26/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ 2026
๐22โ24 Mei 2026 | ODEC, UMS
Latihan Luar Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) ADTEC JTM Kota Kinabalu Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama, disiplin dan ketahanan fizikal serta mental dalam kalangan anggota pasukan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program bagi menguji kemahiran, kepimpinan, komunikasi serta kecekapan peserta dalam menghadapi situasi mencabar.
๐ฅ ๐๐๐ง๐๐ข๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ง๐๐จ๐ค / ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฃ๐๐ญ / ๐๐๐ง๐ ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐ค๐๐ง ๐๐ฉ๐ข
Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran asas ikhtiar hidup, kreativiti dalam pembinaan gajet lapangan serta teknik menghidupkan api dalam keadaan tertentu. Selain itu, peserta turut diasah untuk bekerjasama dan bertindak pantas dalam melaksanakan tugasan di lapangan.
๐ ๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง & ๐๐๐ฌ๐๐ฎ๐ ๐๐ข๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง ๐๐ฑ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ซ๐๐๐
Aktiviti berbentuk simulasi penyelamatan ini menitikberatkan aspek pengurusan mangsa, penggunaan teknik usungan yang betul, ketahanan fizikal serta penyelesaian masalah secara berkumpulan. Peserta diuji untuk bergerak secara strategik, cekap dan berdisiplin dalam menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan.
๐๏ธ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐๐ฅ๐ฅ๐๐ง๐ ๐
Cabaran pantai yang dijalankan berjaya menguji kecergasan, ketangkasan dan daya tahan peserta melalui pelbagai aktiviti berpasukan. Semangat kesukanan, komunikasi efektif dan kesepaduan pasukan menjadi elemen utama dalam memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dengan cemerlang.
Seterusnya, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Kapt. Bersekutu (PA) Awang Yusuf bin Awang Damit, Timbalan Pengarah Operasi. Turut hadir, Mej. (PA) Aizex Junior Simon Ketua Zon Kinabalu merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Encik Shabandi bin Md Sarip Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Encik Muhammad Salman bin Darwis Ketua Penyelaras PISPA ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu, Lt. Muda (PA) Sylvictor Syless bin Maijun Pegawai Unit Pengurusan Angkatan APM Kota Kinabalu, pensyarah-pensyarah, barisan Pegawai, Jurulatih dan Urusetia latihan Luar.
Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan anggota PISPA yang berdaya tahan, berkemahiran tinggi serta sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan cabaran masa hadapan.