Ahmad Jais Otong

Ahmad Jais Otong π“šπ“ͺ𝓻π“ͺ𝓢𝓫𝓾𝓷π“ͺ𝓲 𝓓𝓲 𝓗π“ͺ𝓽𝓲𝓴𝓾 ❀️

30/08/2026

30.8.2026 | SALAM TAKZIAH & SIMPATI BUAT MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG NUMBAK, SEPANGGAR

Dukacita dan simpati yang mendalam buat seluruh mangsa serta keluarga yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Kampung Numbak, Sepanggar.

Kejadian ini pastinya meninggalkan kesan yang amat berat, lebih-lebih lagi kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang serta mereka yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal, serta mengurniakan pertolongan dan rezeki untuk mereka membina kembali kehidupan.

Buat mereka yang terkorban, semoga Allah mengampuni segala dosa, merahmati roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga seluruh keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran dan ketenangan.

Amin Ya Rabbal β€˜Alamin. 🀲

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan mangsa dan keluarga yang terlibat dipermudahkan serta diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Salam takziah dan semoga terus tabah.

⚽πŸ”₯ MALAM PENENTUAN JUARA DUNIA! πŸ”₯⚽Sorakan. Debaran. Emosi. Segalanya bakal bertemu dalam Perlawanan Akhir FIFA World Cup...
18/07/2026

⚽πŸ”₯ MALAM PENENTUAN JUARA DUNIA! πŸ”₯⚽

Sorakan. Debaran. Emosi. Segalanya bakal bertemu dalam Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026! πŸŒπŸ†

Jom beramai-ramai meriahkan Tayangan Big Screen Final World Cup 2026 dalam suasana yang penuh semangat bola sepak!

πŸ‡ͺπŸ‡Έ SPAIN πŸ†š ARGENTINA πŸ‡¦πŸ‡·
Siapa bakal menjulang trofi paling berprestij dunia? Jangan sekadar tengok di telefon, rasai pengalaman sebenar di Big Screen.

πŸ“… Tarikh: 19 & 20 Julai 2026
πŸ•— Masa: Bermula 8.00 malam
πŸ“ Tempat: Cafe One. Four. Six, Alamesra, Kota Kinabalu

πŸŽ‰ Menanti anda:
βœ… 200 cup minuman PERCUMA untuk 200 pengunjung terawal
⚽ Cabaran Teka Gol
πŸ† Hadiah untuk Pemain Terbaik
🎀 Persembahan Busking
🎁 Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi

πŸ“£ Masuk adalah PERCUMA! Bawa keluarga, kawan-kawan dan sama-sama cipta suasana final yang paling meriah di Kota Kinabalu!



https://www.facebook.com/share/p/1Ch9eqCT6S/?mibextid=wwXIfr

🌟 SELAMAT HARI GURU πŸŒŸπŸ“š 16 Mei 2026β€œGuru Pemacu Reformasi Pendidikan”Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas sega...
16/05/2026

🌟 SELAMAT HARI GURU 🌟
πŸ“š 16 Mei 2026

β€œGuru Pemacu Reformasi Pendidikan”

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa.
Setiap ilmu yang dicurahkan menjadi sinar harapan untuk masa depan negara.

Jasa guru tidak ternilai harganya.
Semoga semua guru terus diberi kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam mendidik generasi pewaris bangsa.

Ikhlas daripada:
Ahmad Jais Otong
Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sepanggar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan sempena Hari Raya Aidilfitri yang mul...
14/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, kami Warisan Bahagian Sepanggar dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kami.

Butiran majlis adalah seperti berikut:
πŸ“… Tarikh: 18th April 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 12pm-6pm
πŸ“ Tempat: https://maps.app.goo.gl/Uaefd86m1LC583rR6

Kehadiran tuan/puan amat kami hargai bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semoga dengan kehadiran semua, kita dapat mengeratkan silaturahim serta berkongsi kegembiraan di hari yang penuh barakah ini.

Segala juadah disediakan, datanglah dengan senyuman 😊

Sekian, terima kasih.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Yang mengundang,
Datuk Azis Jamman

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Jais Otong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share