Hajiji Haji Noor

Hajiji Haji Noor Chief Minister of Sabah | ADUN N12 Sulaman

(6)

15/08/2026

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenuhi jemputan Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim ke Majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC) hari ini.

Sempena lawatan kerja saya ke Melaka, saya berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka...
14/08/2026

Sempena lawatan kerja saya ke Melaka, saya berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka, Bukit Beruang.

Kunjungan ini menjadi ruang yang baik untuk bertukar pandangan serta memperkukuhkan hubungan antara Sabah dan Melaka khususnya dalam perkara yang menyentuh kepentingan kedua-dua negeri.

Saya amat menghargai sambutan dan kesempatan untuk berkongsi pandangan mengenai pengalaman, pembangunan serta usaha yang boleh terus diperkasakan demi manfaat rakyat.

Turut mengiringi dalam kunjungan ini adalah YB Datuk Rubin Balang (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah), YB Datuk Jamawi Jaafar (Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah) serta YB Datuk Mohd Razali Mohd Razi (ADUN Dilantik).

Semoga hubungan baik antara Sabah dan Melaka terus diperkukuh serta membuka lebih banyak ruang untuk perkongsian dan kerjasama pada masa akan datang.



Today I received a courtesy visit from the High Commissioner of Bangladesh to Malaysia, His Excellency Manjurul Karim Kh...
13/08/2026

Today I received a courtesy visit from the High Commissioner of Bangladesh to Malaysia, His Excellency Manjurul Karim Khan Chowdhury.

As Sabah continues to strengthen its international partnerships, we welcome opportunities to deepen our ties with Bangladesh, particularly in areas that can support trade, investment, tourism, human capital development and people-to-people relations.

I look forward to further strengthening the close relationship between Sabah and Bangladesh and exploring opportunities that can bring greater benefits to both sides.

Also present were YB Datuk Lo Su Fui (Deputy Minister in the Prime Minister’s Department), YB Datuk Ceasar Mandela Malakun (Assistant Minister to the Chief Minister) together with Pranab Kumar Bhattacharjee (Counsellor — Political) and Pranab Kumar Ghosh (First Secretary — Commercial).

Pagi tadi saya menerima Kunjungan Hormat daripada YB Senator Puan Marhamah Rosli selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perd...
13/08/2026

Pagi tadi saya menerima Kunjungan Hormat daripada YB Senator Puan Marhamah Rosli selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Sebagai anak Sabah yang kini menggalas tanggungjawab di peringkat Kerajaan Persekutuan, saya amat menghargai kunjungan beliau sebagai satu ruang untuk bertukar pandangan serta memperkukuhkan kerjasama dalam memperkasa hal ehwal Islam dan kesejahteraan masyarakat di Sabah.

Kami telah berkongsi aspirasi yang sama untuk memastikan pembangunan serta kebajikan umat Islam di Sabah terus diberi perhatian, di samping memperkukuh hubungan dan penyelarasan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Semoga kerjasama yang baik dapat dimanfaatkan oleh rakyat dan negeri Sabah.



Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 ini menjadi ruang untuk menghargai...
13/08/2026

Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 ini menjadi ruang untuk menghargai komitmen dan sumbangan semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam menjayakan simposium, di samping memperkukuhkan jaringan dan kerjasama profesional dalam bidang kehakiman dan perundangan Syariah di Sabah.

Simposium ini yang telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu menjadi platform penting dalam perkongsian ilmu, pengalaman dan perkembangan semasa berkaitan kehakiman dan perundangan Syariah.

Semoga usaha seperti ini terus memperkukuhkan profesionalisme serta pembangunan institusi kehakiman Syariah di Sabah di samping memberi manfaat kepada masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

Turut hadir YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, YB Datuk Zainudin Aman, Datuk Mohd Razali Wahab, YB Datuk Isnin Aliasnih, Yang Amat Arif Profesor Adjung Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain dan Yang Amat Arif Tuan Nawawi Diman.



12/08/2026

Tahniah kepada seluruh Pengerusi JKKK yang baru dilantik!

Laksanakanlah amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan. Dekati rakyat, dengar suara mereka dan teruskan usaha untuk menyatukan masyarakat melalui semangat perpaduan, kebersamaan dan silaturahim yang utuh.

Sebagai anak jati Tuaran, saya mahu memastikan seluruh daerah ini terus menerima limpahan pembangunan dan kemajuan yang ...
11/08/2026

Sebagai anak jati Tuaran, saya mahu memastikan seluruh daerah ini terus menerima limpahan pembangunan dan kemajuan yang sewajarnya.

Hari ini saya menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi DUN Sulaman dan DUN Pantai Dalit bagi sesi 2026 hingga 2030, selain menyampaikan bantuan tunai kepada peniaga dan penjaja tepi jalan.

Seramai 48 Pengerusi JKKK DUN Sulaman dan 45 Pengerusi JKKK DUN Pantai Dalit menerima watikah pelantikan. Saya berharap mereka dapat menjalankan amanah sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, bukan sahaja dalam membawa isu serta keperluan kampung, tetapi juga dalam memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan masyarakat.

Pada masa yang sama, seramai 200 peniaga dan penjaja tepi jalan menerima bantuan tunai RM3,000 seorang melalui Sentuhan Kasih Hajiji. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dan membantu meneruskan perniagaan serta menyara keperluan keluarga.

Saya akan terus berusaha memastikan Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu menerima pembangunan yang seimbang supaya Tuaran dapat terus berkembang dan maju setara dengan daerah-daerah lain di Sabah.

Saya amat menghargai sokongan dan kepercayaan rakyat Tuaran yang telah bersama saya selama 36 tahun sebagai wakil rakyat. Segala usaha yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada tanggungjawab untuk membalas kepercayaan tersebut dengan pembangunan dan manfaat yang dapat dirasai rakyat.

Tuaran adalah rumah kita. Kita mahu melihat Tuaran terus membangun, maju dan sejahtera bersama rakyatnya.



10/08/2026

Keperluan rakyat mesti diberi keutamaan dan setiap isu yang boleh diselesaikan dengan segera tidak harus dibiarkan berlarutan.

Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) dengan memberi penekanan supaya isu-isu yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dapat ditangani melalui tindakan yang lebih pantas dan berkesan.

Antaranya melibatkan bekalan air dan elektrik, jalan raya, banjir dan sistem saliran serta pendidikan. Sebahagian daripada keperluan ini boleh diselesaikan menerusi projek “low-hanging fruits” yang berkos rendah tetapi memberi impak tinggi dan manfaat segera kepada rakyat.

Projek mega tetap penting untuk pembangunan jangka panjang, namun projek-projek kecil yang mampu memberi perubahan secara langsung kepada kehidupan rakyat juga perlu dilaksanakan tanpa kelewatan.

Saya mahu semua kementerian, jabatan dan agensi pelaksana memperkukuh penyelarasan serta menyelesaikan sebarang isu yang menghalang pelaksanaan projek. Jangan biarkan kerenah atau kelewatan pentadbiran menghalang manfaat yang sepatutnya diterima rakyat.

MTPNg perlu menjadi platform yang berorientasikan penyelesaian dan tindakan, dengan setiap isu ditangani secara proaktif dan setiap projek dipastikan berjalan mengikut jadual.

Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap dasar, program dan projek pembangunan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata demi kemajuan Sabah dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri-Menteri Kabinet Negeri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Mesyuarat turut disertai buat kali pertama oleh YB Datuk Zainudin Aman selaku Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu bersama Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Persekutuan Sabah dan Datuk Samsul Dollah, Pengarah Pembangunan Negeri.



10/08/2026

Selamat Ulang Tahun ke-32 kepada UPKO!

Dalam kita memperkukuh kerjasama politik dan pembangunan Sabah, Kerajaan Negeri akan terus memperjuangkan hak serta kepentingan Sabah, termasuk tuntutan pemberian 40 peratus hasil bersih Persekutuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan melalui rundingan Government to Government dengan Kerajaan Persekutuan.

Hak ini adalah antara hak terbesar Sabah dalam MA63 dan pendirian Kerajaan Negeri adalah jelas bahawa ia perlu dilaksanakan sepenuhnya.

Pada masa sama, kita terus memastikan hasil yang diterima dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik, Rumah SMJ, Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) serta pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan.

Sebanyak 13 tuntutan berkaitan MA63 telah dilaksanakan, manakala bayaran interim bagi tuntutan 40 peratus telah meningkat daripada RM26 juta kepada RM1.5 bilion mulai tahun ini. Ini merupakan perkembangan yang kita sambut baik, namun usaha untuk mendapatkan pelaksanaan penuh hak 40 peratus akan terus kita perjuangkan.

Dengan kestabilan politik, peningkatan hasil negeri dan kerjasama strategik dalam sektor minyak dan gas, kita akan terus membina asas ekonomi yang lebih kukuh, menarik pelaburan berkualiti dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Sabah.

Selamat Ulang Tahun ke-32 UPKO. Marilah kita terus memperkukuh kerjasama demi Sabah yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan satu perkembangan positif yang akan memperkukuhkan kestabila...
10/08/2026

Penyertaan UPKO dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan satu perkembangan positif yang akan memperkukuhkan kestabilan politik serta kerjasama parti-parti tempatan demi pembangunan Sabah.

Saya mengalu-alukan penyertaan UPKO dalam GRS dengan hati yang terbuka. Dengan lebih eratnya kerjasama antara parti-parti tempatan, kita dapat memberi tumpuan yang lebih besar kepada agenda pembangunan rakyat, pertumbuhan ekonomi, kemajuan infrastruktur dan kesejahteraan negeri.

Saya juga menghargai sokongan Presiden UPKO, YB Datuk Ewon Benedick, serta seluruh ahli UPKO dalam usaha membangunkan Sabah. Dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, saya yakin pengalaman dan komitmen beliau akan terus menyumbang kepada agenda pelaburan, perindustrian dan keusahawanan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Kita mungkin datang daripada latar belakang dan asas perjuangan yang berbeza, tetapi kita berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan Sabah.

GRS adalah rumah kita, rumah yang harus kita jaga bersama. Dengan perpaduan dan kerjasama yang kukuh, kita bina Sabah yang lebih maju, cemerlang dan makmur untuk generasi akan datang.

Address

Media And Communications Office (Pejabat Media Dan Komunikasi) Jabatan Ketua Menteri, 31st Floor, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Jalan Sulaman, Teluk Likas Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hajiji Haji Noor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share