01/11/2025
Saya ingin memaklumkan bahawa isu berkaitan individu bernama Danial yang pernah saya kongsikan sebelum ini telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.
Kami telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara ini secara gentleman dan pembayaran gantirugi akan dibuat secara berperingkat mengikut persetujuan bersama.
Sehubungan itu, saya akan menurunkan semua posting lama berkaitan perkara tersebut dan memohon agar nama individu berkenaan tidak lagi dikaitkan dengan sebarang spekulasi atau komen lanjutan.
Terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan memberi sokongan sepanjang isu ini berlangsung.
Segala urusan kini dianggap selesai dengan baik dan akan diteruskan mengikut perjanjian bersama.
Yang benar,
Owner yang memahami.