Parti Bersama Malaysia Sabah

Parti Bersama Malaysia Sabah PKR Sabah Official Facebook

01/07/2026
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”22 Jun 2026๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”  akan bertanding di 15 kerusi dala...
22/06/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”
22 Jun 2026

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan bertanding di 15 kerusi dalam Pilihanraya Negeri Johor 2026.

Kerusi-kerusi yang ini dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut:

1) Latar belakang dan kecenderungan pengundi berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik dan data yang telah dijalankan sejak enam bulan yang lepas;

2) Sambutan terhadap ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit;

3) Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut;

4) Kemampuan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut.

Berikut adalah senarai kerusi yang akan ditandingi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di PRN Johor 2026:

1. DUN Bukit Naning (N14) - penyandang (UMNO)

2. DUN Mahkota (N29) - penyandang (UMNO)

3. DUN Tiram (N40) - penyandang (UMNO)

4. DUN Puteri Wangsa (N41) - penyandang (MUDA)

5. DUN Johor Jaya (N42) - penyandang (DAP)

6. DUN Permas (N43) - penyandang (UMNO)

7. DUN Larkin (N44) - penyandang (UMNO)

8. DUN Stulang (N45) - penyandang (DAP)

9. DUN Perling (N46) - penyandang (DAP)

10. DUN Kempas (N47) - penyandang (UMNO)

11. DUN Skudai (N48) - penyandang (DAP)

12. DUN Kota Iskandar (N49) - penyandang (UMNO)

13. DUN Bukit Permai (N50) - penyandang (UMNO)

14. DUN Bukit Batu (N51) - penyandang (PKR)

15. DUN Senai (N52) - penyandang (DAP)

Calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan diumumkan pada hari Jumaat ini jam 8 malam di Johor Bahru bersempena dengan pelancaran trak kancil. Tempat pelancaran akan diumumkan kelak.

Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi jentera BERSAMA di 15 kerusi ini boleh mula mendaftarkan diri di bersama.org

Sistem ejen undi (PACA) telah dibuka untuk pendaftaran.

Ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai yang ingin menjadi PACA boleh lawati
bersama.org dan klik โ€œ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ปโ€.

Dari situ, anda boleh log masuk ke sistem kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” (setelah mendapat OTP) dan melalui proses untuk menjadi PACA. Ini termasuk mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki SPR dan melalui latihan.

Sistem kempen bersepadu๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” akan mula dibuka esok (Selasa, 23 Jun 2026) yang membolehkan ahli-ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dan orang ramai dari seluruh negara memilih kempen pilihanraya yang ingin disertai/dibantu mengikut tarikh, masa, lokasi dan jenis-jenis aktiviti.

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” di 15 kerusi ini secara s**arela.

Bagi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.

Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat.

๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐˜‰๐˜ข๐˜จ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฌ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ
๐—ก๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—บ๐—ถ ๐—ก๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐Ÿด ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”Hasrat ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk merintis buday...
08/06/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”
๐Ÿด ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—”

Hasrat ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk merintis budaya politik yang berfokus kepada bakat rakyat dan masa depan kini dizahirkan dengan memperkenalkan proses terbuka pemilihan calon-calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dalam pilihanraya.

Rakyat Malaysia yang ingin menawarkan diri menjadi calon ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” dijemput memohon dengan mendaftar di https://bersama.org

Klik โ€œSertaiโ€ dan pilih laluan pendaftaran sebagai calon pilihanraya. Sekiranya belum menjadi ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, anda perlu memohon menjadi ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai calon pilihanraya.

Klik https://bersama.org/ms/daftar

Pemohon akan melalui proses berikut:

1. Melengkapkan maklumat peribadi, latar belakang pendidikan, kerjaya dan keluarga

2. Melengkapkan maklumat kewangan, termasuk mengenai pendapatan dan aset

3. Temuduga skrin yang dikendalikan oleh algoritma sistem untuk menguji karisma, keterampilan dan kesediaan sebagai calon pilihanraya

Permohonan yang telah disahkan akan disemak oleh sebuah Jawatankuasa Calon.

Kriteria-kriteria yang digunakan oleh Jawatankuasa Calon untuk menilai setiap permohonan pada peringkat tapisan pertama adalah seperti berikut:

1. Kepakaran dan kemahiran yang boleh menambah nilai kepada masyarakat berdasarkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan penglibatan dalam masyarakat

2. Tapisan pembabitan politik terdahulu (jika ada) untuk mengelakkan calon-calon yang membawa imej politik yang tidak serasi dengan ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

3. Kesesuaian calon kepada imbangan mengikut kerusi-kerusi parlimen/DUN, jantina, umur dan kaum

4. Karisma dan keterampilan untuk diketengahkan sebagai seorang calon yang menyumbang membina imej ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

Calon-calon yang di senarai pendek akan melalui tapisan kedua.

Tapisan kedua melibatkan semakan secara digital untuk mengenali calon dengan lebih dekat dan semakan dengan masyarakat setempat untuk mendapat maklum balas kualitatif mengenai calon.

Hanya calon-calon yang telah melepasi tapisan pertama dan kedua akan dipanggil untuk tapisan terakhir secara bersemuka dengan pas**an pusat ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”.

Calon-calon yang melepasi semua peringkat tapisan akan dipertimbangkan sebagai calon-calon berpotensi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, yang akan diumumkan mengikut kump**an dari semasa ke semasa.

Pemohon hendaklah menyatakan kerusi Parlimen atau DUN yang ingin ditandingi. Mengikut undang-undang, calon DUN mestilah tinggal atau beralamat di negeri yang sama.

Keutamaan saringan calon diberikan untuk memuktamadkan calon-calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Kami menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkongsi aspirasi ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” untuk memohon menjadi calon.

Portal permohonan akan dibuka secara berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan.

๐Ÿด ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Bagi pihak ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ
๐—ก๐—œ๐—ž ๐—ก๐—”๐—ญ๐— ๐—œ ๐—ก๐—œ๐—ž ๐—”๐—›๐— ๐—”๐——

BERKENAAN RUNDINGAN DAN KERJASAMA MENUJU PRN JOHOR.  BERSAMA menghormati hasrat pihak-pihak tertentu yang ingin memulaka...
06/06/2026

BERKENAAN RUNDINGAN DAN KERJASAMA MENUJU PRN JOHOR.

BERSAMA menghormati hasrat pihak-pihak tertentu yang ingin memulakan rundingan dengan BERSAMA bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Johor.

Namun begitu, BERSAMA percaya prioriti utama sekarang ialah membuka lebih banyak pilihan kepada pengundi setelah mereka melihat dan menilai sendiri prestasi parti-parti dan gabungan politik yang terbentuk pasca Pilihan Raya yang lalu.

BERSAMA juga khuatir sebarang perbincangan atau persefahaman yang cuba diusahakan sesetengah pihak hanya akan mengulangi kompromi lama yang kesannya telah diukur sendiri oleh pengundi hari ini.

Justeru BERSAMA kekal dengan pendirian untuk turut serta dalam Pilihan Raya Negeri Johor secara solo dan menaruh keyakinan penuh pada kebijaksanaan pengundi untuk membuat pilihan.

Sekian. Terima kasih

๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”Terima kasih kami ucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah menyertai ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”.Kita t...
05/06/2026

๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”

Terima kasih kami ucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah menyertai ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”.

Kita teruskan momentum ini dengan mengajak seramai yang boleh untuk mendaftar dengan mudah secara digital dan sertai komuniti yang mahu membawa suara rakyat ke hadapan.

Ikuti panduan pendaftaran yang disediakan dan mula menjadi sebahagian daripada ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” hari ini.

Layari bersama.org untuk mendaftar sebagai ahli ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”.

๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ช๐—˜๐—• ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—จKami telah mendapat makluman bahawa terdapat laman web palsu yang menggunakan nama Parti BERSAMA t...
01/06/2026

๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ช๐—˜๐—• ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—จ

Kami telah mendapat makluman bahawa terdapat laman web palsu yang menggunakan nama Parti BERSAMA tanpa kebenaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi, membuat pembayaran atau berurusan melalui laman web tersebut.

Sebarang maklumat, pengumuman dan pautan rasmi Parti BERSAMA hanya boleh disahkan melalui laman web rasmi kami di https://bersama.org serta saluran media sosial rasmi BERSAMA Parti Bersama .

Sila semak dan sahkan kesahihan sesuatu laman web sebelum membuat sebarang urusan.

Mohon bantu sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026, ikhlas daripada kami di BERSAMA.Bersama menuai kejayaan, bersatu d...
30/05/2026

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026, ikhlas daripada kami di BERSAMA.

Bersama menuai kejayaan, bersatu dalam perbezaan.
Dari ladang padi ke dalam hati, warisan nenek moyang tetap subur terpelihara.

bersama.org

29/05/2026

InsyaAllah, menang atau kalah itu ketentuan Allah. Seperti kata Rafizi,

Menjadi PM atau TPM juga adalah ketentuan.

Apa yang lebih penting adalah membina suara yang lebih besar dan lebih kuat demi mengubah politik lama kepada politik yang lebih bersih, berani dan berprinsip untuk masa depan rakyat dan negara.

PH, BN, PN silih berganti. Rakyat masih menanti. Kini masa untuk BERSAMA bangkit membawa perubahan.Mari sertai kami di b...
28/05/2026

PH, BN, PN silih berganti. Rakyat masih menanti. Kini masa untuk BERSAMA bangkit membawa perubahan.

Mari sertai kami di bersama.org

28/05/2026

๐——๐—จ๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—”, ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—”?

Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi.

Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan?

1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa

2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan.

Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama.

Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya.

3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan.

Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan.

4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran.

Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan.

Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu.

5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti.

Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.

Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya?

1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu.

Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar.

2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan.

Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial.

3) Sentiasa komen dengan pautan https://bersama.org supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA.

Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link https://bersama.org

4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain.

Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut s**a dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut s**a dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat.

Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat.

Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun?

1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini.

2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang.

3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3.

4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding p**a dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya.

5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula.

Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja

1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon.

Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita.

2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan s**arelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui bersama.org dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil.

Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja.

Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini.

Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.

Daftar di bersama.org

Address

TB-00-01, 1Borneo Hypermall
Kota Kinabalu
88450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bersama Malaysia Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share