14/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐:
๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ก ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐ฏ
Kota Marudu | 13 Jun 2026
Mengimbas kembali momentum dan pengisian bermakna Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 yang melabuhkan tirainya kelmarin di Kota Marudu, program ini sekali lagi membuktikan betapa pentingnya sinergi, jaringan sokongan dan wadah strategik dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berwibawa, berdaya tahan dan bersedia memimpin.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (IDS) Sabah, yang hadir mewakili YBhg. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, Pengerusi IDS Sabah.
Menyampaikan amanat Pengerusi IDS Sabah, Dr. Ramzah mengingatkan bahawa dalam landskap kepimpinan yang masih banyak didominasi oleh kaum lelaki, wanita sering berdepan cabaran yang lebih besar dan terpaksa bekerja lebih keras untuk membuktikan kemampuan diri. Perjalanan menuju kejayaan bukanlah mudah, sebaliknya menuntut kecekalan, ketabahan serta kekuatan emosi yang tinggi.
Atas sebab itu, semangat solidarity atau sokongan sesama wanita perlu terus diperkukuhkan. Sekiranya wujud persaingan, biarlah ia diraikan sebagai persaingan yang sihat untuk meningkatkan potensi dan kualiti diri, bukannya persaingan toksik yang saling menjatuhkan.
Dr. Ramzah turut menegaskan bahawa kejayaan wanita dalam bidang kepimpinan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu tanggungjawab moral untuk membuka ruang, membimbing dan memperkasakan wanita lain agar turut melangkah ke hadapan.
Sebagai simbol penghargaan atas komitmen peserta, beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta, selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Penulisan dan Media Sosial, melibatkan penyertaan secara individu dan berkumpulan. Pengiktirafan turut diberikan kepada tiga Peserta Terbaik serta Kumpulan Terbaik yang dinilai berdasarkan komitmen, penglibatan aktif dan semangat kebersamaan sepanjang bengkel berlangsung.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Julia @ Lailawati Datuk Haji Ahmad Bahrom Titingan, Ahli Jawatankuasa Women's Leadership Initiative Committee (WLIC) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IDS Sabah; Puan Salmah Sait, yang bertindak sebagai penganjur bersama dalam memastikan objektif dan impak program ini dapat dicapai dengan jayanya; serta Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta, khususnya kepimpinan wanita yang telah memanfaatkan peluang bermakna ini untuk memperkukuh ilmu, keyakinan dan jaringan kepimpinan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Awang Amdan SM Darus yang menyampaikan ceramah bertajuk Modul Penulisan Dokumen Rasmi Laporan, dan Penyelidik Bersekutu IDS, Zainald Zainuddin yang berkongsi mengenai Konten Media Sosial untuk Pemimpin Wanita Akar Umbi.
Ayuh kita terjemahkan segala ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan yang diperoleh ke medan yang lebih luas demi memperkasa wanita serta menyumbang kepada kemajuan Sabah dan negara.