MYIPO Wilayah Sabah

MYIPO Wilayah Sabah MyIPO is an autonomous and corporatized agency under KPDN responsible for the development and man

Kota Kinabalu, Sabah, 29 Mei 2026– Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Puan Yusnieza Syarmil...
29/05/2026

Kota Kinabalu, Sabah, 29 Mei 2026– Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI). Rombongan MyIPO telah disambut oleh Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi MyIPO dalam ekosistem harta intelek negara, di samping membincangkan potensi pembangunan dan perlindungan Petunjuk Geografi (Geographical Indication - GI) bagi produk-produk tempatan yang mempunyai keunikan serta nilai komersial tersendiri di Sabah.

Perbincangan turut memberi fokus kepada peluang kerjasama antara MyIPO dan MAFFI dalam meningkatkan kesedaran serta pemahaman berkaitan harta intelek dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan. Selain itu, sesi tersebut turut meneroka potensi penggunaan perlindungan harta intelek sebagai mekanisme untuk meningkatkan nilai tambah, pengiktirafan dan daya saing produk tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan kerjasama bagi menyokong pembangunan industri agro makanan Sabah melalui pemanfaatan dan perlindungan harta intelek secara lebih menyeluruh.

28/05/2026
25/05/2026

Ada orang tunggu bertahun-tahun untuk menjulang kejuaraan.
Ada juga yang tunggu sampai jenama sendiri ditiru baru nak bertindak.

Dalam dunia perniagaan, identiti jenama bukan sekadar nama atau logo — ia adalah reputasi, kepercayaan dan nilai yang dibina dari hari pertama.

Jangan tunggu sampai “game over” baru nak lindungi hak anda.
Daftar tanda dagangan anda dan pastikan jenama yang dibina kekal milik anda.





25/05/2026
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Tahun 2026Terima kasih kepada Lembaga Lada Malaysia kerana sudi menjemput Perbadana...
20/05/2026

Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Tahun 2026

Terima kasih kepada Lembaga Lada Malaysia kerana sudi menjemput Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai salah satu penceramah dalam bengkel ini.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan perlindungan harta intelek khususnya cap dagangan dan reka bentuk perindustrian dalam memperkukuhkan identiti produk serta meningkatkan nilai komersial produk mereka.

Selain itu, sesi perkongsian turut menekankan kepentingan pembungkusan (packaging) yang unik dan berkualiti sebagai elemen penting dalam penjenamaan produk bagi membantu usahawan agropreneur lebih berdaya saing di pasaran.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membangunkan perniagaan serta memperkasakan produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

MyIPO Wilayah Sabah telah menyertai Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia Negeri Sabah menerusi penglibatan reruai pa...
20/05/2026

MyIPO Wilayah Sabah telah menyertai Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia Negeri Sabah menerusi penglibatan reruai pameran yang berlangsung pada 16 hingga 17 Mei 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Program anjuran Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan (BPPP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu telah dirasmikan oleh Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Penganjuran program tersebut bertujuan mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia sebagai usaha menggalakkan pengguna menyokong produk tempatan di samping memperkukuh daya saing usahawan dan industri tempatan, khususnya di negeri Sabah.

Sepanjang program berlangsung, MyIPO Wilayah Sabah telah memberikan penerangan dan pendedahan kepada para pengunjung berkaitan kepentingan perlindungan harta intelek, khususnya cap dagangan, dalam membantu usahawan melindungi identiti jenama serta meningkatkan nilai komersial produk tempatan di pasaran.

Penyertaan MyIPO dalam program ini turut membuka peluang kepada para usahawan dan pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan proses pendaftaran harta intelek serta kepentingannya dalam memastikan produk tempatan terus berdaya saing dan mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Bantuan SME-UP termasuk pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) oleh DiDR. Para usahawan jgn lepaskan peluang keemasan ini....
20/02/2026

Bantuan SME-UP termasuk pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) oleh DiDR. Para usahawan jgn lepaskan peluang keemasan ini.

Terima kasih DiDR atas bantuan dan peluang ini dalam membantu pembangunan usahawan di negeri Sabah.

📢 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 | 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗠𝗘-𝗨𝗣 𝟮𝟬𝟮𝟲

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) memaklumkan bahawa permohonan Bantuan SME-UP 2026 akan dibuka bermula:

🗓 𝟭𝟲 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟲 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Usahawan DIDR di:

🌐 𝙝𝙩𝙩𝙥𝙨://𝙨𝙢𝙚𝙙𝙞𝙙𝙧.𝙘𝙤𝙢.𝙢𝙮/

Bantuan ini bertujuan menyokong pembangunan serta pengukuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) agar lebih berdaya saing dan mampan.

Para usahawan adalah digalakkan untuk membuat persediaan awal dan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

20/02/2026

🎨 Pertandingan Mencipta Logo GI MyIPO Kini Dibuka!

Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan mereka cipta logo rasmi bagi Petunjuk Geografi (GI) Malaysia. Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada identiti harta intelek negara!

💰 Hadiah Menarik:
🏆 Pemenang Utama x1: RM 2,000 + sijil
🎁 Sagu Hati x5: RM 200 + sijil

📅 Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Mac 2026 (5.00 petang)
🔗 Pendaftaran adalah PERCUMA!
Daftar sekarang di: https://phkl.my.canva.site/mencipta-logo-gi

atau imbas kod QR pada poster rasmi.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah penjenamaan GI Malaysia. Karya anda mungkin menjadi simbol kebanggaan negara! 🇲🇾✨

MAKLUMAN!
19/02/2026

MAKLUMAN!

Address

Unit No. 11, Blok B, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYIPO Wilayah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MYIPO Wilayah Sabah:

Share