Jawatankuasa Kecil Ekonomi, Majlis Penasihat Wanita Sabah - MPWS

Jawatankuasa Kecil Ekonomi, Majlis Penasihat Wanita Sabah - MPWS Memperkasa wanita Sabah melalui keusahawanan, akses peluang ekonomi dan pembangunan kapasiti.

Thank you JK Media & Wanita MPWS (2025-2026) and Daily Express for covering our event.
04/07/2026

Thank you JK Media & Wanita MPWS (2025-2026) and Daily Express for covering our event.

Kota Kinabalu: Women have been encouraged to actively pursue entrepreneurship by identifying new business opportunities while strengthening their knowledge and entrepreneurial values.

Terima kasih, Puan Norcy Ahiddin, atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para usahawan wanita Sabah pada pr...
04/07/2026

Terima kasih, Puan Norcy Ahiddin, atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para usahawan wanita Sabah pada program “Dari Matunggong ke Pasaran Global” hari ini. 💐

Perjalanan Puan Norcy membuktikan bahawa kejayaan tidak mengenal sempadan geografi. Dengan semangat, ketekunan dan visi yang jelas, jenama yang lahir dari Matunggong kini menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk berani bermimpi lebih besar.

Semoga perkongsian mengenai pembangunan jenama, perkilangan dan eksport membuka lebih banyak peluang kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Kecil Ekonomi
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) 💜✨

InspirasiWanita NorcyBeautyLab

Terima kasih, Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuki, atas kesudian meluangkan masa merasmikan dan bersama-sama menjayakan prog...
04/07/2026

Terima kasih, Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuki, atas kesudian meluangkan masa merasmikan dan bersama-sama menjayakan program “Dari Matunggong ke Pasaran Global” pada 4 Julai 2026. 💐

Sokongan, galakan dan pandangan Datuk amat bermakna kepada para usahawan wanita Sabah. Kami amat menghargai komitmen berterusan Datuk yang sentiasa bekerja keras memastikan setiap inisiatif pembangunan keusahawanan bersifat inklusif dan dapat memberi manfaat kepada semua wanita, tanpa mengira latar belakang, lokasi mahupun tahap perniagaan mereka.

Kepimpinan dan keprihatinan Datuk menjadi inspirasi kepada kami untuk terus membuka lebih banyak peluang agar wanita Sabah dapat berkembang daripada perniagaan mikro kepada pasaran global.

Semoga usaha murni ini terus memperkasa lebih ramai usahawan wanita dan membina ekosistem yang lebih kukuh, lestari dan inklusif untuk generasi akan datang. 🌷✨

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Kecil Ekonomi
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)

InclusiveEntrepreneurship SabahMajuJaya

Jawatankuasa Ekonomi dan Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah bergabung tenaga dalam me...
04/07/2026

Jawatankuasa Ekonomi dan Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah bergabung tenaga dalam menganjurkan program Talk Series & BizClinic: Strategi Bisnes, Peluang dan Kerjaya yang berlangsung di Mini Galeri, Wisma Wanita pada 4 Julai 2026, dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang.

Program ini telah menghimpunkan seramai 30 usahawan wanita daripada pelbagai latar belakang dan bidang perniagaan untuk bersama-sama menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam ekosistem keusahawanan wanita di Sabah.

Semangat “Empowered Women Empower Women” jelas terpancar apabila wanita saling menyokong, mengangkat potensi antara satu sama lain, dan bersama-sama membina masa depan yang lebih inklusif dan sejahtera. 💜

📢 SERUAN KEPADA USAHAWAN WANITA SABAH!Syabas kepada JK Ekonomi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Puan Viviantie Unyi...
04/07/2026

📢 SERUAN KEPADA USAHAWAN WANITA SABAH!

Syabas kepada JK Ekonomi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Puan Viviantie Unyil bersama JHEWA atas usaha berterusan dan komitmen yang jitu dalam memartabatkan serta memperkasakan wanita di negeri Sabah melalui inisiatif keusahawanan yang luar biasa ini. 🌟

​Kepada para usahawan luar sana, jom ambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan strategi perniagaan dalam Talk Series #2:

Dari Matunggong ke Pasaran Global bersama Puan Norsiah Ahiddin, CEO Norcy BeautyLab.

​💡 Istimewa dalam 1 Sesi:

​Talk Series #2 (90 Minit):

Perkongsian inspirasi & strategi penjenamaan/eksport.

​BizKlinik INSKEN (30 Minit):

Sesi khidmat nasihat peribadi secara terus bersama BizKaunselor INSKEN.

​📝 Butiran Program:

​Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)

​Tempat: Dewan Mini Wisma Wanita, Kota Kinabalu

​Kemudahan: Makan & minum disediakan.
​Ayuh, mari kita lahirkan lebih ramai usahawan dari Sabah yang berani bermimpi dan berjaya menembusi pasaran dunia!

Ambil tindakan dan daftar segera :

📲 Pendaftaran adalah terhad. Imbas kod QR pada poster dan daftar sekarang!

Atau isi pautan google di sini : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfjNeiU-X83YUEjmVszhZ-heW8PJICplIh77QC6Si9w0n3_Rw/viewform?usp=header

“Mari kita lahirkan lebih ramai usahawan Sabah yang berani bermimpi besar dan berjaya menembusi pasaran global.” 🚀

Apabila bercakap tentang pembangunan usahawan, modal bukanlah satu-satunya faktor kejayaan.Ilmu, bimbingan, jaringan dan...
14/06/2026

Apabila bercakap tentang pembangunan usahawan, modal bukanlah satu-satunya faktor kejayaan.

Ilmu, bimbingan, jaringan dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran juga memainkan peranan yang sama penting.

Selama 20 tahun, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah membantu usahawan Malaysia melalui program latihan, coaching dan pembangunan kapasiti yang memberi fokus kepada pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Daripada Program Latihan MOFA dan Program Bimbingan BANGKIT, sehinggalah kepada pembangunan perniagaan keluarga, perusahaan sosial dan peluang jaringan keusahawanan, INSKEN terus komited memperkasa usahawan untuk berkembang dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

📊 160,000+ usahawan dilatih
📊 4,000+ program dilaksanakan
📊 RM100 juta+ pertumbuhan jualan direkodkan
📊 2,500+ peluang pekerjaan diwujudkan

Semoga lebih ramai usahawan memanfaatkan peluang pembangunan yang tersedia dan terus melangkah lebih jauh dalam perjalanan keusahawanan mereka.

Ramai usahawan berjaya hari ini bermula dengan langkah yang kecil.Sejak sekian lama, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menja...
14/06/2026

Ramai usahawan berjaya hari ini bermula dengan langkah yang kecil.

Sejak sekian lama, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjadi antara institusi yang membantu ribuan wanita dan keluarga berpendapatan rendah memulakan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Melalui pelbagai skim pembiayaan yang ditawarkan, AIM bukan sahaja menyediakan akses kepada modal, malah membuka peluang kepada lebih ramai wanita untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan membina masa depan yang lebih baik.

MPWS menghimpunkan 8 peluang pembiayaan AIM yang masih menjadi antara pilihan usahawan mikro di Malaysia.

Kerana setiap perniagaan besar suatu ketika dahulu juga bermula dengan langkah pertama yang kecil.

Usahawan, jangan cepat putus asa hanya kerana kekangan modal.SME Bank kini menawarkan pelbagai skim pembiayaan merangkum...
14/06/2026

Usahawan, jangan cepat putus asa hanya kerana kekangan modal.

SME Bank kini menawarkan pelbagai skim pembiayaan merangkumi modal kerja, pengembangan perniagaan, teknologi, perusahaan sosial, halal, pelancongan dan banyak lagi.

MPWS menghimpunkan 18 skim pembiayaan SME Bank yang masih aktif untuk memudahkan usahawan mengenal pasti peluang yang sesuai dengan keperluan perniagaan masing-masing.

Moga infografik ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak perniagaan yang berkembang, membuka peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada komuniti.

“Bukan tiada bantuan. Kadang-kadang kita cuma tidak tahu bantuan yang tersedia.”Sebagai usahawan, cabaran modal sering m...
14/06/2026

“Bukan tiada bantuan. Kadang-kadang kita cuma tidak tahu bantuan yang tersedia.”

Sebagai usahawan, cabaran modal sering menjadi antara halangan terbesar untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Tahukah anda bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan 19 skim pembiayaan yang masih aktif merangkumi usahawan mikro, ekonomi gig, TVET, pelancongan, komuniti khas dan pelbagai sektor lain?

Setiap perniagaan bermula dengan langkah pertama. Jangan biarkan kekurangan modal menghentikan impian anda sebelum ia sempat berkembang.

MPWS menghimpunkan senarai skim pembiayaan TEKUN yang masih aktif pada tahun 2026 bagi memudahkan usahawan mengenal pasti peluang yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Semoga lebih ramai usahawan berani bermula, berkembang dan berjaya.

Ramai usahawan tahu tentang Bank Rakyat, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapat pelbagai skim pembiayaan yang dise...
14/06/2026

Ramai usahawan tahu tentang Bank Rakyat, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapat pelbagai skim pembiayaan yang disediakan khusus untuk PMKS, usahawan mikro, belia, wanita dan koperasi.

Sama ada anda baru memulakan perniagaan, ingin menambah modal kerja atau merancang untuk mengembangkan operasi ke peringkat seterusnya, terdapat skim pembiayaan yang boleh dipertimbangkan mengikut keperluan perniagaan anda.

MPWS menghimpunkan peluang pembiayaan Bank Rakyat yang masih aktif bagi membantu usahawan mengenal pasti pilihan yang sesuai dengan tahap pertumbuhan masing-masing.

Jangan biarkan kekangan modal menjadi penghalang kepada potensi yang lebih besar.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Kecil Ekonomi, Majlis Penasihat Wanita Sabah - MPWS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share