindahan itu, ada kisah yang tak diketahui sesiapa. Mawar Melati menyimpan kesedihan yang sunyi, jauh di sudut hati. Sejak kecil, dia sering diganggu bayangan dan suara yang datang dalam mimpi, suara tangisan, bisikan dalam bahasa asing, dan wajah2 yang dia rasa dia pernah kenal... tetapi bukan dari hidup ini.
Ada malam dia terbangun dengan peluh dingin, teresak-esak, berbisik sesuatu yang tidak dia fahami...

🌬 *“maut belum menjemput...”* 💋

Dan ada kalanya, ketika berdiri di antara bunganya, dia terasa seolah-olah pernah berada di situ, tetapi dalam dunia yang lain. Dia pernah lihat tangannya sendiri berlumuran darah. Pernah terasa seperti di himpit,lemas dijatuhkan, dibakar hidup-hidup hanya kerana terlalu cantik dan dicemburui.

🥀 *“Aku pernah mati kerana cantik...” bisiknya sendiri suatu petang, sambil memegang kelopak ros merah yang mulai layu."* 🥀

Mawar Melati pernah di sangka mengamalkan sihir kerana wajahnya yang senantiasa berseri,memukau banyak hati. Tapi hakikatnya, dia menyimpan roh yang tak pernah damai.
Mawar Melati tahu, dia bukan sekadar hidup sekali. Dia terasa seperti jiwanya telah hidup beratus tahun, kembali dan kembali, terikat pada cinta yang tak sempat ditamatkan, pada dendam yang belum dihapuskan.
Tapi dalam kehidupan kali ini, dia memilih untuk diam. Dia tidak membalas cinta sesiapa, tidak membuka hati, tidak mendekati manusia.
Dia hanya bercakap dengan bunganya. Dan mereka *(bunga2nya)* seolah-olah faham isihatinya.
Pada suatu pagi berkabus, dia berkata sendri dalam hatinya...

🥀 *"Jika aku pernah dibakar hidup-hidup dalam kehidupan dahulu kerana cantik dan harum mewangi, maka kali ini biarlah aku wangi kerana kasih yang aku tanam sendiri. Jika aku masih dihantui, aku tak lagi takut. Aku akan hidup, walau dalam seribu kelahiran."* ⚘️

30/01/2026

Eraman termenenung menatap lurus ke hadapan. Matanya terbuka, tetapi tidak benar-benar melihat. Cahaya tahun baharu yang memantul di kaca kedai buku hanya menjadi bayang-bayang kabur, seperti kenangan yang enggan difahami tetapi mustahil dilupakan.
Sambutan tahun baharu ini gagal total di hatinya.
✨️*31 Disember 2025.*✨️
Hari terakhir Rindu bekerja.
Tarikh itu berulang dalam kepalanya seperti jarum gramofon yang tersangkut pada satu lagu lama, memaksa bunyi yang sama dimainkan berulang-ulang sehingga jiwa menjadi letih.
Tiga tahun.
Selama tiga tahun, Rindu duduk di kaunter yang sama, menyusun buku dengan tangan yang tenang, wajah yang sentiasa terkawal. Rindu tidak pernah datang lewat, tidak pernah p**ang awal. Segalanya teratur, seolah-olah hidupnya bergerak mengikut jadual yang tidak pernah tersasar.
Namun Rindu bukan gadis biasa.
Dia cantik..., terlalu cantik untuk sekadar menjadi pekerja kedai buku. Wajahnya halus, kulitnya bersih, dan cara dia berpakaian, terlalu comel dan kemas seperti boneka barbie yang hidup.. tetapi jelas dan mahal. Eraman tahu, tanpa sesiapa perlu mengatakannya, Rindu datang dari dunia yang jauh lebih berada daripada mereka semua.
🎀*Gadis kaya.*🎀
Tetapi kekayaannya tidak pernah dibicarakan. Seperti hidupnya, segalanya tertutup rapi.
Ada hari Rindu boleh ketawa kecil, berbual tentang buku, tentang perkara remeh yang membuat waktu bekerja terasa singkat. Namun ada hari lain, Rindu menjadi senyap sepenuhnya. Tatapan matanya kosong, seperti sedang memandang sesuatu yang hanya dia seorang dapat lihat.
Tatapan itu sering membuat Eraman berasa tidak selesa.
Bukan kerana dingin, tetapi kerana terlalu dalam.
Seolah-olah Rindu sedang terkurung di dalam dirinya sendiri.
Tiada seorang pun pernah berjaya mendekatinya. Bukan kerana dia menolak, tetapi kerana dia tidak pernah benar-benar membuka ruang. Ramai cuba meneka, ada yang kata dia angkuh, ada yang kata dia trauma, ada juga yang kata dia hanya kesepian.
Hakikatnya, tiada siapa tahu apa-apa tentang Rindu.
Di mana dia tinggal.
Dengan siapa dia hidup.
Siapa keluarganya.
Seperti dia muncul di kedai buku itu tanpa asal-usul, dan kemudian menghilang tanpa jejak.
Hari dia meletak jawatan, Rindu hanya menyerahkan surat ringkas. Tiada ucapan selamat tinggal yang panjang. Tiada janji untuk bertemu lagi. Hanya senyuman kecil, senyuman yang sama seperti hari pertama dia bekerja.
Senyuman gadis dalam kotak muzik.
Cantik. Sempurna. Tetapi tidak pernah benar-benar hidup.
Sejak hari itu, kedai buku terasa sempit. Sunyi menjadi terlalu jelas. Setiap sudut mengingatkan Eraman pada Rindu..., rak buku yang dia susun, kerusi yang selalu dia duduki, bahkan aroma kertas yang seolah-olah masih menyimpan kehadirannya.
Eraman mula sedar sesuatu yang menakutkan.
Dia tidak pernah mengenali Rindu.
Namun Rindu sudah memenuhi fikirannya sepenuhnya.
Seperti lagu dalam kotak muzik,🎼 merdu, berulang, dan perlahan-lahan merosakkan kewarasan.
Rindu adalah gadis yang boleh dilihat, dipuja, dikagumi…
tetapi tidak pernah mampu disentuh.
Dan mungkin itulah takdirnya.
Bukan untuk dimiliki.
Bukan untuk difahami.
Hanya untuk dirindukan.
🌹📖🌹
Malam turun perlahan seperti kain kafan yang disarung langit.
Eraman masih duduk di dalam kedai buku itu, sendirian, ditemani cahaya lampu minyak yang bergetar kecil, seolah-olah nafasnya sendiri sedang dihitung oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
Jam dinding berdetak ganjil.
Bukan sekadar menanda waktu, tetapi seperti mengetuk petanda.
Tok.
Tok.
Tok.
Setiap detik jatuh ke lantai batinnya.
Ketika itulah aroma kertas lama berubah.
Tidak lagi sekadar debu dan dakwat, tetapi bercampur harum yang asing..., harum bunga kenanga tua, seperti yang biasa diletakkan di tepi perigi lama atau di bawah pohon beringin keramat.
Eraman menelan liur.
*“Rindu…?”* bisiknya, tanpa sedar.
Angin tidak bertiup, namun langsir nipis di sudut kedai bergerak perlahan, seakan diselak oleh tangan halus yang enggan menampakkan diri.
Di hadapan kaunter tempat Rindu selalu duduk, bayang muncul.
Bukan jasad.
Bukan cahaya.
Hanya bayang gelap, berdiri tanpa kaki, terapung sedikit dari lantai, seperti pantulan di air yang tidak tenang.
Dalam benak Eraman terlintas kalimah lama yang pernah dia dengar dari neneknya...,
*“Sing katon ora mesthi ana,*
*sing ana ora mesthi katon.”*
*Yang terlihat belum tentu wujud,*
*yang wujud belum tentu terlihat.*
Bayang itu tidak bergerak, tetapi Eraman dapat merasakan tatapannya.
Tatapan yang sama seperti mata Rindu..., kosong, dalam, dan sarat sesuatu yang tertahan.
Lalu terdengar suara.
Bukan dari telinga.
Tetapi dari dalam dada.
*“Aku ora lunga…”*
*Aku tidak pergi…*
Eraman menggigil. Lututnya terasa lemah seperti disedut bumi.
*“Apa kau… semangat?”* soalnya perlahan, takut memecahkan keseimbangan alam yang rapuh itu.
Bayang itu bergetar, lalu semakin pekat.
*“Aku dudu manungsa sakabehe…”*
*Aku bukan sepenuhnya manusia…*
Lampu minyak berkelip-kelip. Bayang rak buku memanjang, berubah rupa seperti deretan nisan lama.
Kenangan datang bertalu-talu..., wajah Rindu yang sentiasa terkawal, senyumannya yang seperti boneka kotak muzik, kehadirannya yang terlalu teratur untuk seorang gadis biasa.
Kini semuanya terjawab.
Rindu bukan gadis yang datang untuk tinggal.
Dia adalah titipan.
Semangat lama yang terikat pada tempat sunyi, pada buku-buku yang menyimpan kisah manusia, pada rindu yang tidak pernah selesai.
*“Aku kaiket janji lawas…”*
*Aku terikat pada janji lama…*
Eraman teringat tarikh itu.
*31 Disember2025*
Hari peralihan.
Hari pintu alam menjadi nipis.
*“Kenapa aku?”* soal Eraman, suaranya hampir hilang.
Bayang itu semakin dekat, dinginnya menusuk hingga ke tulang.
*“Amarga kowe sing eling…”*
*Kerana kamu yang mengingati…"*
Kerana Eraman satu-satunya yang benar-benar merasa kehilangan.
Yang membiarkan Rindu hidup dalam fikirannya.
Yang menyebut namanya tanpa memanggil jasad, tetapi memanggil hakikat.
Bayang itu mula pudar, menyatu kembali ke dalam rak buku, ke dalam kertas-kertas usang, ke dalam sunyi.
Sebelum lenyap sepenuhnya, satu bisikan terakhir tertinggal...
*“Yen kowe isih eling marang aku,*
*aku bakal tansah ana.”*
*Jika kamu masih mengingat aku,*
*aku akan sentiasa ada.*
Lampu minyak padam.
Gelap menelan segalanya.
Namun di dalam gelap itu, Eraman tahu satu perkara yang tidak dapat disangkal,
Rindu tidak pergi.
Dia hanya berubah bentuk.
Dan selagi ada rindu,
selagi itu semangatnya akan tinggal,
menghuni antara kata dan kenangan,
menunggu untuk dipanggil kembali.

Karya AryAien

Address

Kota Kinabalu
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karya AryAien posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category