Rej 507 AW telah ditubuhkan pada 15 Jun 1968 sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau `Local Defence Corps (LDC)’ untuk Negeri Sabah. Penubuhan PPT Sabah adalah berdasarkan dua aspek yang melibatkan kepentingan negara pada masa tersebut. Penubuhan Pasukan Pertahanan Tempatan Sabah adalah berasaskan kepada kuasa undang-undang Negara melalui `The Territorial Army Ordinance 1958’ yang telah diu
bahsuai dan dipinda melalui Akta Parlimen No 11/67. Seksyen 3 (1) Akta 1972 menghuraikan ertikata seperti berikut:
“There shall be raised and maintained in the Federation a Territorial Army, to be styled ‘Askar Wataniah Malaysia’ or in English, ‘Malaysia Territorial Army’. Berdasarkan kepada kuasa akta tersebut, kerajaan telah berjaya menubuhkan PPT Sabah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Negara dimulai dengan Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, kuasa ini hanya bergantung pada ayat “Malaysia” yang terdapat pada akta tersebut untuk tujuan yang dimaksudkan. Pada 1 Jun 1976, Akta Angkatan Tentera, 1972 (Akta 77) telah dikuatkuasakan bagi mengemaskini keperluan Angkatan Tentera Malaysia, lebih-lebih lagi dalam hal penubuhan angkatan sukarela termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi pasukan-pasukan sukarela, akta ini memainkan peranannya pada Seksyen 217 (1) (a) dan Bahagian XI. Walaupun demikian ordinan-ordinan terdahulu masih dipakai di mana wajar, kepada kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tentera seperti berikut:
The Territorial Army Ordinance, 1958. he Territorial Army (Terms and Conditions of Service) Regulations, 1958. Pada awal tahun 1988, Rej Siri 500 AW bertukar daripada Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) kepada Askar Wataniah (AW) setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharan ” TA Ordinance ” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah pemerintahan Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rej Siri 500 AW telah dirombak semula dan Rej 507 AW seterusnya telah diletakkan di bawah Pemerintahan Formasi Tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Pada awal tahun 1988, designasi Rejimen Siri 500 ditukarkan dari (PSTD) kepada Askar Wataniah setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharkan “ TA Ordinance” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah Pemerintahan 11 Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rejimen Siri 500 dirombak semula dan pada 15 Jul 1989, Rejimen 507 AW telah diletakkan di bawah pemerintah formasi tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belut. Seterusnya penempatan Rej 507 AW diubahsuai dengan mengambil kira dasar afiliasi kepada pasukan-pasukan tetap Infantri.